Tuesday, June 29, 2010

Personaliti TV Gemparkan Masjid Senawang

"Pada 27 Jun 2010 telah diadakan Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang. Pelbagai acara telah diadakan dari pertandingan melukis dan sukaneka. Jarang kita tengok umat Islam ke masjid bersama keluarga membawa anak-anak dan isteri. Tapi penganut agama Kristian akan ke gereja setiap pagi Ahad bersama keluarga, penganut agama Hindu akan ke kuil setiap minggu pada malam tertentu bersama keluarga.

Hari Mesra Masjid yang diadakan mendatangkan rasa muhibbah bukan sahaja para jemaah masjid , malahan dari kalangan ahli keluarga sendiri.
Masjid dan surau perlu pelbagaikan aktiviti dan perbanyakkan aktiviti sebegini selain mengekalkan aktiviti solat jemaah dan qiamullail.

Masyarakat kita khususnya umat Islam di Malaysia ini sedang sakit. Hari Jumaat tidak dapat dimanafaatkan bersama keluarga di masjid sepertimana orang Kristian memanafaatkan hari Ahad bersama keluarga di gereja.

Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang telah digemparkan dengan kehadiran personaliti TV , saya tak kenal, tapi anak-anak yang seronok. Bukan main lagi anak-anak saya berposing dengan personaliti TV tersebut.


Untuk menggalakkan masyarakat datang ke masjid elok juga personaliti TV dan artis ini datang ke masjid untuk menunjukkan contoh yang baik kepada peminat. Nak kenal siapa personaliti TV yang menggemparkan Masjid Bandar Baru Senawang sila ke pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/06/personaliti-tv-gemparkan-masjid.html .


Lagi gambar-gambar sekitar Hari Mesra Masjid di Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com/2010/06/sekitar-hari-mesra-masjid-pada-27-jun.html


Semua umat Islam perlu memainkan peranan memakmurkan masjid untuk mengatasi gejala di bawah ini :



*******************************

PENYAKIT PSIKOLOGI KANAK-KANAK MENINGKAT

BENTONG 26 Jun – Kementerian Kesihatan bimbang dengan trend peningkatan mendadak penyakit berkaitan psikologi terutama di kalangan kanak-kanak berumur antara lima hingga 15 tahun di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian menunjukkan penyakit tidak berjangkit itu meningkat sebanyak 13 peratus kepada 20.3 peratus dalam tempoh 1996 hingga 2006.


Beliau berkata, gaya hidup masyarakat pada hari ini dalam mengharungi era dunia globalisasi dipercayai menyumbang kepada peningkatan penyakit itu.


“Dahulu persaingan sengit berlaku antara sebuah negara dengan negara lain namun hari ini senario berubah apabila berlaku persaingan antara manusia.


“Ini menyebabkan seorang individu itu menjadi tertekan untuk berdepan dengan cabaran hidup yang dihadapinya,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Fiesta Jom Sihat - Hidup Sungguh Bermakna di sini hari ini.


Fiesta itu anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan (SMVTAA) dengan kerjasama Lembaga Promosi Kementerian dan Prostar Malaysia.


Ditanya punca tekanan yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak di negara ini, Tiong Lai tidak menolak kemungkinan faktor sistem berorientasikan peperiksaan menyumbang kepada masalah yang sama.


Justeru, beliau berharap nilai-nilai kekeluargaan yang positif dapat diamalkan di kalangan ibu bapa dengan menyemai kasih-sayang dan keharmonian.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya memandang serius jumlah kematian demam denggi yang semakin meningkat di negara ini walaupun kes berkurangan.


Sehingga hari ini, sebanyak 75 kematian dicatatkan berbanding 62 orang dalam tempoh sama tahun lalu.


“Bagi mencegah wabak ini secara agresif, kementerian menggalakkan jawatankuasa kawasan perumahan menubuhkan lebih banyak skuad program Combi (Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku) di kawasan mereka,” katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm


**************************

PATAH KAKI TERJUN SEKOLAH

Harian Metro 26 Jun 2010 PORT DICKSON: Suasana di sebuah sekolah menengah di bandar ini gempar seketika apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun tiba-tiba terjun dari tingkat dua di blok makmal sekolah berkenaan, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, situasi kembali reda berikutan pelajar tingkatan tiga itu didapati tidak cedera serius dan hanya patah kaki kanan. Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, siasatan awal mendapati pelajar itu mengambil kerusi di kelasnya di tingkat bawah selepas selesai perhimpunan.

Pelajar itu kemudian naik ke tingkat dua iaitu blok makmal dengan membawa kerusi sebelum terjun.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Patahkakiterjunsekolah/Article

"

No comments: