Thursday, January 1, 2009

Bantah kezaliman Israel

Assalamu'alaikum wbt

Semakin hari angka kematian semakin meningkat dengan jumlah kecedaraan juga menunjukkan perkadaran yang sama meningkat.

Kepada mahasiswa/i UPSI, ayuh, kita sama-sama melakukan solat hajat (dengan rakaat kedua dibaca qunut nazilah), solat ghaib dan membaca al-quran berjemaah (surah Al-mulk @ At-Taubah @ Al-Anfal) dengan kita niatkan khas memohon kemenangan bagi mujahidin, kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama-sama mereka. Marilah sama-sama kita doakan mereka.




Wednesday, December 31, 2008

Tawaran Biasiswa KPM

Peluang kepada pelajar-pelajar UPSI

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon - calon Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam ambilan November/Disember 2007 dan ambilan Julai 2008 untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Perguruan Pesekutuan di bawah KPM.


Syarat - Syarat Permohonan

1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.
2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009.
3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tidak layak memohon.
4. Pengajian SEPENUH MASA ambilan November/Disember 2007 dan ambilan Julai 2008 Program Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
5. Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti Sains yang menawarkan bidang Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Pelajar Fakulti Sains perlu mengikuti Pengajian Diploma Pendidikan setelah tamat Ijazah Pertama.
6. Calon perlu mendapat sekurang - kurangnya PNGK 2.75 bagi keputusan peperiksaan Semester 1 / Semester 2 Tahun Pertama di IPTA. untuk memohon.
7. Calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK). Calon yang lulus INSAK akan dipanggil untuk ditemuduga.
8. Calon yang berjaya ditawarkan biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan sedia ada.

Untuk makluman lanjut, sila layari : http://emoe.gov.my

Daripada

Biro Akademik & Kerjaya
MPP UPSI 2008/2009

Tuesday, December 30, 2008

TOKOH MAAL HIJRAH KEBANGSAAN 2008

Tahniah diucapkan kepada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, 69, dan cendekiawan Islam dari Syria, Prof Dr Wahbah al-Zuhaily, 76, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1430H/2008M peringkat kebangsaan.

Moga jasa mereka terus dikenang dan mereka menjadi ikon atau pemangkin kepada generasi muda untuk terus meyampaikan dan menyebarkan Islam.

Moga segala dosa-dosa kita diampunkan dan kita akan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaanNYA dengan kehadiran tahun baru 1430H.

Daripada:
Akmal Bin Madzir

Norhafizawati Binti Mahmad Rozali

Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah

MPP 08/09

UPSI

P/S : Selanjutnya sila lawati http://jajawatie.blogspot.com/