Tuesday, June 29, 2010

Guru N.Sembilan tak senonoh, memalukan, MB bertanggungjawab




"Kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Mohamad Hasan nak beri penghargaan kepada guru di N.Sembilan dengan beri jamuan besar-besaran 15,000 guru pada 26 Jun 2010 di padang MPS semasa berlaki Gerhana Bulan pula tu. Dihidangkan dengan konsert Mawi. Akhirnya diceritakan guru perempuan berebut naik pentas nak peluk Mawi, gila nak bergambar.


Inilah yang dinamakan Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari. Menteri Besar Negeri Sembilan dan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan harus meletak jawatan dan mengambil tanggungjawab diatas insiden yang amat memalukan profession perguruan ini.


Satu dunia dah tahu ada guru-guru perempuan di Negeri Sembilan ini muka tak tahu malu. Habis semua anak murid tengok dalam internet. Apa nak kata ? Pihak penganjur ialah Kerajaan Negeri Sembilan sendiri. Ini majlis rasmi, Konsert Jom Heboh pun peminat tak serbu macam ni !


Tahun depan nak jemput artis siapa pula ?


Suami-suami cuba tengok ada tak gambar isteri anda berebut berposing dengan Mawi di pautan berikut http://cursingmalay.blogspot.com/2010/06/aura-mawi-membuatkan-ramai-cikgu-cikgu.html . Jangan terperanjat !!!!


Entah apa bala yang akan turun di N.Sembilan lepas ini ?

"

No comments: