Monday, July 20, 2009

Ko-SPIN '09 bhgn 4

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera,bhgn yang terakhir ini saya ambil daripada ahli panel yang ke5 iaitu Dr Tajul Ariffin Noordin,beliau menekankan bahawa perbezaan pendidikan islam dengan sekularisme ciptaan barat adalah barat menekankan logik akal dahulu iaitu setiap kajian yang dibuat dimulakan dengan ragu kemudian sekiranya terbukti secara saintifik barulah mereka menerima kebenaran ini.Akan tetapi pendidikan Islam tidak begitu,di dalam Islam setiap perkara yang diberitahu melalui Al-Quran dan Sunnah,kita mesti percaya walaupun belum terbukti secara saintifik contohnya syurga,neraka dan sebagainya. Beliau juga mencadangkan antara langkah bertindak yang boleh diambil oleh mereka yang ingin melaksanakan jihad ilmu iaitu mengkaji kemungkinan Model Maahad Tahfiz Sains(MTS) yang sekat=rang dilaksanakan di Kelantan dan Selangor sebagai model pendiddikan untuk seluruh Malaysia.
Ahli Panel yang terakhir adalah Tuan Ghazali Bin Daud DSP urus setia agama,bhgn agama dan kaunseling(BAKA)Polis Diraja Malaysia. Satu je keypoint yang diberikan beliau iaitu ISLAM stand for Isya, Subuh, Lohor(dialek trg), Asar dan Maghrib. Mudah tetapi maknanya amat dalam dan memandangkan kita juga sedand berada di bulan Rejab iaitu terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj iaitu simbolik diberikan perintah solat kepada Nabi Muhammad saw. Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat "apakah yang paling ringan didunia'?para sahabat ada yang menjawab kapas, daun dan sebagainya tetapi rasulullah menjawab tidak. Benda yang paling ringan didunia adalah solat. Memang benar apa yang dikatakan Rasulullah, kedudukan kita diakhir zaman sering melalaikan solat serta melewatkannya.Betapa peri pentingnya solat dan sayangnya Rasulullah pada kita terbukti pada akhir hayatnya baginda menyebut 'umatku, umatku, solat,solat diulannya beberapa kali. Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah pada kita umatnya hinggakan disaat sakaratul maut pun beliau masih bimbangkan bagaimanalah nasib umatnya apabila telah ketiadaan baginda. sama-sama kita fikirkan adakah kita begitu sayangkan baginda sebagaiman baginda menyayangi kita, tepuk dada tanyalah iman Oleh itu marilah kita berselawat ke atas baginda dengan sebanyaknya,semoga kita dapat bersama baginda di syurga kelak.wallahualam

Semua NC disaran guna Facebook


SAIFUDDIN menekan butang pada komputer riba sebagai simbolik pelancaran e-book Kalau Saya Mahasiswa di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

Sunday, July 19, 2009

MPP KEBAJIKAN BERSAMA MAHASISWA

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP akan membuka kaunter "Hari Bersama Mahasiswa" di Bangunan Bitara Siswa setiap hari Rabu jam 11pg - 2ptg.

Segala aduan/masalah kebajikan, akademik, sahsiah dan sebagainya berkaitan mahasiswa boleh dibuat dikaunter ini bermula Rabu ini.

Sebagai wakil anda, kami sedia mendengar, memberi penjelasan dan bertindak berdasarkan kuasa yang diberi.

Kaunter ini akan turut disertai beberapa biro MPP yang lain. Antaranya :

1. Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah
2. Biro Akademik dan Kerjaya
3. Biro Kesenian dan Kebudayaan.
4. Biro Perpaduan dan Integrasi