Sunday, January 31, 2010

BIROKRASI OH BIROKRASI


Assalamua'laikum saje nak meluahkan perasaan melalui penulisan.Baru-baru ni bos di tempat saya berkerja ke pejabat pendaftaran bagi melaporkan kehilangan kad pengenalan.Alangkah terkejutnya saya bila beliau memberitahu denda yang dikenakan adalah rm100 tapi apa yang lebih mengejutkan saya adalah denda itu akan dikurangkan kepada rm50 sekiranya mendapat cop daripada ahli jawatankuasa keselamatan kampung(jkkk).Pergh nampaknya bertambah besar kuasa yang diberikan pada JKKK ni,lama kelamaan boleh kalah perdana menteri haha.

Thursday, January 28, 2010

KEPIMPINAN YANG AKAN DIPERSOALKAN



Tiba-tiba terpandang gambar ni dalam blog seorang sahabiah so copy paste la. Teringat kenangan menyertai ESQ sebagai latihan kepimpinan. Kami merupakan alumni mahasiswa angkatan ke4. Turut bersama dalam gambar tersebut sahabat merangkap adik,saudara dan sebagainya yang sangat saya sayangi iaitu Fadhiri yang telah kembali kerahmatullah pada 11 januari yang lalu.Al fatihah pada beliau semoga rohnya ditempatkaan bersama para kekasihNYa.

Menyebut tentang kepimpinan maka sekarang telah selesailah tugas memegang kepimpinan mahasiswa di bumi UPSI,pelbagai kenangan pahit maung dilalui di dalam menjalankan tugas. Seribu kemaafan dipohon dari segenap organisasi di UPSI kerana didalam melaksanakan amanah pasti ada yang terabai@terlepas pandang. Sebagai amanat terakhir saya hanya mampu berpesan kepada semua warga UPSI supaya kembali kepada agama tidak kira pada yang muslim atau bukan muslim. Kalau kita lihat sekarang ni pelbagai gejala sosial timbul disebabkan manusia semakin jauh dari agama dan disini sekali lagi saya menekan kembali lah beramal dengan agama.

Pada hari ini juga sedang berlangsung pemilihan majlis perwakilan mahasiswa yang baru. Saya juga di sini menyeru semua mahasiswa memilih calon yang betul-betul layak bagi memimpin anda semua. Masih belum terlewat untuk anda semua keluar mengundi kerana masih terdapat beberapa jam sebelum pengundian ditutup. Adalah menjadi kewajipan anda semua untuk turun mengundi kerana sekiranya pemimpin yang menang nanti melakukan maksiat contoh mudah konsert dan sebagainya maka setiap pengundi yang mengundi beliau turut mendapat saham sama dan pada yang tidak mengundi pun sama kerana tindakan anda yang tidak turun mengundi calon yang betul menyebabkan calon yang tidak berakhlak naik memegang tampuk kepimpinan.wallahualam

Sunday, January 24, 2010

Ummat Islam di Bunuh dengan kejam Di Nigeria




"Tidak ramai yang mengambil tahu tentang nasib ummat Islam Nigeria. Apa yang kita pernah tahu, Ummat Islam Nigeria adalah kuat dan memegang kuasa politik dan Nigeria adalah bumi pejuang Islam saperti Uthman Dan Fodio . Namun semuanya berubah apabila ummat Islam lalai dalam mengurus kehidupank politik mereka. Kerajaan Nigeria sekarang sudah di kuasai oleh kelompok kristian PDP People Democratic Partu dibawah slogan liberal demokrat dan yang terbaru 150 penduduk Islam di Kuru Karama dekat dengan bandar Jos di bunuh beramai ramai dengan sangat kejam oleh penduduk Kristian. Bayi di cincang dan kanak kanak di bakar

.Ia nya mirip Ambon di Indonesia. Kaum lelaki pula sibuk melarikan diri menyelamatkan nyawa. Inilah akibat hilangnya ruhul Jihad dari hati Ummah akibat politik merugikan.


Kuasa politik Islam di Nigeria sangat kuat selepas kemerdekaan tetapi semakin pudar apabila wujudnya politik sekular dalam bentuk kepartian. Sebelum ini Nigeria berada di bawah kerajaan tentera. Dalam politik pilihanraya , percaturan politik berlainan dan ummat Islam kalah dalam percaturan ini. Ummat Islam sudah tidak kisah samaada bersama dengan parti politik Islam atau bukan Islam dan harta negara di salah guna untuk kepentingan politik peribadi. Puak Kristian mengambil kesempatan ini dengan mengguna slogan politik liberal democrat PDP People Democrat Party dan berjaya memperolehi undi orang Islam untuk membentuk kerajaan. Namun untuk mengaburi mata Ummah PDP masih melantik orang Islam Mr. Yar'Adua sebagai ketua negara yang hanya merupakan proxy atau patung. Semua hal pengurusan negara termasuk tentera telah di kuasai oleh golongan kristian. Tentera inilah yang turut melakukan pembunuhan beramai ramai di Kuru Karama.


link video http://www.youtube.com/watch?v=g7XjFZSSF9Q&feature=player_embedded

Pembunuhan beramai ramai yang kejam di Kuru Karama bermula dengan pergaduhan ugama di Jos di tengah Nigeria. Penduduk Islam merupakan penduduk majoriti di Kuru Karama dan terdapat 3 masjid di sana. Terdapat penduduk kristian di Kuru Karama namun bilangan hanya segelintir kecil dan mereka hidup aman damai bersama penduduk majoriti Islam. Kuru Karama tidak mempunyai sebarang benteng pertahanan kerana saperti biasa di seluruh dunia Ummat Islam kurang curiga dengan ancaman kaum kafir. Ini berlaku di mana mana di seluruh dunia termasuk di Bosnia dan Ambon. Mereka tidak menyangka bahawa orang Kristian akan menjadikan Kuru Karama sebagai sasaran mudah bagi mereka untuk membunuh kanak dan wanita Islam untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap ummat Islam.

Pada pukul 10 am 19 January 2010 , ummat Islam Kuru karama di kepung oleh penduduk Kristian Fanatik dari kawasan berhampiran dengan bersenjatakan senapang , parang dan besi. Dengan secepat kilat mereka membunuh apa yang dapat mereka bunuh dan membakar rumah rumah Ummat Islam . Kanak kanak yang bertempiaran lari di cantas dengan parang . Mayat wanita ,lelaki dan kanak di campak kedalam perigi dan ada yang menjadi abu di bakar termasuk mereka yang berada di masjid yang mencari perlindungan. Seramai 150 di bunuh dengan kejam. Saksi yang berada di tempat kejadian berkata tentera kerajaan dari kumpulan kristian turut melakukan pembunuhan kejam tersebut. Timbalan Perdana menteri Kristian Jonathan berjanji akan menyiasat tetapi ramai tidak percaya beliau adil dalam tindak tanduknya kerana tentera turut bersubahat dalam kejadian itu.

Terdapat banyak pengajaran dari peristiwa ini. Peristiwa ini samalah saperti kes pembunuhan di Bosnia, Ambon, Gaza dan Kashmir. Ummat Islam menjadi mangsa dan pembunuhan ini akan berlalu tanpa pembelaan.Kemungkinan besar USA berada dibelakang kejadian kejadian ini memandangkan seorang islam Nigeria telah di tuduh cuba melakukan pengeboman kapal terbang America. Itu masih dalam kajian analisis politik.
Dalam sebarang pembunuhan beramai ramai kemungkinan pembelaan berlaku tetapi biasa nya mereka yang membela nasib ummat islam akan di tuduh oengganas. Saperti peristiwa pembunuhan terhadap ummat Islam di tempat yang berlainan , sebab utamanya ialah Ummat Islam terlalu percaya kepada Kaum Kafir dari segi keselamatan dengan menganggap mereka akan melayan ummat Islam saperti ummat Islam melayan dengan baik kaum kafir minoriti. Biasanya penduduk Islam sebeginilah yang menjadi mangsa. Mereka tidak bersedia dan di serang secara tiba tiba. Ummat Islam juga gagal bersatu didalam soal politik sehingga kuasa politik mereka menjadi lemah dan mereka menjadi barang dagangan untuk di jual beli di pasaran politik.
Ulama Islam setempat juga gagal mengajar ilmu Islam yang betul kepada Ummah sehingga Jihad di lupakan, Jikalau lah Jihad bersemadi di dada Ummat Islam Kuru Karama sudah tentu penduduk lelaki nya menahan dada, leher dan tangan untuk menangkis serangan penduduk kristian. Sebaliknya mereka sibuk melarikan diri dengan meninggalkan wanita dan kanak kanak di belakang untuk di sembelih.
Ya Allah , semarakkan lah Iman , Islam dan Jihad didalam diri kami yang lemah ini dan jangan lah ada ulamak jahat yang menyesatkan kami dalam hidup kami. Ya Allah tolong lah kami dari kezaliman orang kafir dan kuatlah kami dengan tentera mu dari langit dan bumi. Amin

TERHANTUK BARU TENGADAH


Innalillahiwainnailaihirajiun takziah diucapkan pada semua keluarga yang mengalami kematian baik ayah,adik beradik,saudara dan sebagainya. Mahu atau tidak,kematian ini adalah sesuatu yang pasti,tidak terlewat mahupun sesaat. Apa yang saya kesalkan disini adalah budaya kita dalam menyambut kematian ini. Pelbagai arahan dikeluarkan antaranya sebarang hiburan tidak dibenarkan dibuat dala sesuatu tempoh,bukannya langkah ini sesuatu yang tidak baik tetapi kenapa kita sebagai umat islam hanya mengambil islam pada waktu-waktu tertentu. Inilah yang dikatakan dalam oleh kekasih kita saw "umat akhir zaman pagi beriman,pada petangnya tidak". Allah juga menegaskan dalam al Quran yang mulia"kenapa kamu mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain"

Pelbagai lagi budaya yang pelik-pelik dilakukan oleh umat islam apabila berlakunya kematian antaranya memakai pakaian hitam dan sebagainya.Tidakkah kita sedar bahawa budaya ini datangnya dari agama kristian,kenapa kita mesti mengikutnya.

Ya Allah ya tuham kami ampunkan dosa kami umat akhir zaman yang terlampau jauh daripada agama Mu serta sering melakukan khilaf kepadaMu.

Wednesday, January 20, 2010

ABU ZAYD ABDUR-RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN KHALDUN AL-HADRAMI


Mesti ramai dikalangan kita yang tidak mengenali susuk tubuh nama yang saya utarakan disini termasuk saya,sewaktu kali pertama melihat nama ini tetapi apabila disebutkan nama Ibnu Khaldun pasti ramai yang mengenalinya dan kalau di UPSI sendiri para mahasiswa yang mengambil jurusan sejarah tentu lebih arif tentang individu ini.

Apa yang saya hendak coretkan disini adalah sebuah puisi yang dibuat oleh Ibnu Khaldun yang bertajuk 'Dunia Itu Satu Kebun':

"DUNIA itu atu kebun , pagarnya negara. NEGARA itu sebuah kekuasaan, yang hidup dengan kekuasaan itu, aturan yang tetap (sunnah). ATURAN yang tetap itu ialah politik (siasah) yang dijalankan oleh raja(pemerintah). RAJA (PEMERINTAH) itu peraturan yang disokong oleh tentera. Tentera-tentera (para pentadbir) itu pembantu, yang ditanggung oleh harta. HARTA itu rezeki, yang dikumpulkan oleh rakyat. RAKYAT itu budak-budak yang dipelihara oleh keadilan. KEADILAN itu yang disukai dengan dengan keadilan tegaklah dunia".

Thursday, January 14, 2010

BEREHATLAH WAHAI MUJAHID


Allah tahu kamu telah letih mengorbankan banyak kepentingan diri untuk melihat islam berjalan di atas muka bumi. Abdullah ibn Rawahah pernah berkata kita sekarang sedang berdepan dgn apa yg kita cintai selama ini iaitu syahid@bertemu dgn Allah maka kenapa bila kita bertemu dgn kematian kita harus takut dan melarikan diri. Antara persiapan yg perlu ada pada diri seorang yg bergelar da'i adalah beliau perlu suka untuk bertemu dgn Allah, dgn itu persiapan sentiasa dibuat bagi mempersiapkan diri sebelum dijemput berjumpa kekasih yg dirindui.

Tuesday, January 5, 2010

SAUDARA KITA DI VIETNAM

Sebahagian kecil umat islam di Vietnam bermazhab Bani mungkin bagi kita di Malaysia tidak pernah mendengar mazhab ini namun ia merupakan masyarakat kuno yg terdapat di Vietnam. Antara amalan pelik yg mereka lakukan adalah

1. solat fardu lima waktu diwakilkan pada imam dengan upah wang.
2. tiada pengajian agama menyebabkan semua orang jahil dan menyebarkan ajaran syirik.
3. Sepanjang bulan Ramadhan suami menjauhi isteri dan hanya duduk di masjid.
4. Membakar mayat dan menyimpan abu mayat

sama2 kita fikirkan.Sabda asulullah saw 'tidak beriman seorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.wallahualam

Wednesday, December 16, 2009

KECINTAAN PARA SAHABAT PADA RASULULLAH SAW

Assalamua'laikum wbt hari ini saya nak bercerita kisah salah seorang sahabat yang begitu cintakan rasulullah saw. Beliau bernama Abdullah bin Zaid. Beliau begitu mencintai Rasulullah saw sehingga waktu kewafatan Rasulullah beliau menjadi buta.

Sebelum menjadi buta, sebaik mendengar berita sedih tentang kematian Rasulullah, beliau segera melihat jenazah Rsulullah saw. Ketika itu beliau cuba menguatkan hati menerima realiti kewafatan Rasullulah tetapi beliau tidak berkesanggupan untuk berpisah dengan nabi.

Wajah nabi yang sedang ditatapinya itu pula amat mempesonakan. Bersih, tenang dan berseri-seri. Malangnya manusia yang amat istimewa ni telah wafat. Ii menyebabkan beliau tidak berkesanggupan melihat lebih lama lagi wajah baginda lalu memohon pada Allah swt agar tidak memperlihatkan lagi wajah yang begitu mempesonakan pada beliau lagi.

Seudah doa itu dipohon, beliau lalu dibutakan oleh Allah bagi meringankan beban kerinduan yang teramat sangat pada Rasulullah saw.

Apa yang berlaku pada para sahabat amat wajar kita renungi dengan mendalam.Ia benar-benar menggambarkan kecintaan mereka pada RAsulullah saw beranding umat islam kini yang hanya mengaku mencintai Rasulullah tetai tidak pula mengikuti sunnah-sunnah yang ditinggalkannya termasuk dalam politk islam dan sebagainya malahan yang lebih teruk menentang perjuangan yang mahu menegakkan islam.nau'zubillahiminzalik.

Tuesday, December 15, 2009

DOA ORANG YANG DIZALIMI

Assalamua’laikum wbt sekadar perkongsian drp buku yg br habis dibaca iaitu Tafsir At Tibyan iaitu Surah Al-Fiil(Gajah). Disini saya bukanlah nak menafsirkan keseluruhan surah tu tetapi mahu memetik sedikit input yg boleh kita ambil mengenai doa orang yg dizalimi. Seperti mana yg kita ketahui surah ini menceritakan tentera bergajah yg mahu menyerang kaabah.
Dalam saat yg paling cemas ketika tentera bergajah itu hendak menyerang kaabah, Abdul Mutalib telah bermunajat kepada Allah. Antara doanya bermakud
‘Ya Allah sesungguhnya Abrahah telah mencegah hambaMu dari menunaikan ibadat di Baitullah maka tegahlah mereka.Jgn jadikan mereka itu menang dan jadikanlah perancangan mereka gagal. Jika mereka masuk ke tanah haram maka urusannya terserah padaMu’
Lalu Allah mengutuskan kepada mereka sekawan burung yang membawa batu dari neraka maka hancurlah tentera Abrahah. Maka benarlah sabda Rasulullah saw bahawa tiada hijab antara Alah dan org yg dizalimi hatta dia bukan muslim.wallahualam

Monday, November 9, 2009

BAI'AH DALAM ISLAM

Assalamua'laikum wbt saje sy memilih untuk menulis tajuk ini bagi membetulkan perspektif umat islam mahupun bukan isla tentang bai'ah yang terdapat dalam islam.

Kewajipan menegakkan daulah islamiyah adalah kewajipan yang tak dapat dnafikan lagi. Pentingnya hal ini digambarkan dengan ketidakhadiran para sahabat sewaktu pengkebumian Rasulullah saw untuk bermesyuarat bagi melantik ketua negara dan menyerahkan ketaatan yang tidak berbelah bagi.

PENGERTIAN
Mengikut kata asal bai'ah bermaksud suatu pengisytiharan taat setia bersyarat yang diberikan oleh umat islam kepada pimpinan yang tertinggi dalam jemaah atau negara.
Pengertian ini terdapat dalam semua bai'ah yang dilakukan umat islam dengan rasulullah saw sama ada bai'ah aqabah 1 & 2 dan bai'ah ridhwan.

Berdasarkan pengertian di atas bai'ah terbahagi 3:
1)umum
2)khusus
3)lebih khusus

UMUM
Bai'ah jenis ini melibatka semua pihak baik muslimin mahupun muslimat.

KHUSUS
Bai'ah ini melibatkan orang2 tertentu sahaja. Bai'ah ini mewajibkan orang2 tertentu ini mempertahankan Rasulullah dari segala ancaman baik ringan atau berat.

BAI'AH LEBIH KHUSUS
Bai'ah ini dilakukan oleh orang tertentu dan dengan keadaan dan suasana tertentu shj cthnya sewaktu bai'ah ridhwan.

bersambung......