Friday, March 12, 2010

Panduan Memilih Isteri




Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.





Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Serbia


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali


Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil


Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.



**Sumber : kelantan.net

MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

Mahasiswa boleh kritik kerajaan- Saifuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.

PAHLAWAN ISLAM KONTEMPORARI PARA PEMINANG BIDADARI

Bismillah walhamdulillah. Tajuk yang menarik minat pejuang yang begitu inginkan syahid di jalanNya.Bermula dengan prakata tentang wahyu yang pertama iaitu Iqra' bacalah.Kita sebagai umat Muhammad saw sepatutnya mengambil ibrah dari turunnya wahyu yang pertama ini iaitu kewajipan menuntut ilmu.Sewajarnya kita insafi sebagai umat Islam kita tidak boleh lekang dari menimba ilmu dan jadikanlah kita sebagai penagih ilmu yang begitu dahagakan ilmu dariNya.

Kisah yang begitu menarik perhatian adalah mengenai Ibnul Khattab seorang pejuang yang tidak asing di Chechnya.Beliau digelarkan seorang lelaki yang sangat merindukan syurga Allah swt. Pelbagai cara digunakan bagi membunuh beliau namun segala perancangan digagalkan oleh perancangan Allah.Beliau syahid dengan cara yang begitu keji yang dilakukan oleh musuh iaitu dengan meletakkan racun pada surat yang ditujukan pada beliau.Apabila beliau menerima surat berkenaan maka terkenalah racun yang di letakkan oleh musuh.

Berikut adalah bait-bait puisi yang sempat ditulisnya didalam diari hariannya yang merupakan kisah perjalanan hidupnya.


setitis sahaj racun,akan membunuhmu
membuatmu tak berdaya melakukan apa-apa
kehidupan adalah perjuangan
dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan-titisan itu
tetapi kita tetap menuju fana
maka pilihlah jalan yang paling mulia untuk kematian
jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki
dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia
yang tentu akan melemparkan mu ke neraka.

Selamat jalan kekasih yang dirindukan Pencipta.

MAUIDZAH

Bismillah walhamdulillah.Seusai selesai solat subuh di masjid tadi teman ada mendengar beberapa jemaah yang bersembang tentang gempa bumi yang berlaku semalam di Sekayu Terengganu.Walaupun berskala kecil iaitu lebih kurang 2.9 namun ini satu petanda bahawa Malaysia juga sekarang ni tidak aman dari bencana.Dengan cuaca juga yang sekarang agak tidak menentu di Terengganu sebarang kemungkinan boleh berlaku.Seronok mendengar perbualan orang kampung 'sekiranya empangan Kenyir pecah entah sempat ke tidak kita lari ke Bukit Besar iaitu satu bukit yang berada tidak jauh dari rumah teman bagi menyelamatkan diri.Apapun kata imam solat subuh tadi semuanya ketentuan Allah walau apa pun terjadi.Melihat kepada gejala umat pada zaman sekarang maka tidak hairanlah allah menghantar gempa bumi bagi menyedarkan kita yang sering terleka dan terlalai dengan tanggungjawab di atas muka bumi. Jari yang sebatang menunjuk ke arah orang lain manakala empat jari lain menunjuk ke arah diri sendiri.Mahu tidak mahu peringatan ini ditujukan khas pada diri sendiri yang selalu alpa dengan desakan sosial yang kian mencabar.Allahurabbi......

Khatamun Nubuwwah



Apakah Khatamun Nubuwwah?
Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya:

“Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;

1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman."

Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah cukup sekadar dengan mencetak dan menampalnya ke dinding? Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC? Yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya.



Bagaimana?
Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W.

Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."


Amalan Khatamun Nubuwwah
Antara faedah yang ada dari pengamalan Khatamun Nubuwwah ini adalah sebagai pagar diri selain 1001 faedah yang lain. Cara beramal adalah diwaktu pagi dan petang serta semasa keluar rumah.
Caranya adalah:

(1) Makrifatkan kalimah dibawah di atas kening kita

اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَهُ
Allah jualah tuhan yang tunggak tiada bersekutu baginya


(2) Makrifatkan kalimah di bawah di atas dada kita

محمدٌ عَبْدُهُ وَرَسُـوْلُ
Muhammad itu hambanya dan utusannya


(3) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kanan
تَوَجَّهُ حَيْثُ شِـئْت
berhadaplah engkau ke mana-mana sahaja yang engkau kehendaki


(4) Makrifatkan kalimah dibawah di atas bahu kiri

فَإِنَّكَ مَنْصُـوْرُ
maka sesungguhnya engkaulah yang mendapat pertolongan (kemenangan)


Dalam perubatan islam , ayat ini dibaca lalu ditiup pada tapak tangan lalu ditunjukkan kepada pesakit, ini adalah salah satu kaedah pancaran tapak tangan yang sering digunakan.(Rujuk pengamal perubatan islam untuk lebih lanjut)



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ya Rasulallah ,
Kau masih tersenyum
mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan Hakikatnya,
tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah ,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

(UNIC)


Sumber: Perubatan Islam , terapislam.com

Thursday, March 11, 2010

Shabry: Umat Islam wajib bela tempat suci Islam



Jerusalem (Al-Quds) 9/3/10: Mantan Ketua Badan Fatwa Islam dan Mufti al-Quds dan Palestin, Syeikh Dr Ikrimah Shabry menegaskan bahawa ketika ini sudah wajib membela dan menolong tempat suci Islam, terutamanya masjid al-Aqsa dan haram hukumnya membiarkannya.

Dalam fatwa syariyah terbit Selasa (8 Mac) khusus dilaporkan Infopalestin Syeikh Shabry mengisyaratkan bahawa membela tempat suci adalah wajib hukumnya menurut syariat bagi setiap muslim sesuai dengan kemampuan dan apa yang dimiliki.

Sesuai dengan kedudukan dan tanggungjawab serta diharamkan membiarkannya atau berpaling daripada membela al-Aqsa, tempat suci atau berpaling daripada membela para jamaah yang menjaga di tanah Isra dan Mi'raj.

Berikut adalah teks fatwa tersebut:

Kewajipan Membela dan Haramnya Membiarkan

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على نبيِّنا محمد الأمي الأمين، وعلى آله الطاهرين المُبجَّلين الغُرِّ الميامين المحجلين ومن تبعهم وخطا دربهم واستنَّ سنتهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين، أما بعد

Kebelakangan ini eskalasi pencerobohan dan jenayah terhadap masjid al-Aqsa secara khusus dan tempat suci Islam lain secara umum sehingga bagi kaum muslimin, semuanya, para pemimpinnya dan rakyatnya wajib bekerja membela dan menolong tempat suci itu dan menjaganya daripada kaum penjajah.

Mereka wajib membebaskan tempat suci itu daripada bahaya yang mengancam. Membela dan menolong wajib hukumnya menurut syariat Islam. Hukum ini sesuai dengan kemampuan masing-masing, potensi yang dimiliki, sesuai dengan kedudukan dan tanggungjawab jawatannya, dan diharamkan membiarkannya atau berpaling daripada membela Al-Aqsa, tempat suci atau berpaling daripada membela para jamaah yang menjaga di tanah Isra dan Mi'raj.

Ada banyak hadis Nabi dalam hal ini. Saya sebutkan tiga sebagai contoh;

1. Rasulullah Muhammad saw bersabda, "Tidaklah seseorang membiarkan seorang muslim lain di tempat dimana kehormatannya dilanggar dan dihina, kecuali Allah akan membiarkan (orang yang membiarkan) itu di tempat dimana ia sedang memerlukan untuk ditolong." (HR. Abu Daud dalam "Sunannya" dan Thabrani dalam "Al-Austath" daripada Sahaba Ayyub RA.

2. Rasulullah Muhammad saw bersabda dalam hadis qudsi dari Allah SWT, "Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sungguh Aku akan membalas orang dizalimi, cepat atau lambat, sungguh Aku akan membalas orang yang melihat seseorang dizalimi dan ia mampu menolongnya, namun tidak ditolong," (HR. Thabrani di "Al-Kabir" dan di "Aushath" daripada Abdullah bin Abbas. Dalam riwayat lain, "... dan dia tidak melakukannya ..." daripada riwayat "... dan tidak menolongnya, ..." yang bermakna sama.

3. Rasulullah Muhammad saw, "Sesiapa yang melihat seorang beriman dihina di sisinya dan ia tidak menolongnya, sementara ia mampu menolongnya, maka Allah akan menghinakannya di hadapan para makhluk nanti di hari kiamat." (HR. Ahmad dan Thabrani dari Sahl bin Hanif RA.)

Berdasarkan dalil di atas, maka menolong dan membela adalah kewajipan syariat dengan cara apapun dan itu berpahala bersar. Sebagaimana membiar saudaranya yang dizalimi haram hukumnya mengikut syariat dan itu berdosa besar. Dan sesungguhnya Allah akan menghitung dan siapapun yang leka dalam kewajipan menolong masjid al-Aqsa.

Inilah fatwa saya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


21 Rabiul Awal 1430/ 8 Mac 2010

Syekh Ikrimah Shabry – Al-Quds (bn-bsyr)

Salam Muhammad Dasuqi khatib buta berusia 11 tahun



Kaherah Selasa, 9/3/2010: Jemaah berduyun-duyun menuju masjid al-Faraj di wilayah selatan bandar Kaherah untuk mendengar khutbah Jumaat dari seorang anak laki-laki buta berusia 11 tahun.

Anak laki-laki buta yang menjadi khatib pada solat Jumaat di masjid tersebut bernama Salam Muhammad Dasuqi.

Beliau dipercayai oleh pengurus masjid untuk menyampaikan khutbah Jumaat dari mimbar masjid kepada para jamaah yang memenuhi ruangan masjid - yang dengan antusias mendengarkan khutbah Jumaatnya.

Salam lahir dari sebuah keluarga yang terkenal relijius dan dekat dengan al-Quran. Ayah Salam telah melihat bakat anaknya untuk menjadi penceramah sejak anaknya berusia awal.

Ayah Salam Muhammad Dasuqi berkata: "Saya mendapati bahawa anak saya mempunyai bakat untuk bercakap di depan khalayak umum, ketika dia pernah meniru cara ahli dewan bercakap.

Sejak kecil kami sering mengajak Salam pergi ke masjid, dia sangat antusias dalam mendengarkan khutbah Jumaat, dan sekembalinya ke rumah ia akan meniru isi ceramah khatib dengan berdiri di atas kerusi dan berperanan seolah-olah dia adalah khatib jumaat. "

Bapanya mengatakan bahawa anaknya tersebut sejak kecil mempunyai kemampuan mengingat perkataan yang disampaikan oleh khatib Jumaat hingga 60 peratus daripada apa yang telah disampaikan oleh khatib di mimbar jumaat.

Ketika itu Salam Muhammad Dasuqi belajar di lembaga Tilawatil Quran di masjid al-Azhar, pengajar dilembaga tersebut mengatakan bahawa Salam telah belajar al-Quran disana sejak berusia 6 tahun.

Dalam khutbahnya Salam lebih banyak memilih topik ceramah yang sederhana.

Menurut Fawzi Mansur seorang guru, Salam memberikan khutbah jumaat sebanyak empat kali di masjid yang ada di bandar dan ia meyatakan bahawa Salam memiliki kepercayaan diri yang luar biasa di usianya yang masih belasan tahun.

Ayah Salam berkata anaknya itu tidak buta sejak lahir, namun kebutaannya itu disebabkan oleh penyakit, akan tetapi ia senang, walaupun anaknya buta namun Allah telah memberikan pampasan lain terhadap anaknya iaitu keupayaan untuk berceramah dan menghafal serta membaca al-Quran dengan baik.

Ayah Salam mengharapkan Salam suatu saat nanti akan menjadi seorang imam dan penceramah yang fasih, seperti imam daripada zaman tabiin dahulu. (FQ / arabol)

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia



Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya.

Nik Aziz tak bersetuju perkahwinan bawah umur



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama.

Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunah Nabi Muhammad, semata-mata.

"Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya.

"Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu,” katanya.

Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunah Nabi.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu selepas kejadian pertama membabitkan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun di Pasir Mas sebelum ini.

BAHAGIA MENGHADAPI UJIAN ALLAH


1.Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin.
Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya.Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran.Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,

”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

2.Mengimani dan meyakini qada’ dan qadar Allah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia adalah Khalik,Zat yang mencipta manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.Allah telah menetapkan aturan terhadap manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain mengikut ilmuNya yang Maha Luas,itulah yang dipanggil sunnatullah.Segalanya mengikut qada’ dan qadarNya.Manusia yang bertaqwa akan meyakini segala ujian yang dihadapi adalah ketetapan untuknya dari Allah dan ada hikmah serta rahmat di sebaliknya.Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud

“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan urusannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”

3.Mengimpikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.
Kiasannya,langit tidak akan selalunya mendung pasti terbit jua sang mentari di ufuk timur.Allah pasti menyusulkan kemudahan di setiap kesusahan yang diberikan kepada hambaNya.Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

Manusia yang bertaqwa bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di dunia yang sementara tetapi mendamba kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.Lantas dia tidak mudah melatah dengan ujian yang dihadapi,kerana baginya itu satu peluang untuk memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar:61 yang bermaksud,

“Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa kerana kemenangan mereka(pada hari kiamat).Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati.”

4.Menginsafi diri bahawa ada manusia yang lebih dhaif.
Setiap kali ditimpa dugaan,manusia pasti merasakan dialah yang paling menderita dan bernasib malang di dunia ini.Walhal ada yang lebih dhaif darinya tetapi tidak pernah mengeluh,tetap redha dengan aturan Allah kepadanya.Manusia yang bertaqwa akan memandang kepada orang yang lebih bawah setiap kali didatangkan dengan ujian dariNya kerana hanya dari situ dia melihat dirinya lebih baik dan beruntung.Dia juga menanamkan qana'ah dalam dirinya dan menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah dengan sebaiknya.Firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 yang bermaksud,

“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu amat berat.”


Secara tuntasnya,Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.Firman Allah dalam Surah Al-Mukminn:115 yang bermaksud,

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 saja,dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”.

Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya.Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.Wallahu’alam.

Tuesday, March 9, 2010

MAUIDZAH


Bismillah wal hamdulillah.Allahurabbi betapa perlunya kita semua makhluk Allah swt pada Nya yang maha Esa.Jika sekiranya semua makhluk dari Nabi Adam as sehingga yang terakhir hidup didunia ini berkumpul bagi memudaratkan seseorang makhluk maka tidak akan berlakulah apa yang mereka kehendaki tanpa izin dariNya.Begitu juga sebaliknya sekiranya semua makhluk berkumpul bagi memberi manfaat pada seseorang maka tidak akanlah berlaku tanpa izinNya.

Dan sekiranya semua makhluk beriman pada Allah swt tidak akan bertambah kekuasaan Allah begitu juga sebaliknya sekiranay semua makhluk kufur atau ingkar dari Allah swt maka tidak akan berkurang walau sedikit pun kekuasaan Allah.

Allahurabbi sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,tiada daya upaya kami melakukan sesuatu tanpa izin dariMu.

Monday, March 8, 2010

Assalamua'laikum wbt bismillah walhamdulillah baru saja mendapat mesej dari seorang sahabat iaitu saudara Ismail bahawa beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki.Wah tiada perkataan yang boleh diucapkan menggambarkan tumpang gembiranya saya diatas kelahiran seorang lagi umat nabi Muhammad saw.Di akhirat kelak nabi kita akan berbangga dengan ramainya bilangan umatnya.Semoga pasangan ini dapat mendidik anak mereka sebaiknya dan menjadi anak sholeh yang mampu mendoakan ibu bapanya sekiranya telah meninggal dunia.

Terdapat suatu kisah yang menggambarkan kasihnya Rasulullah saw pada umatnya.Pernah suatu ketika baginda bertanya pada jibril tentang pintu-pintu neraka.Kemudian Jibril pun menberitahu perihal orang yang menduduki setiap dari pintu itu sehinggalah tiba pada pintu ke tujuh,jibril terdiam.Rasulullah saw bertanya kenapa beliau terdiam.Jawabnya pintu tersebut disediakan pada umat mu yang melakukan dosa pada Alla swt.Mendengar kata-kata Jibril itu terus Rasulullah saw jatuh pengsan.Kemudian jibril meletakkan Rasulullah diribanya sehingga baginda tersedar kembali.Bagnda kemudian nya bertanya sekali lagi adakah terdapat seorang umatku yang masuk ke neraka.Jibril menjawab ya mereka yag melakukan dosa besar dikalangan umatmu.Baginda menangis disertai dengan jibril.Baginda kemudian nya pulang ke rumah dan mengurungkan dirinya didalam rumah,hanya pada solat baginda akan keluar dan baginda akan menangis setiap kali selesai solat.Begitulah kasih cintanya Rasulullah pada umatnya.Dikatakan sewaktu kelahiran Rasulullah perkataan pertama yang disebutnya adalah ummati..ummati dan sewktu wafat pun rasulullah saw juga menyebut ummati..ummati.Allahurabbi begitu sayangnya Rasulullah pada kita namun dimanakah kita meletakkan rasulullah di hati kita.Sabda Rasulullah saw 'tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dicintai melebihi diri kamu,keluarga kamu dan harta kamu'.

Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Makna Air Mata Insan


PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:

Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.
1. Apabila dahinya berpeluh.
2 Air matanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

Sunday, March 7, 2010

Assalamua'laikum bismillah walhamdulillah.

Terdapat satu saat pada hari Jumaat yang mana doa manusia akan dimakbulkan sekiranya mereka berdoa pada waktu tersebut.Dikalangan malaikat hari Jumaat dikenali sebagai Yaumul Mazid(hari tambahan).Yaumul Mazid ialah Allah telah membina satu lembah di syurga Firdaus yang mana didalamnya ada satu anak bukitdaripada misik kasturi dan pada setiap hari Jumaat di sediakan mimbar-mimbardaripada nur(cahaya) yang diduduki oleh para Rasulullah.Terdapat juga mimbar-mimbar daripada emas bertaburan permata yaqut dan zabarjad yang di duduki oleh para siddikin, syuhada dan salihin.

Titisan Mutiara Terindah



Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah.

Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu.

Dan Bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah.



Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan Terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam.

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga.

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu.

Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,
Dambalah cinta dan kasih Yang Satu.

p/s Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka adalah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga fi sabilillah.Alhamdulillah aku ditemukan dengan sahabat-sahabat yang saling menyanyangi kerana Allah.Terdapat tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari dimana tiada naungan selainnya.Antaranya pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah,pemuda yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid serta pemuda yang apabila bersendirian matanya akan menangis mengenangkan dosa yang pernah dilakukan.Semoga aku tergolong dikalangan pemuda-pemuda ini.