Sunday, March 1, 2009


Sepanjang Bulan Februari lepas kita menerima beberapa khabar yang mendukacitakan di atas beberapa kematian ahli keluarga sahabat-sahabat kita yang telah pergi dahulu . Kami di Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan turut merasai kehilangan tersebut. Takziah diucapkan di atas pemergian tersebut. Bahawasanya kita semua juga akan PERGI , justeru bersama-samalah kita menginsafi hakikat kematian, dan berusaha untuk mengumpul bekalan menuju destinasi hakiki.


Kami Exco Kebajikan MPP hanya dapat memberi sedikit pertolongan dengan harapan sedikit sebanyak pertolongan ini dapat meringankan bebanan dan kesedihan yang ditanggung oleh sahabat-sahabat tersebut.


Seterusnya, sebagai pengetahuan dan makluman bagi sebarang kes kematian dalam kalangan ahli keluarga sama ada ayah, Ibu, adik beradik, dan anak pelajar-pelajar boleh mendapatkan borang khairat dan Kebajikan. Bagi pelajar-pelajar yang baru menghadapi kematian ahli keluarga yang terdekat boleh lah mengisi untuk mendapatkan wang khairat tersebut.
Disamping mendapatkan dan menlengkapkan borang khairat tersebut sila sertakan juga;


I. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
II. Salinan Kad Matrik
III. Salinan sijil kematian


Borang boleh diperolehi daripada Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI 08/09 iaitu;
I. Saudara Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor
II. Saudari Adriyani Binti Yamin

*Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi CareLine Exco Kebajikan 013-6288435.

Monday, February 23, 2009

Ahlan Wasahlan sahabat Kebajikan











* maf, gmbar ada masalah. Juru foto agak kurang pengalaman.

Salam Revolusi
Pada tarikh 21 Februari 2009, Exco Kebajikan dan kemasyarakatan telah menerima seramai 22 orang rakan exco sebagai rakan-rakan baru dalam melicinkan gerak kerja berkenaan dengan isu-isu mahasiswa di UPSI yang tercinta. Mudah-mudahan gerak kerja kita bersama selama satu sesi akan datang merupakan suatu titik tolak ,menuju kesatuan gerak kerja dan persahabatan kita semua...
Apa yang kita harapkan , ialah sedikit pengorbanan yang kita buat ini besar nilainya di sisi Pencipta.
Post By;
Adriyani Binti Yamin
"We care to student Welfare"
MOHD ZULHILMI BIN MOHD NOOR
ADRIYANI BINTI YAMIN
Exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP UPSI 08/09



Wednesday, February 18, 2009

Takziah dan Al-Fatihah








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“ Ajal yang datang di muka pintu, tiada siapa yang memberitahu,
tiada siapa pun dapat,hindari tiada siapa yang terkecuali”


Di antara bait-bait lagu kematian yang sering menjadi pilihan halwa telinga , moga tidak kita sia-siakan masa kita tanpa sehari terlintas akan peristiwa kematian. Dan pada semalam bersamaan 17 Feb 2009 Bersamaan dengan 22 Safar 1430 warga UPSI dikejutkan dengan kematian seorang penuntut dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan matematik yang berada dalam semester 6. Allahyarhamah NURLINA BINTI ABDUL HALIM menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Seberang Jaya , Pulau Pinang pada lebih kurang pukul 6.20 ptg. Berdasarkan sumber yang diterima Arwah dikatakan mengalami jangkitan pada bahagian otak. Arwah dimasukkan ke wad pada hari ahad lepas dan tidak sedarkan diri . InsyaAllah arwah akan dikebumikan selepas waktu Zohor hari ini.
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah NURLINA, kita turut bersimpati dengan pemergian Arwah namun inilah suratan daripada Rabbul Izzati yang perlu kita terima tanpa sedikit pun keraguan. Apa yang boleh kita kongsikankan hanyalah kiriman Al-Fatihah dan cebisan doa seusai solat agar Arwah NURLINA ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh.
Kita yang masih bernyawa tetap perlu meneruskan kehidupan di samping mengumpul bekalan taqwa sebagai persediaan penghitungan dengan malaikat di dalam kubur dan harta taqwa yang menjadi aset berharga di mahkamah Allah kelak. Sesungguhnya, ingatan pada diri : Kematian tidak mengenal siapa pun kita, berapa pun usia kita hatta kedudukan kita , Kerana kita semua akan melalui juga saat tersebut Bila dan bagaimana sahaja yang mungkin berbeza. Wallahualam…


*Berlumba mengumpul taqwa ila Mardhatillah.
EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN MPP UPSI

Thursday, February 12, 2009

SLIP PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI 2008/2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR UPSI

KURSUS/TARIKH

PelajarLama :
16 Februari 2009 hingga27 Februari 2009(Denda Bermula 3 Mac 2009)

Pelajar BaharuMulai Ambilan Julai 2008 :
3 Mac 2009 hingga13 Mac 2009(Denda Bermula 16 Mac 2009)


PERINGATAN :
. Anda diwajibkan untuk mengambil Slip Pengesahan PendaftaranKursus bagi Semester 2 Sesi 2008/2009 di fakulti masing-masing.

. Anda diwajibkan menyemak pengesahan pendaftaran kursus tersebutdan sebarang pembetulan perlu dimaklumkan ke Bahagian Hal EhwalAkademik/Fakulti.

. Kegagalan anda untuk mengambil Slip Pengesahan PendaftaranKursus, akan menyebabkan anda didenda dengan kadar RM5.00sehari.

. Sekiranya tiada sebarang perubahan dibuat oleh pelajar selepastempoh yang telah ditetapkan, Pendaftaran Kursus tersebut dianggapbetul dan sahih untuk tujuan peperiksaan dan pengijazahan.



Tarikh Notis
10 Februari 2009

Dikeluarkan Oleh
Pejabat PendaftarBahagian Akademik(Unit Pendaftaran)

Telefon
+605-4506923 / 6992

EmaiL
redzuan@upsi.edu.

hamdi@upsi.edu.my

salam seorang pendidik


Bismillahirrahmanirrahim Assalamua’laikum wbt. Sewaktu gambar ini diambil saya sempat membeli beberapa buah buku untuk simpanan, yang saya sendiri tidak tahu bila masanya saya mampu membacanya. Ini adalah kerana saya terpanggil oleh salah seorang sahabat saya sewaktu kami sedang bermesyuarat, beliau mengatakan kita perlu menambahkan ilmu pengetahuan.
Di sini saya ingin berkongsi sebuah buku yang sempat saya baca sementara berada di dalam kereta menuju ke Ipoh. Tajuk buku ini adalah ‘Seorang ibu bukan sebarangan ibu” karangan Muhammad Hassan. Buku ini mengisahkan tentang salah seorang guru kepada Imam Malik yang bernama Rabi’ah Al_Rayi bagaimana kehidupan nya bersama dengan kedua orang tuanya yang bernama Furuq dan ummu Rabi’ah.
Saya tidak bercadang untuk menceritakan secara detail tentang buku ini tetapi saya hanya akan mengambil beberapa mutiara kata yang boleh kita ambil iktibar di dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba di dunia yang fana ini.
1)sebuah nasyid yang didendangkan oleh Saidina Ali yang berbunyi:
Apalah yang hendak bibanggakan;
Kecualilah orang yang berpelajaran;
Hidup mereka berpedoman;
Sumbangan yang besar mereka korbankan;
Tingginya nilai manusia berilmu;
Ilmu diamal semakin bermutu;
Bahagialah kamu orang berilmu;
Harum semerbak riwayat hidupmu!
2) satu hadis yang mengatakan:
Tiga orang lelaki yang pasti Allah akan memberi perlindungan kepada mereka:1) Hamba yang muslim, yang berhasrat menebus dirinya. 2) Orang yang ingin berkahwin di atas hasrat untuk menghindarkan dirinya dari melakukan maksiat. 3) Orang yang berjihad di jalan Allah.
3) Doa yang dipanjatkan oleh ayah Rabi’ah sebelum berkahwin dengan isterinya:
“Wahai tuhanku! Andainya bakal isteriku ini boleh membantu untuk agama dan kehidupankuserta tercapai segala matlamatku, maka berilah kemudahan kepadaku, kemudian berilah keberkatanku disampingnya. Dan andainya bakal isteriku ini boleh mendatangkan akibat buruk terhadap agama, kehidupanku dan matlamat perjuanganku, maka jauhkanlah aku darinay. Dan jodohkanlah aku aku dengan wanita yang baik di mana-mana sahaja, kemudian berilah keredaanMu kepadaku di sampingnya.”
P/s Kalau tidak silap,ini adalah doa untuk solat istikharah.
4) Syair yang berkaitan dengan perdebatan di antara Al-Fadayl bin ‘Iyad dan Abdullah bi Al-Mubarak tentang mana yang lebih naik antara ibadat atau berjihad di jalan Allah
Wahai insan yang mengabdikan diri!
Andai kamu lihat perjuangan kami;
Amal ibadatmu bolehlah dibandingi;
Bagaikan anak-anak yang masih ditatangi;
Linangan airmata dipipi;
Masakan sama dengan darah membasahi bumi;
Atau kuda untuk permainan sendiri;
Masakan sama kuda pejuang pertiwi?
Demi menyahut seruan nabi;
Seruan benar, tidak mungkin didustai;
Dan debu-debu yang memasuki hidung kami;
Samakh dengan semaraknya api di Neraka nanti?!
Semoga apa yang dititipkan di sini boleh di ambil pengajaran oleh kita bersama .wallahualam

Post by Zack

Tuesday, January 13, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bermulanya semester baru untuk semester 2 sesi 2008/2009 pada 5 Januari 2009 iaitu pada hari Isnin lalu. Beberapa rungutan yang diutarakan daripada beberapa pelajar berkenaan dengan beberapa isu, iaitu berkenaan dengan isu pengangkutan iaitu perkhidmatan bas yang menjadi nadi utama para pelajar untuk berulang alik daripada kolej kediaman ke kampus. Rungutan yang kami terima khususnya kepada Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 berkisar tentang pelajar yang ramai ingin ke kuliah serta bilangan bas yang tidak mencukupi juga keadaan yang bersesak-sesak dan bertolak-tolak diantara satu sama lain.

RESPON & LANGKAH YANG DIAMBIL
1) Sebaik menerima aduan tersebut exco kebajikan terus mengambil beberapa tindakan bagi menangani permasalahan ini.
2) Pada sekitar pukul 12 tengahari kami telah bertemu dengan pegawai Hep yang bertanggunjawab ke atas perkhidmatan bas, dan respon yang kami perolehi :
• Bas yang disediakan di kolej Proton City adalah sebanyak 9 buah bas, yang akan berkhidmat secara berterusan untuk perjalanan ke kampus. Yang selebihnya adalah untuk perkhidmatan ke Taman Bernam , Pekan dan juga KUO dan Khar.
• Pihak pengurusan juga tidak mengetahui akan perkara ini kerana jadual pergerakan bas yang di buat juga dipertimbangkan dan di padankan dengan jadual kuliah daripada pihak akademik
• Setelah itu, kami juga mengisi borang aduan perkhidmatan bas untuk tujuan meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan bas.
• Selain itu, pihak kami juga memberikan cadangan agar dibina sebuah pondok bas di Taman Bernam bagi laluan di sebelah menghala ke Kolej-kolej KAB dan KZ bagi memastikan keselamatan para pelajar yang menunggu bas untuk terus ke kolej tanpa perlu ke Kampus. Dan berdasarkan respon daripada pihak penolong pendaftar yang kami temui, mereka menyatakan bahawa perkara ini telah lama dirujuk ke pihak Majlis Daerah Tanjong Malim namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil.
• Pegawai yang ditemui akan meneliti permasalahan ini dan akan mengambil langkah-langkah wajar bagi mengatasi isu kekurangan bas ini.
3) Kemudian pada sekitar pukul 8 Malam kami mengambil langkah memantau sendiri keadaan perjalanan bas di Foyer KAB, dan tidak kelihatan masalah yang berulang, dan berkesempatan menemubual beberapa orang pemandu bas yang berada di kawasan itu. Dan Respon yang kami terima berdasarkan aduan pelajar;
• Bas bersedia untuk mengangkut pelajar tersedia seperti jumlah yang ditetapkan.
• Masalah timbul mungkin disebabkan kelewatan pelajar yang turun untuk ke kelas sekaligus pada waktu yang sama menyebabkan pelajar bersesak-sesak dan menyebabkan jumlah bas dikatakan tidak cukup untuk menampung kesemuanya terutamanya pada waktu-waktu genting iaitu sekitar kuliah 8 pagi dan 8 Malam.
• Pemandu juga membuat rungutan bahawa bas yang telah disediakan seawal pagi untuk mengangkut pelajar kadangkala hanya dapat bergerak agak lambat kerana pelajar lewat turun dan ini adalah faktor berlakunya kesesakan tersebut.

4) Pada Jumaat , 9 Januari aduan diterima oleh exco kebajikan berkenaan dengan masalah kekurangan bas di kolej KAB, aduan diterima daripada JMK yang berada di sana pada waktu tersebut. Berdasarkan laporan yang diberikan hanya ada lebih kurang 3 buah bas pada awal pagi tersebut menyebabkan pelajar beratur panjang sehingga ke Surau Al-Falah pada waktu tersebut, tindakan pantas exco kebajikan MPP yang berada di tempat tersebut , segera menghubungi pegawai HEP iaitu En Zul, dan tidak lama selepas itu datang 4 buah bas untuk menampung kekurangan bas, dan Alhamdulillah masalah tersebut dapat diatasi.
Cadangan :
  • Bagi memudahkan perjalanan ke kampus, pelajar dinasihatkan turun lebih awal untuk mendapatkan bas ke kampus bagi mengelakkan kesesakan sekaligus mengatasi masalah kelewatan tiba ketika kuliah.

laporan:
Exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP 08/09

" Cakna kebajikan Mahasiswa"

prosedur permohonan zakat





* kepada pelajar Upsi Yang ingin memohon bantuan Zakat ini boleh lah berbuat demikian sebelum 30 Januari ini dengan cara melakukan pengisian borang secara online di dalam portal pelajar.

  • Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP 08/09

Sunday, January 4, 2009

Perutusan Khas Akademik



Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH. Salam revolusi dan perpaduan untuk semua. Dengan Izin Allah juga, dapat lagi kita menempuhi satu lagi cabaran yang kecil dalam kehidupan kita ini. Cabaran dan ujian ini yang menguji sejauh manakah kita telah berusaha seterusnya bertawakal dalam mencari ilmu pengetahuan untuk kegunaan. Pertamanya kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua warga UPSI bagi sesi ambilan Disember. Bagi warga kampus UPSI, sememangnya semester ini menuntut kita melakukan persedian yang sebaiknya bagi memperoleh kejayaan cemerlang.


Menelusuri kehidupan sebagai mahasiswa/i anak kandung suluh budiman, kami ingin menyeru kepada diri kami sendiri termasuk warga UPSI, bahawasanya kita bakal berdepan dengan jadual yang saban hari semakin padat. Oleh yang demikian, persedian awal kita seharusnya mengambil kira daripada segenap sudut dalam merencana pengurusan masa yang efektif.

Allah swt berfirman dalam surah al-Asr, ertinya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Untuk akhirnya, suka kami kongsikan di sini, bahawa “ Success is a journey not a destiny”. Marilah kita sama-sama mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Selamat menempuh semester ini dengan cemerlang. Lakukan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.


“Bersama menuju kecemerlangan dunia dan akhirat”
TRANSFORM WITH KNOWLEDGE



Arif bin Mohammad
(http://cikguarif.blogspot.com)
Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff
(http://guruohguru.wordpess.com)

Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008/2009 

Perutusan LPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk terus mengirup udara di alam ciptaan Allah ini.

Sempena Tahun baru Hijrah 1430 H dan tahun baru 2009 ini kami Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua selamat menghadapi semester baru (semester 2 o8/09). Semoga azam yang baru ini membakar semangat kita untuk berkobar-kobar menuntut ilmu di bumi UPSI ini.

Tidak lupa juga Tahniah diucapkan kepada mahasiswa ambilan Disember 2008/2009. Selamat datang ke UPSI kami ucapkan.Moga jiwa pendidik itu dapat dipasakkan dalam hati kita semua sepanjang berada di UPSI ini.

Dikesemapatan ini juga kami ingin menyeru pada semua warga UPSI khusunya dan umat Islam seluruh dunia untuk mendoakan saudara kita di Palestin. Moga mereka disana dilindungi daripada kekejaman Israel yang rakus tanpa ada belas kasihan.Sama kita membantah atas kekejaman ini. Selanjutnya sila lawati blog : http://ibnumadzir.blogspot.com

Akhir kalam, sama-sama kita menjaga akhlak dan peribadi kita sebagai bakal pendidik. Kita adalah murabbi. Bukan sahaja menyampaikan Ilmu malah mendidik anak bangsa kita untuk memperkasakan negara,menerajui perubahan.

Daripada:

Akmal Bin Madzir
Norhafizawati Binti Mahmad Rozali
Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah
MPP 08/09
UPSI

Thursday, January 1, 2009

Bantah kezaliman Israel

Assalamu'alaikum wbt

Semakin hari angka kematian semakin meningkat dengan jumlah kecedaraan juga menunjukkan perkadaran yang sama meningkat.

Kepada mahasiswa/i UPSI, ayuh, kita sama-sama melakukan solat hajat (dengan rakaat kedua dibaca qunut nazilah), solat ghaib dan membaca al-quran berjemaah (surah Al-mulk @ At-Taubah @ Al-Anfal) dengan kita niatkan khas memohon kemenangan bagi mujahidin, kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama-sama mereka. Marilah sama-sama kita doakan mereka.