Saturday, December 13, 2008

KEHILANGAN YANG BESAR


Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Razali Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia dan juga mantan Ahli Parlimen Kuala Terengganu untuk dua penggal.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.

KEPUTUSAN TEMUDUGA AMBILAN DISEMBER 08/09

Keputusan temuduga ambilan Disember 08/09 yang diadakan pada 1 Disember 2008-4 Disember 2008 boleh disemak pada 16 DISEMBER 2008.

Semakan boleh dibuat secara online.

Pertubuhan guru tidak mahu PTD dalam perkhidmatan pendidikan

MAJLIS Permuafakatan Kesatuan dan Persatuan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia mengulangi pendirian bahawa pihaknya tetap menolak pelantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dalam sistem pentadbiran Kementerian Pelajaran. Pengerusinya, Jemale Paiman, berkata perkara itu satu daripada beberapa ketetapan yang diputuskan majlis berkenaan dalam pertemuan wakil 24 kesatuan dan persatuan guru di Kuala Terengganu, baru-baru ini.Selain ketetapan yang juga terkandung dalam Deklarasi Kota Bahru yang diputuskan sebelumnya, beliau berkata, antara ketetapan lain ialah ialah penstrukturan pegawai di jabatan pelajaran negeri (JPN) dan pejabat pelajaran daerah (PPD) harus mengambil kira pandangan persatuan dan kesatuan guru sebelum ia dilaksanakan.
Beliau yang juga Presiden Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia berkata, pihaknya tidak mahu berlaku salah faham dan pertindihan jawatan serta tugas yang membawa gangguan dalam sistem pentadbiran di peringkat kementerian, JPN dan PPD.“Selain itu, semua pegawai sama ada di kementerian, JPN mahupun PPD perlu dikekalkan di tempat sekarang walaupun dinaikkan ke gred lebih tinggi.
“Kepakaran pegawai berpengalaman ini amat diperlukan bagi memajukan sistem pentadbiran pelajaran. Penempatan semula yang tidak sesuai akan menjejaskan integriti mereka,” katanya kepada Berita Harian.
Jemale berkata, ketetapan seterusnya ialah menolak Peperiksaan Tahap Kecekapan bagi memberi peluang pegawai dan guru berpengalaman yang ketinggalan dalam perjawatan naik pangkat kerana tidak mencapai tahap minimum dalam penilaian berkenaan.Majlis itu juga mahukan semua pengarah JPN serta pegawai di PPD menjalankan tugas dan tanggungjawab berdasarkan arahan serta keputusan Ketua Pengarah Pelajaran.
“Kita mahu semua bertugas dengan penuh dedikasi dan berhemah tinggi bagi meningkatkan tahap profesional perguruan berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan teras kelima.
“Pihak kementerian juga sudah tiba masanya mewujudkan perjawatan pada gred baru bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma sehingga DGA40 berbanding setakat ini DGA34 dan terkini DGA38 bagi guru besar dan pengelola cemerlang.
“Kami cadangkan Gred DGA40 dikhususkan untuk guru besar dan pengelola cemerlang, DGA38 guru besar, DGA34 bagi lantikan jawatan guru penolong kanan hakiki, DGA32 guru ‘time-base’ dan cemerlang, manakala DGA29 guru baru.
Jemale menjelaskan, majlis berkenaan turut memutuskan supaya Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah turut diperluaskan ke kementerian, JPN, PPD, Bahagian Nazir Sekolah serta Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kenaikan pangkat ke DG44. Selain itu, kementerian diminta menyegerakan proses kenaikan pangkat DG44, DG48 dan DG52 kepada semua pegawai terbabit dengan memberi jawatan bertaraf hakiki, bukannya memangku atau Khas Untuk Penyandang seperti amalan sekarang.
“Kementerian juga perlu mengkaji semula kedudukan guru asalnya memiliki diploma pendidikan tetapi kemudian melanjutkan pelajaran hingga memperoleh ijazah agar diberi keistimewaan. “Kebanyakan guru ini sudah berkhidmat lebih 10 tahun, malah ada yang menjawat guru cemerlang, guru penolong kanan hakiki atau guru besar serta menunjukkan prestasi kerja baik tetapi tertinggal berbanding rakan setugas yang tidak melanjutkan pelajaran. “Mereka menjadi mangsa kerana terpaksa menjadi guru baru dan ini akan membantutkan semangat bukan saja di kalangan yang terbabit, malah guru lain yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah,” katanya.
sumber: berita harian

Persidangan UPSI-UPI bincang isu pendidikan merentasi global


PELBAGAI isu pendidikan merentasi global termasuk usaha melahirkan golongan pendidik bitara yang mampu memartabatkan kecemerlangan pendidikan dikupas dalam Persidangan Pendidikan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)-Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), baru-baru ini.Persidangan anjuran Pusat Perhubungan Antarabangsa (PPA) UPSI bertema Achieving Excellence And Quality In Teacher Education itu membuktikan kerjasama kukuh antara UPSI dengan UPI hasil pemeteraian memorandum persefahaman lima tahun lalu.Majlis perasmian persidangan disempurnakan Pro-canselor UPSI, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah. Hadir sama Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Zakaria Kasa dan Pengarah PPA, Prof Dr Othman Lebar.Terdahulu dalam ucapannya, Zakaria, berkata penganjuran persidangan itu membolehkan satu resolusi pendidikan dicapai kedua-dua universiti bagi merencana usaha penambahbaikan bidang berkenaan antara Malaysia dan Indonesia.Katanya, kedua belah pihak merancang meluaskan kerjasama menerusi program pertukaran pelajar atau tenaga akademik bermatlamat meningkatkan prestasi akademik, penulisan dan penerbitan.Pada persidangan itu, lima ucaptama dibentangkan antaranya, Pendidikan Guru berasaskan Bukti oleh Zakaria, Pendidikan Guru di Indonesia d bawah Naungan Ulu (Rektor UPI, Prof Dr Sunaryo Kartadinata) dan Creating Good Citizens for 21 Century: An Evidence-Based Approach (Prof Kerry Kennedy dari Hong Kong).Selain itu, persidangan yang disertai kira-kira 250 peserta kalangan guru, pelajar dan pensyarah daripada kedua-dua universiti turut menyaksikan 110 kertas kerja turut dibentangkan.
sumber: berita harian

Tuesday, December 9, 2008

Salam Takziah daripada Exco Kebajikan

Assalamualaikum w.b.t
Kami Zulhilmi Bin Mohd Noor dan Adriyani Binti Yamin, Exco Kebajikan MPP UPSI 08/09,mengucapkan takziah kepada:

1. Nurul Illyana Binti Mohammad, Exco Ekonomi dan Keusahawanan MPP atas pemergian Nenda beliau di Sabah.

2. Boniface, Exco Perpaduan dan Integrasi MPP atas pemergian adik beliau di Sarawak.

3. Mangsa-mangsa kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa,K.L.

Takziah dan semoga diberikan ketabahan dan kesabaran.