Assalamualaikum wtb
Tahun ini kita bertemu kembali dengan Maulidur Rasul 1430H .Semoga semakin bertambah lagi rasa Kasih dan sayang kita kepada Pencipta. Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi .
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.. PAda hari mulia bersempena kelahiran utusan Mulia Muhammad SAW, marilah kita semua umatnya meningkatkan amalan taqwa serta mempertingkatkan ibadah dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda kasih dan cintanya kita sebagai hamba Allah kepada kekasihNya, Rasulullah SAW.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul drpd;
*Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor
*Adriyani Binti Yamin
* Semua Rakan Exco
(Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI 08/09)
No comments:
Post a Comment