Thursday, June 18, 2009

39 laman web, blog diharamkan


[2009-06-17_111905.jpg]
Assalamua'laikum wbt. post kali ini menyentuh tentang isu laman web yang diharamkan kerajaan. Tindakan kerajaan mengharamkan laman web ini adalah sesuatu yang baik cuma kaedah yang digunakan dengan menyenaraikan laman web ini untuk tatapan umum adalah tidak sesuai iaitu menghebahkan kepada masyarakat umum nama-nama laman web yang diharamkan. Dengan ini orang ramai iaitu rakyat di luar sana yang mana belum tahu laman-laman web ini dapat tahu dan mereka akan membuka laman web ini maka beertambahramai la yang membuka laman ini. Sepatutnya kerajaan hanya perlu menyekat laman web ini daripada boleh dimasuki seperti yang pernah dibuat pada blog raja petra iaitu apabila terdapat fitnah disitu kerajaan terus menyekat blog tersebut.Wallahualam

Pandangan Muraqib al-Am Ikhwan Muslimin Jordan Mengenai Politik Malaysia

Sebelum ini tuan lebih dikenali dalam lapangan bidang akademik khususnya dalam bidang ilmu-ilmu hadis. Bolehkah tuan ceritakan serba sedikit mengenai perjalanan semasa menuntut ilmu?


Segala pujian bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Saiyidina Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Perjalanan hidup saya dalam menuntut ilmu bermula di rumah, di mana ayah saya merupakan salah seorang ulama hadis.

Saya terdedah dengan perpustakaan yang secara khususnya mengandungi kitab-kitab hadis semasa usia yang sangat muda. Lebih kurang usia 10 tahun, saya sudah membaca kitab-kitab besar yang berkaitan dengan ilmu hadis, kesusasteraan, bahasa Arab seperti karangan al-Mutanabbi dan lain-lain. Begitu juga buku-buku yang berkaitan dengan biodata para perawi hadis, juga karangan Ibnu Hajar dan lain-lain.

Perkembangan awal ini semua membantu pengajian saya di peringkat universiti. Saya menamatkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Damsyiq pada tahun 1965. Sudah diketahui umum, pengajian syariah di universiti tersebut sangat sukar, yang lulus hanya sekitar 5-6 orang sahaja.

Malah kadang kala hanya 3 orang. Antara guru-guru yang mendidik saya ialah Syeikh Mustafa Siba’ie, Dr. Mustafa Zarqa dan ramai lagi ulama yang besar. Kemudian setelah bekerja hampir 5 tahun, saya ke Universiti al-Azhar dan mempelajari ilmu hadis dalam kuliah Usuluddin. Saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat M.A dan Phd dengan pangkat pertama. Dengan kurnia dari Allah, tesis yang saya hasilkan sangat jarang dilakukan iaitu mengenai illal hadis merupakan yang pertama pernah ditulis seumpamanya.

Tesis tersebut berbeza dengan yang lain. Kemudian hasil kajian saya itu tersebar dan menjadi subjek yang diajarkan di universiti-universiti, bermula dengan Universiti Jordan di fakulti syariah. Kajian saya itu dianggap sebagai syarah kepada kitab al-‘Ilal karangan Imam al-Tirmizi. Ianya kemudian diajarkan dalam dunia Islam di peringkat pengajian tinggi.

Alhamdulillah. Saya juga aktif dalam bidang keilmuan dan selama 25 tahun, saya telah menulis dalam pelbagai displin ilmu. Di antara ialah himpunan hadis-hadis berkenaan fitnah akhir zaman, hukum-hakam kewangan, kesempurnaan Nabi, jihad dan lain-lain. Semua ini sedang dalam proses untuk cetakan. InsyaAllah.

Di manakah tuan menyumbangkan khidmat setelah tamat pengajian?

S
aya mengajar di Universiti Jordan hingga tahun 1988 sebelum dipilih menjadi ahli (parlimen) Majlis Perwakilan Jordan pada 1989. Saya dipilih semula menjadi ahli perwakilan pada tahun 1993 dan kekal hingga tahun 1997. Kemudian saya dilantik menjadi penasihat syar’ie bagi Hospital Islam di Jordan. Kemudian saya mengajar di universiti swasta Al-Zarqa selama setahun. Setelah itu, saya dilantik menjadi Muraqib al-‘Am dalam jemaah al-Ikhwan al-Muslimin.

Bilakah tuan menyertai gerakan al-Ikhwan al-Muslimin dan bagaimana tuan memandang tanggungjawab sebagai Muraqib al-‘Am (Jordan) ketika ini?

Saya menyertai jamaah al-Ikhwan al-Muslimin pada waktu yang sangat awal iaitu ketika berumur 12 tahun. Alhamdulillah, saya masih ingat sejarah itu dan kini saya masih berada dalam jemaah ini. Tugas saya sekarang ini sebagai Muraqim al-‘Am sangat berat dan bukanlah tugas yang mudah.

Tanggungjawab ini sangat besar kerana ia berkaitan dengan maslahah beratus-ratus ribu para pemuda Islam untuk membawa mereka menuju ke satu matlamat pada masa yang mendatang. Memperbaiki jamaah ini agar dapat berperanan dalam masyarakat. Memimpin jamaah ini untuk memastikan ianya dapat mencapai matlamat-matlamat Islam. Semoga Allah memudahkan segala urusan ini.

Dalam majalah al-Mujtama’ (3-9 Zulkaedah 1429H) tuan pernah menyeru kaum muslimin kepada sistem ekonomi antarabangsa yang baru dengan bersumberkan rujukan Islam. Mengapakah dunia Islam terlalu bergantung pada sistem kapitalisme, seolah-olah sukar sekali untuk keluar daripadanya?

Sistem kapitalisme telah gagal di negara-negara mereka (Barat). Mereka menghadapi kehabisan sumber dengan satu ledakan yang besar. Ledakan ini diibaratkan ia telah meninggalkan satu ruang kosong. Manusia menyangka kegiatannya masih berjalan.

Ekonomi yang hanya memaparkan jumlah angka, apabila mereka cuba mendapatkan kepastian mengenai jumlahnya, lalu mereka mendapati tiada jumlah apa pun. Semua ini hanya mempersendakan orang ramai dan permainan yang menipu. Tiada aktiviti ekonomi yang berlaku pada hakikatnya. Kerana ia hanyalah ibarat jaminan yang dibuat tanpa akad yang sah. Begitulah sistem kapitalisme, ia tidak berdiri di atas perkara yang jelas secara hakiki. Ia hanya dibina atas dasar kepercayaan di antara mereka yang terlibat.

Kini sudah jelas dasar kepercayaan ini sebenarnya adalah satu pembohongan. Tiada jumlah dalam simpanan secara realiti. Dalam beberapa bulan, berlaku kejatuhan ekonomi dengan kerugian berbilion-bilion dolar di Amerika.. begitu juga di Britain dan Eropah. Sistem ini telah gagal dan tiada siapa yang mampu untuk mempertahankannya.

Beberapa hari lalu, saya telah mendengar daripada Pengarah Bank Islam Jordan, bahawa negara Britain yang dulunya meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk membuka bank-bank Islam di negara itu, kini telah mempelawa perbankan Islam agar datang ke Britain untuk membuka cawangan-cawangannya dan dipermudahkan untuk beroperasi. Ini menunjukkan bahawa ekonomi Islam di negara mereka mempunyai kedudukan yang dihormati.

Kita mahu meluaskan ekonomi Islam, tiada riba, tiada penipuan berbentuk spekulasi, tiada monopoli (ihtikar) dan tiada perniagaan atas kertas tanpa kewujudan nilai wang yang jelas. Iaitu ekonomi dengan dokumen yang jelas dan berpijak di bumi yang nyata. Kita perlu memperkemaskan sistem ekonomi Islam di negara kita dan jadikan ia pelindung ekonomi di negara kita. Kemudian menyebarkannya ke peringkat antarabangsa.

Apa pendapat tuan, jika sesetengah pihak menganggap mustahil dunia Islam dapat keluar dari sistem kapitalisme?

Yang menjadi perkara mustahil di sini ialah mustahil sistem ini dapat bertahan di negara-negara barat. Mesti ada alternatif lain sebagai pengganti. Sistem sosialis telah gagal dan sistem kapitalis juga gagal. Yang tinggal hanya sistem Islam.

Akhir sekali, apa nasihat tuan untuk rakyat Malaysia?

Rakyat Malaysia menganggap Islam itu sebagai satu agama dan anutan yang bersifat nasional (dalam negara). Ini tidak terdapat di negara selain Malaysia. Ini adalah satu pealuang untuk menyebarkan agama Islam. Juga saya nasihatkan agar diadakan pembelajaran bahasa Arab dan memperkemaskan kemahiran dalam bahasa Arab. Saya mendapati ada penggunaan bahasa Arab di Malaysia. Namun, saya mahu bahasa Arab menjadi bahasa utama di Malaysia. Ini boleh berlaku dengan usaha orang-orang yang berkebolehan, terpilih dan (sedia) berjihad dengan kurniaan Allah.

Kamu berikan keutamaan kepada bahasa Arab dan laksanakan syariat Islam dan hukum hakam Islam dalam segala lapangan kehidupan. Kerana agama kita inilah yang menjaga kehidupan kita di dunia dan akhirat. Semoga Allah memberikan taufik kepada kamu semua. Amin.

Sunday, June 14, 2009

Tazkirah oleh bekas imam Masjidil Aqso

Assalamua'laikum pertama-tamanya berbanyak bersyukur pada Allah swt kerana masih memberi dua nikmat yang terbesar dalam hidup iaitu nikmat iman dan islam. Selawat dan salam pada kekasih junjungan Muhammad saw,yang banyak meninggalkan nasihat yang kita yakin tiada nasihat yang lebih baik daripada nasihat Rasulullah saw.

Baru-baru ini saya berpeluang mendengar secara live tazkirah yang diberikan oleh salah seorang bekas imam Masjidil Aqso iaitu As Syeikh Muhammad Mahmod As Siyam. Beliau juga salah seorang daripada pimpinan Hamas pada masa sekarang ni. Walaupun pun berasal dari Palestin tetapi oleh kerana pergolakan yang berlaku beliau sekarang tinggal di Yaman.

Pertama-tamanya beliau mengucapkan jutaan terima kasih pada umat Islam di Malaysia atas segala bantuan yang diberikan tidak kira dari segi kewangan mahupun sekadar doa setiap kali selepas solat. Untuk pengetahuan anda semua umat di Palestin menang dalam peperangan dengan Yahudi walaupun kita sering dimomokkan tentang keganasan Yahudi laknatullah tetapi alhamdulillah Allah memberikan kemenangan kepada saudara kita di sana. Antara faktor yang membolehkan kemenangan saudara kita di sana yang pertamanya adalah iman kepada Allah swt. Tidak perlulah saya huraikan panjang tentang ini kerana kita semua telah sedia maklum kepentingan iman dalam kehidupan sebab itulah pertama-tama tadi saya ucapkan bersyukur banyak-banyak pada Alllah swt atas nikmat iman yang diberikan.

Faktor kedua yang menyebabkan kemenangan saudara kita di sana adalah perpaduan. Seperti yang di laung2kan oleh perdana menteri kita iaitu datuk seri Najib Tun Razak iaitu konsep 'Satu Malaysia'(tanpa mengambil kira retorik@tidak) iaitu menitikberatkan perpaduan tidak kira dikalangan umat islam mahupun dengan kaum yang lain. Di antara dalil yang dibawa oleh Syeikh ini adalah "dan berpeganglah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai."(al-imran 103)p/s masih teringat dalil inilah yang dibawa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sewaktu awal-awal mesyuarat kami hehe.

Faktor ketiga yang tidak kurang pentingnya adalah kesabaran. Seperti yang biasa kita dengar"Allah bersama orang2 yang sabar". Di antara contoh peristiwa yang menunjukkan kesabaran saudara kita di sana adalah apabila rejim yahudi laknatullah mengebom tidak kira rumah, sekolah, masjid dan sebagainya, cepat-cepat umat Palestin ini mendirikan khemah-khemah bagi mengantikan fungsi setiap apa yang di bom iaitu sebagai tempat pendidikan, solat jemaah dan sebagainya. Menyentuh tentang tempat pendidikan ini, alangkah bersyukurnya kita di malaysia mempunyai tempat pendidikan yang begitu baik tetapi sejauh mana pendidikan kita mampu menjadikan kita hamba Allah yang bersyukur dan mampu mendekatkan kita pada Allah swt.

Akhir sekali syeikh sekali lagi mengucapkan terima kasih pada semua rakyat malaysia yang tidak henti-henti menyumbang dan teruskan berdoa pada saudara kita tidak kira di sana mahupun di mana sahaja Selatan Thai,Kemboja(hehe sebab baru balik dari sana) mahupun di Malaysia sendiri.Wallahualam