Friday, March 12, 2010

MAUIDZAH

Bismillah walhamdulillah.Seusai selesai solat subuh di masjid tadi teman ada mendengar beberapa jemaah yang bersembang tentang gempa bumi yang berlaku semalam di Sekayu Terengganu.Walaupun berskala kecil iaitu lebih kurang 2.9 namun ini satu petanda bahawa Malaysia juga sekarang ni tidak aman dari bencana.Dengan cuaca juga yang sekarang agak tidak menentu di Terengganu sebarang kemungkinan boleh berlaku.Seronok mendengar perbualan orang kampung 'sekiranya empangan Kenyir pecah entah sempat ke tidak kita lari ke Bukit Besar iaitu satu bukit yang berada tidak jauh dari rumah teman bagi menyelamatkan diri.Apapun kata imam solat subuh tadi semuanya ketentuan Allah walau apa pun terjadi.Melihat kepada gejala umat pada zaman sekarang maka tidak hairanlah allah menghantar gempa bumi bagi menyedarkan kita yang sering terleka dan terlalai dengan tanggungjawab di atas muka bumi. Jari yang sebatang menunjuk ke arah orang lain manakala empat jari lain menunjuk ke arah diri sendiri.Mahu tidak mahu peringatan ini ditujukan khas pada diri sendiri yang selalu alpa dengan desakan sosial yang kian mencabar.Allahurabbi......

No comments: