Friday, July 17, 2009

Kerajan wajar pertimbang mansuh ISA - Abdullah


SINTOK - Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang kini sering dikaitkan dengan segala persepsi negatif, dan digantikan dengan satu perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan di samping mempertahankan hak asasi rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) Menteri Dalam Negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," katanya di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepada beliau di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Katanya sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah pun dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah berkata beliau percaya kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk mengehadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafsirkan anugerah yang diterimanya hari ini sebagai pengiktirafan komuniti akademia kepada wawasan, pendekatan dan kaedah kepimpinan beliau.

Katanya falsafah demokrasi mencerminkan pengiktirafan kepada aliran falsafah yang amat dekat dengan pendirian dan prinsip kepimpinan yang beliau pelopori. - Bernama

Thursday, July 16, 2009

Ko-SPIN '09 bhgn 3

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera. Ahli ppanel yang ketiga adalah Prof Madya Dr. Abdul Halim Bin Tamuri dengan kertas kerjanya bertajuk sistem pendidikan Islam sekolah: satu penilaian. Apa yang ditekankan disini adalah sistem sekolah kita perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat baik keluarga, televisyen mahupun kerajaan. Kalau kita tengok pada hari ini Falsafah Pendidikan kita begitu cantik sekali tetapi sejauh mana guru menghayati falsafah ini serta masyarakat di luar sama-sama menghayati falsafah kita ini. Contohnya kalau di sekolah kita diajar adab, nilai dan sebagainya tetapi sejauh mana keluarga, televisyen dan kerajaan menyokong pengajaran ini. Kalau kita tengok televisyen kita banayak menyiarkan siaran-siaran yang langsung tidak menyokong pembentukan nilai antaranya wrestling, program hiburan yang melampau dan ini memupuk budaya yang tidak sihat dan hedonisma yang melampau dikalangan pelajar kita.
Selain itu daripada kajian yang dibuat guru kita yang ada pada masa sekarang kebanyakannya mampu menjdi muaddid iaitu mengajar tetapi gagal menjadi mudarris iaitu membimbing pelajar-pelajarnya. Beliau juga turut mencadangkan lebih ramai guru lelaki menjadi ustaz bagi mengurangkan jarak antara pelajar dengan guru, ini adalah kerana daripada kajian menunjukkan pelajar lelaki tingkatan empat merupakan masa yang paling kritikal dan mengalami masalah yang paling besar oleh sebab itu dengan adanya lebih ramai guru lelaki perhubungan antara guru dan pelajar lebih mesra kerana boleh bergurau dan sebagainya.wallahualam

Tuesday, July 14, 2009

Ko-SPIN '09 bhgn 2

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera, sekarang ni adalah sambungan dari artikel yang pertama hari tu tentang kongres pendidikan anjuran GAMIS. Ahli panel yang kedua adalah seorang yang tidak asing lagi iaitu prof Dr Sidek Baba, seorang yang selalu keluar di tv dam merupakan mantan mahasiswa di UPSI iaitu pada zaman MPSI(bangga2x). Satu ilmu yang baru saya dapat di sini iaitu rupa-rupanya kursus yang saya ambil iaitu pendidikan awal kanak-kanak telah bermula sejak perang badar lagi, iaitu tawanan perang yang ditahan ,yang mana leh membaca diminta mengajar anak-anak orang islam sebagai syarat pembebasan mereka.
Ahli panel seterusnya adalah seorang ahli parlimen Indonesia yang berasal dari parti PKS iaitu prof dr H.Irwan. Beliau mengatakan di Indonesia satu undang-undang telah ditubuhkan iaitu pada tahun 2003 iaitu undang-undang yang tidak membezakan antara sekolah pondok dan sekolah biasa@kebangsaan kalau di Malaysia iaitu undang-undang Pendidikan Nasional. Ini merupakan suatu yang baik iaitu kurikulum dibuat oleh pihak sekolah sendiri@diberikan kepada pemimpin@menteri besar kalau di Malaysia. Kita sendiri kadang-kadang salah faham tentang ilmu iaitu kita mengatakan sekolah kebangsaan adalah sekolah sekular dan sekolah pondok adalah sekolah agama sedangkan dalam Islam kesemua ilmu adalah datangnya dari Allah swt.wallahualam

PTPTN

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat di UPSI. Saya baru selesai mendapatkan maklumat daripada HEP tentang mahasiswa-mahasiswi UPSI semester dua dan semester tiga yang belum mendapat PTPTN. Menurut En.Fauzi, terdapat sedikit masalah di pihak PTPTN kerana terdapat mahasiswa yang belum menyerahkan LAmpiran A iaitu Perakuan Penerimaan Dokumen Pinjaman PTPTN. Beliau mengharapkan mahasiswa bersabar dan membuat aduan di Unit Kebajikan HEP. InsyAllah mereka akan menerima pinjaman selewatnya pada awal bulan lapan.

p/s sekiranya anda semua mengalami masalah kewangan sila ke HEP bagi membuat pinjaman sementara.

Sunday, July 12, 2009

Ko-SPIN '09

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat. Alhamdulillah semalam saya telah berjaya menghadirkan diri ke program anjuran GAMIS ini bersama rakan-rakan yang lain bagi membincangkan hala tuju pendidikan negara iaitu ke arah mana kita mahu bawa generasi kita pada masa akan datang.
Sedikit perkongsian dari apa yang saya dapat semalam, panel yang pertama adalah Dato' Dr Siddiq Fadzil merupakan pensyarah UKM dan beliau merupakan mantan Presiden ABIM. Dengan gaya bahasa yang selamba menggunakan dialek Indonesia, pembentangan kertas kerjanya menarik dan pendengar yang mendengarnya pun tidak kering gusi kerana diselangai oleh lawak jenaka yang menghiburkan pendengar. Tajuk yang diberikan pada beliau adalah Krisis Pendidikan masa kini : Cabaran membina generasi berjiwa merdeka. Apa yang saya tertarik di sini, beliau mendedahkan pelbagai judul buku yang terdapat dipasaran sekarang adalah amat teruk(saya tak tahu apa perkataan yang sesuai saya gunakan di sini) antaranya berjudul 'Sekolah itu candu', 'Selamat tinggal sekolah', 'if u want to be rich don't go to school' dan banyak lagi. Kalakita tenung jauh-jauh judul buku ini, kita dapat lihat ke arah mana kita mahu bawa generasi kita pada masa akan datang.
Seterusnya satu lagi yang menarik perhatian saya adalah mungkin inilah generasi yang lahir dari sistem pendidikan sekarang iaitu watak simbolik yang dilukiskan oleh penyair Taufiq Ismail dalam puisinya, 'Sajak anak muda serba sebelah'

Si Toni dicabut kupingnya satu yang kanan
maka suara masuk kuping kiri tembus ke otak
dikirim baik dan jatuh dikuping kiri lagi
Si Toni dipotong tangannya satu yang kanan
maka dia belajar menulis dengan tangan kiri
Si Toni diambil satu matanya yang kanan
maka airmatanya tetes ke sebelah kiri
Si Toni dipetik jantungnya lewat rongga kanan
tapi gagal karena jantung itu mengelak ke kiri
Si Toni dipotong ginjalnya satu yang kanan
Tak gagal kerana sesuai secara faali
Si Toni diambil kakinya satu yang kanan
maka dia main bola cuma dengan kaki kiri

lama-lama Si Toni jadi kidal
kupingnya yang bias dengar kuping kiri
tangannya yang main gitar tangan kiri
airmatanya menetes di sebelah kiri
die tendang bola dengan kaki kiri

lama-lama Si Toni ingin bekerja
cita-citanya lumayan sederhana
dia mahu jadi sopir saja
tapi tak ada lowongan baginya
karena kenderaan setir kanan semua

hai tunggu dulu, Toni ini anak sayakah
atau anak saudarakah?
atau barangkali kemenakan kita?
keadaan ini memang aneh
sore ini jam empat tepat
dengarlah dia sedang mengocok gitarnya
dengan cara anak muda bergaya kidal
dan itu bukan suara gerimis, bukan
itu air matanya
memukul-mukul lantai beranda.

Syair yang begitu tinggi dan sukar difahami, sama-samalah kita fikirkan. mahukah kita melahirkan generasi akan datang yang mati sebelah iaitu hanya disumbat dan dogokkan oleh sebelah pihak tanpa dibenarkan ia menilai dan berfikir. fikir-fikirkanlah

p/s i'Allah sambungannya pada masa akan datang.