Sunday, July 12, 2009

Ko-SPIN '09

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat. Alhamdulillah semalam saya telah berjaya menghadirkan diri ke program anjuran GAMIS ini bersama rakan-rakan yang lain bagi membincangkan hala tuju pendidikan negara iaitu ke arah mana kita mahu bawa generasi kita pada masa akan datang.
Sedikit perkongsian dari apa yang saya dapat semalam, panel yang pertama adalah Dato' Dr Siddiq Fadzil merupakan pensyarah UKM dan beliau merupakan mantan Presiden ABIM. Dengan gaya bahasa yang selamba menggunakan dialek Indonesia, pembentangan kertas kerjanya menarik dan pendengar yang mendengarnya pun tidak kering gusi kerana diselangai oleh lawak jenaka yang menghiburkan pendengar. Tajuk yang diberikan pada beliau adalah Krisis Pendidikan masa kini : Cabaran membina generasi berjiwa merdeka. Apa yang saya tertarik di sini, beliau mendedahkan pelbagai judul buku yang terdapat dipasaran sekarang adalah amat teruk(saya tak tahu apa perkataan yang sesuai saya gunakan di sini) antaranya berjudul 'Sekolah itu candu', 'Selamat tinggal sekolah', 'if u want to be rich don't go to school' dan banyak lagi. Kalakita tenung jauh-jauh judul buku ini, kita dapat lihat ke arah mana kita mahu bawa generasi kita pada masa akan datang.
Seterusnya satu lagi yang menarik perhatian saya adalah mungkin inilah generasi yang lahir dari sistem pendidikan sekarang iaitu watak simbolik yang dilukiskan oleh penyair Taufiq Ismail dalam puisinya, 'Sajak anak muda serba sebelah'

Si Toni dicabut kupingnya satu yang kanan
maka suara masuk kuping kiri tembus ke otak
dikirim baik dan jatuh dikuping kiri lagi
Si Toni dipotong tangannya satu yang kanan
maka dia belajar menulis dengan tangan kiri
Si Toni diambil satu matanya yang kanan
maka airmatanya tetes ke sebelah kiri
Si Toni dipetik jantungnya lewat rongga kanan
tapi gagal karena jantung itu mengelak ke kiri
Si Toni dipotong ginjalnya satu yang kanan
Tak gagal kerana sesuai secara faali
Si Toni diambil kakinya satu yang kanan
maka dia main bola cuma dengan kaki kiri

lama-lama Si Toni jadi kidal
kupingnya yang bias dengar kuping kiri
tangannya yang main gitar tangan kiri
airmatanya menetes di sebelah kiri
die tendang bola dengan kaki kiri

lama-lama Si Toni ingin bekerja
cita-citanya lumayan sederhana
dia mahu jadi sopir saja
tapi tak ada lowongan baginya
karena kenderaan setir kanan semua

hai tunggu dulu, Toni ini anak sayakah
atau anak saudarakah?
atau barangkali kemenakan kita?
keadaan ini memang aneh
sore ini jam empat tepat
dengarlah dia sedang mengocok gitarnya
dengan cara anak muda bergaya kidal
dan itu bukan suara gerimis, bukan
itu air matanya
memukul-mukul lantai beranda.

Syair yang begitu tinggi dan sukar difahami, sama-samalah kita fikirkan. mahukah kita melahirkan generasi akan datang yang mati sebelah iaitu hanya disumbat dan dogokkan oleh sebelah pihak tanpa dibenarkan ia menilai dan berfikir. fikir-fikirkanlah

p/s i'Allah sambungannya pada masa akan datang.

No comments: