Sunday, January 24, 2010

TERHANTUK BARU TENGADAH


Innalillahiwainnailaihirajiun takziah diucapkan pada semua keluarga yang mengalami kematian baik ayah,adik beradik,saudara dan sebagainya. Mahu atau tidak,kematian ini adalah sesuatu yang pasti,tidak terlewat mahupun sesaat. Apa yang saya kesalkan disini adalah budaya kita dalam menyambut kematian ini. Pelbagai arahan dikeluarkan antaranya sebarang hiburan tidak dibenarkan dibuat dala sesuatu tempoh,bukannya langkah ini sesuatu yang tidak baik tetapi kenapa kita sebagai umat islam hanya mengambil islam pada waktu-waktu tertentu. Inilah yang dikatakan dalam oleh kekasih kita saw "umat akhir zaman pagi beriman,pada petangnya tidak". Allah juga menegaskan dalam al Quran yang mulia"kenapa kamu mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain"

Pelbagai lagi budaya yang pelik-pelik dilakukan oleh umat islam apabila berlakunya kematian antaranya memakai pakaian hitam dan sebagainya.Tidakkah kita sedar bahawa budaya ini datangnya dari agama kristian,kenapa kita mesti mengikutnya.

Ya Allah ya tuham kami ampunkan dosa kami umat akhir zaman yang terlampau jauh daripada agama Mu serta sering melakukan khilaf kepadaMu.

No comments: