Saturday, November 15, 2008

Tinta Exco kebajikan & kemasyarakatan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua warga ibu kandung suluh budiman...


Alhamdulillah, langkah pertama sudah dibuka, dan exco kebajikan dan kemasyarakatan yang dipegang oleh saudara Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor dan saudari Adriyani Binti Yamin membuka lembaran maya dengan sedikit sebnyak view berkenaan dengan kemudahan kebajikan yang disediakan oleh pihak Universiti kepada semua pelajar . Justeru, kepada semua siswa dan siswi diharapkan dapat mengambil perhatian akan perkara-perkara ini kelak dan diharap dapat berhubung dan bekerjasama dengan exco ini seandainya sesuatu kes yang melibatkan kebajikan dan permasalahan pelajar perlu untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya. Apa yang penting dan yang kami matlamatkan ialah satu undi daripada anda semua akan kami tebus dengan usaha untuk membela dan memastikan hak anda terjaga dengan sebaiknya. Tiada apa yang penting bagi kami melainkan kesenangan dan hak anda semua.
Pelbagai kemudahan kebajikan disediakan oleh pihak Universiti bagi memastikan Universiti ini menjadi pusat pengeluaran Produk pendidik yang berkualiti dan berketrampilan dalam pelbagai aspek dan kemahiran. Ianya bertujuan memastikan proses menuntut ilmu oleh semua pelajar berjalan dengan baik dan kondusif. Kemudahan-kemudahan yang ada perlulah digunakan dengan sebaiknya oleh semua pelajar yang berkenaan dengan mengikuti prosedur-prosedur yang telah digariskan. Kerjasama daripada semua pelajar dengan memberikan maklumat-maklumat yang tepat dan benar amatlah di harapkan bagi memastikan segala proses berjalan dengan telus dan mudah.

Sekian , Wassalam...
“Kebajikan anda, matlamat kami”

Tabung Kebajikan Pelajar TKP


Merupakan satu dana yang diuruskan bertujuan member bantuan dalam aspek pinjaman , sumbangan serta derma meliputi tempoh semasa pengajian ataupun tempoh semasa cuti dengan syarat bayaran yuran telahpun dijelaskan pada sesi berkenaan. Sumbangan yang diberi adalah seperti berikut:
1. Waris pelajar akan diberi pendahuluan sebanyak RM500.00 bagi urusan kematian pelajar

2. Universiti akan menguruskan pengurusan jenazah sekiranya pelajar menibggal di luar kawasan kediaman tetapnya. Pengurusan meliputi :
i Urusan jenazah( kapan jenazah, mandi jenazah dan sebagainya) bagi pelajar islam
ii Keranda ( Bayaran maksima RM 250.00) bagi pelajar bukan islam.
iii Penghantaran jenazah balik ke kampungnya termasuk perkhidmatan kargo bagi pelajar yang berasal dari Malaysia Timur
iv Tambang kapal terbang untuk waris pelajar yang tempat tinggal tetapnya di Malaysia Timur
( bergantung kepada keadaan keluarga dan terhad kepada 2 orang sahaja serta mendapat kelulusan TNC( HEP & Alumni)

3. Dalam kes pelajar kematian ibu atau bapa, suami atau isteri, dan anak-anak, sumbangan adalah:
i RM 300.00 bagi kematian ibu atau bapa. Sekiranya ibu dan bapa mati serentak, pelajar akan diberi kan sumbangan sebnyak RM600.00 dan kadar tambang yang diberi.(“)
ii Sumbangan sebnyak RM300.00 jika berlaku kematian suami atau isteri dan kadar tambang yang diberi.(“)
iii Sumbangan sebanyak RM 200.00 jika berlaku kematian bagi setiap orang anak ( 5 orang anak sepanjang tempoh pengajian
iv Sumbangan sebnyak RM 50.00 jika berlaku kematian bagi ahli keluarga iaitu abang/ kakak/adik( 2 kali sahaja sepanjang tempoh pengajian).
v Dalam keadaan pelajar perlu balik segera untuk melihat jenazah , pelajar akan diberikan tambang kapal terbang kelas ekonomi sehala untuk balik ke kampung dan tambang bas ekspress apabila balik semula ke kampus( kes pelajar semenanjung Malaysia)
vi Dalam keadaan pelajar perlu balik segera untuk melihat jenazah( bagi kes pelajar Malaysia Timur), pelajar akan diberikan tambang kapal terbang kelas ekonomi pergi dan balik dan pelajar perlu mengemukakan tiket dan ‘boarding pass’ ke pejabat HEP & alumni apabila kembali semula ke kampus.
vii Pelajar yang telah mendahulukan wang mereka bagi urusan perjalanan balik semasa kematian ibu/bapa/suami/isteri/anak boleh membuat tuntutan semula ke pejabat HEP & Alumni dengan mengemukakan salinan dokumen kematian berkaitan dan tiket-tiket asal.

Tanggungjawab pelajar/waris pelajar
Pelajar yang ditimpa kemalangan/kematian/bencana akan bertanggungjawab membuat laporan ke pejabat Unit Kewangan & Kebajikan Pelajar, JHEPA pada kadar yang segera atau melalui waris pelajar supaya tuntutan di bawah pendahuluan ini dapat diuruskan segera.
1. Skop perlindungan serta jumlah pampasan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (pelajar) ini adalah seperti yang berikut :
i. Kematian Biasa - RM 5, 000.00
ii. Kematian Kemalangan - RM 10, 000.00
iii. Keilatan kekal akibat kemalangan - RM 10, 000.00
(seluruh badan )
iv. Perbelanjaan Perubatan - RM 1, 000.00
( maksimum )
v. Manfaat Wad Hospital - RM 25.00/HARI
( maksimum 25 hari )
vi. Perbelanjaan Pengkebumian - RM 500.00
2. Hanya kes-kes yang dinyatakan di atas sahaja dilindungi pihak Takaful Malaysia. Selain daripada kes-kes itu, pelajar perlu menghubungi Unit Kewaangan dan Kebajikan Pelajar, JHEPA untuk dapatkan maklumat lanjut.
3. Borang yang telah dilengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dikembalikan ke Unit Kewangan & Kebajikan Pelajar, JHEPA dalam kadar yang segera.

P/s: Sebarang komen berkenaan dengan info boleh lah diusulkan di dalam ruangan komen, dan memohon kerjasama untuk menggunakan nama sebenar bagi tujuan perbincangan yang lebih formal.

No comments: