Assalamua'laikum pertama-tamanya berbanyak bersyukur pada Allah swt kerana masih memberi dua nikmat yang terbesar dalam hidup iaitu nikmat iman dan islam. Selawat dan salam pada kekasih junjungan Muhammad saw,yang banyak meninggalkan nasihat yang kita yakin tiada nasihat yang lebih baik daripada nasihat Rasulullah saw.
Baru-baru ini saya berpeluang mendengar secara live tazkirah yang diberikan oleh salah seorang bekas imam Masjidil Aqso iaitu As Syeikh Muhammad Mahmod As Siyam. Beliau juga salah seorang daripada pimpinan Hamas pada masa sekarang ni. Walaupun pun berasal dari Palestin tetapi oleh kerana pergolakan yang berlaku beliau sekarang tinggal di Yaman.
Pertama-tamanya beliau mengucapkan jutaan terima kasih pada umat Islam di Malaysia atas segala bantuan yang diberikan tidak kira dari segi kewangan mahupun sekadar doa setiap kali selepas solat. Untuk pengetahuan anda semua umat di Palestin menang dalam peperangan dengan Yahudi walaupun kita sering dimomokkan tentang keganasan Yahudi laknatullah tetapi alhamdulillah Allah memberikan kemenangan kepada saudara kita di sana. Antara faktor yang membolehkan kemenangan saudara kita di sana yang pertamanya adalah iman kepada Allah swt. Tidak perlulah saya huraikan panjang tentang ini kerana kita semua telah sedia maklum kepentingan iman dalam kehidupan sebab itulah pertama-tama tadi saya ucapkan bersyukur banyak-banyak pada Alllah swt atas nikmat iman yang diberikan.
Faktor kedua yang menyebabkan kemenangan saudara kita di sana adalah perpaduan. Seperti yang di laung2kan oleh perdana menteri kita iaitu datuk seri Najib Tun Razak iaitu konsep 'Satu Malaysia'(tanpa mengambil kira retorik@tidak) iaitu menitikberatkan perpaduan tidak kira dikalangan umat islam mahupun dengan kaum yang lain. Di antara dalil yang dibawa oleh Syeikh ini adalah "dan berpeganglah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai."(al-imran 103)p/s masih teringat dalil inilah yang dibawa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sewaktu awal-awal mesyuarat kami hehe.
Faktor ketiga yang tidak kurang pentingnya adalah kesabaran. Seperti yang biasa kita dengar"Allah bersama orang2 yang sabar". Di antara contoh peristiwa yang menunjukkan kesabaran saudara kita di sana adalah apabila rejim yahudi laknatullah mengebom tidak kira rumah, sekolah, masjid dan sebagainya, cepat-cepat umat Palestin ini mendirikan khemah-khemah bagi mengantikan fungsi setiap apa yang di bom iaitu sebagai tempat pendidikan, solat jemaah dan sebagainya. Menyentuh tentang tempat pendidikan ini, alangkah bersyukurnya kita di malaysia mempunyai tempat pendidikan yang begitu baik tetapi sejauh mana pendidikan kita mampu menjadikan kita hamba Allah yang bersyukur dan mampu mendekatkan kita pada Allah swt.
Akhir sekali syeikh sekali lagi mengucapkan terima kasih pada semua rakyat malaysia yang tidak henti-henti menyumbang dan teruskan berdoa pada saudara kita tidak kira di sana mahupun di mana sahaja Selatan Thai,Kemboja(hehe sebab baru balik dari sana) mahupun di Malaysia sendiri.Wallahualam
No comments:
Post a Comment