Friday, March 5, 2010

MAUIDZAH

Assalamua'laikum wbt bismillah wal hadulillah. Sedikit perkongsian pada hari ini.Kuliah Subuh tadi di kampung sya tafsir surah Al An'am ayat 111-113 mengisahkan tentang golongan yang menyesatkan manusia terdiri daripada syaitan jin dan syaitan manusia.Berkata Malik Bin Dinar "aku lebih takutkan syaitan manusia kerana mereka menyerupai kita berbanding syaitan jin yang mana mereka akan takut kepada kita sekiranya kita merupakan orang yang dekat dengan Allah.Terdapat satu kisah berkenaan Imam Ahmad Ibnu Hambal,pada suatu ketika dahulu pernah seorang daripada penduduk Baghdad dirasuk jin maka raja pun mengutuskan seseorang pergi memanggil IMAM Ahmad untuk mengubati penduduk berkenaan.Pada masa tersebut Imam Ahmad sedang mengajar dimasjid,kemudian datang utusan itu menceritakan tentang raja mahukan beliau pergi mengubati penduduk yang dirasuk berkenaan.Mendengar cerita itu Imam Ahmad pun meminta utusan itu mengambil selipar yang dipakai oleh beliau untuk dibawa ke istana dan mengarahkan utusan itu memberitahu jin berkenaan bahawa Imam Ahmad menyuruh jin berkenaan keluar dari Baghdad.Kemudian utusan itu pun kembali ke istana dan melakukan seperti yang diarahkan.Mendengar arahan itu,jin itu pun bertanya benarkah arahan ini datangnya dari Imam Ahmad maka utusan berkenaan berkat ya.Maka jin berkenaan pun keluar dari penduduk berkenaan.Jin itu berkata sekiranya imam Ahmad memintanya keluar lebioh jauh dari itu iaitu keluar dari Iraq maka nescaya dia akan menurutinya.

Begitulah kisah bilamana seseorang itu takut pada Allah maka seluruh makhluk lain akan tunduk pada mereka.wallahualam

No comments: