ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Bermulanya semester baru untuk semester 2 sesi 2008/2009 pada 5 Januari 2009 iaitu pada hari Isnin lalu. Beberapa rungutan yang diutarakan daripada beberapa pelajar berkenaan dengan beberapa isu, iaitu berkenaan dengan isu pengangkutan iaitu perkhidmatan bas yang menjadi nadi utama para pelajar untuk berulang alik daripada kolej kediaman ke kampus. Rungutan yang kami terima khususnya kepada Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 berkisar tentang pelajar yang ramai ingin ke kuliah serta bilangan bas yang tidak mencukupi juga keadaan yang bersesak-sesak dan bertolak-tolak diantara satu sama lain.
RESPON & LANGKAH YANG DIAMBIL
1) Sebaik menerima aduan tersebut exco kebajikan terus mengambil beberapa tindakan bagi menangani permasalahan ini.
2) Pada sekitar pukul 12 tengahari kami telah bertemu dengan pegawai Hep yang bertanggunjawab ke atas perkhidmatan bas, dan respon yang kami perolehi :
• Bas yang disediakan di kolej Proton City adalah sebanyak 9 buah bas, yang akan berkhidmat secara berterusan untuk perjalanan ke kampus. Yang selebihnya adalah untuk perkhidmatan ke Taman Bernam , Pekan dan juga KUO dan Khar.
• Pihak pengurusan juga tidak mengetahui akan perkara ini kerana jadual pergerakan bas yang di buat juga dipertimbangkan dan di padankan dengan jadual kuliah daripada pihak akademik
• Setelah itu, kami juga mengisi borang aduan perkhidmatan bas untuk tujuan meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan bas.
• Selain itu, pihak kami juga memberikan cadangan agar dibina sebuah pondok bas di Taman Bernam bagi laluan di sebelah menghala ke Kolej-kolej KAB dan KZ bagi memastikan keselamatan para pelajar yang menunggu bas untuk terus ke kolej tanpa perlu ke Kampus. Dan berdasarkan respon daripada pihak penolong pendaftar yang kami temui, mereka menyatakan bahawa perkara ini telah lama dirujuk ke pihak Majlis Daerah Tanjong Malim namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil.
• Pegawai yang ditemui akan meneliti permasalahan ini dan akan mengambil langkah-langkah wajar bagi mengatasi isu kekurangan bas ini.
3) Kemudian pada sekitar pukul 8 Malam kami mengambil langkah memantau sendiri keadaan perjalanan bas di Foyer KAB, dan tidak kelihatan masalah yang berulang, dan berkesempatan menemubual beberapa orang pemandu bas yang berada di kawasan itu. Dan Respon yang kami terima berdasarkan aduan pelajar;
• Bas bersedia untuk mengangkut pelajar tersedia seperti jumlah yang ditetapkan.
• Masalah timbul mungkin disebabkan kelewatan pelajar yang turun untuk ke kelas sekaligus pada waktu yang sama menyebabkan pelajar bersesak-sesak dan menyebabkan jumlah bas dikatakan tidak cukup untuk menampung kesemuanya terutamanya pada waktu-waktu genting iaitu sekitar kuliah 8 pagi dan 8 Malam.
• Pemandu juga membuat rungutan bahawa bas yang telah disediakan seawal pagi untuk mengangkut pelajar kadangkala hanya dapat bergerak agak lambat kerana pelajar lewat turun dan ini adalah faktor berlakunya kesesakan tersebut.
4) Pada Jumaat , 9 Januari aduan diterima oleh exco kebajikan berkenaan dengan masalah kekurangan bas di kolej KAB, aduan diterima daripada JMK yang berada di sana pada waktu tersebut. Berdasarkan laporan yang diberikan hanya ada lebih kurang 3 buah bas pada awal pagi tersebut menyebabkan pelajar beratur panjang sehingga ke Surau Al-Falah pada waktu tersebut, tindakan pantas exco kebajikan MPP yang berada di tempat tersebut , segera menghubungi pegawai HEP iaitu En Zul, dan tidak lama selepas itu datang 4 buah bas untuk menampung kekurangan bas, dan Alhamdulillah masalah tersebut dapat diatasi.
Cadangan :
- Bagi memudahkan perjalanan ke kampus, pelajar dinasihatkan turun lebih awal untuk mendapatkan bas ke kampus bagi mengelakkan kesesakan sekaligus mengatasi masalah kelewatan tiba ketika kuliah.
laporan:
Exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP 08/09
" Cakna kebajikan Mahasiswa"
No comments:
Post a Comment