17 November 2008
Salam kecemerlangan,
Respon daripada Puan Rusliza binti Yaacob,Timbalan Ketua Perpustakaan yang telah meluangkan masa untuk berbincang dengan biro akademik & kerjaya mengenai beberapa isu yang sering dibangkitkan pelajar, antaranya ialah:
Surau di perpustakaan :
Pihak perpustakaan sudah bawa isu ini kepada pihak Pembangunan untuk tindakan lanjut. Tempat untuk surau juga telah dicadangkan oleh perpustakaan. Sementara menunggu surau baru, pelajar boleh menggunakan surau yang ada di bangunan berhampiran perpustakaan.
Kekurangan koleksi bahan :
Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan pelajar tentang perkara ini kerana ia adalah dibawah bidang kuasa perpustakaan. Bagi pelajar yang ingin membuat cadangan, sila nyatakan dengan terperinci koleksi yang dilihat perlu ditambah atau masih belum ada. Jika ia adalah buku, nyatakan judul, nama pengarang dan penerbit untuk memudahkan urusan pentadbiran. Tidak semua permohonan akan diluluskan kerana terdapat buku luar negara yang sangat mahal harganya dan ia juga bergantung pada bajet yang ada. Namun begitu, keutamaan adalah bahan rujukan utama yang dicadangkan oleh pensyarah.
Penutupan jalan antara Tadahan Selatan dan perpustakaan :
Penutupan jalan tersebut adalah untuk proses pembinaan bumbung bagi memudahkan pelajar bergerak dari Tadahan Selatan ke perpustakaan terutama pada hari hujan.
Program diskusi buku:
Biro Akademik dan Kerjaya MPP bercadang untuk mengadakan kerjasama program diskusi buku di perpustakaan. Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan ini. Sebelum ini, beberapa fakulti pernah menjalankan program yang sama.
Terdapat juga beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelajar dan telah dijawab oleh pihak perpustakaan. Jawapan tersebut boleh dilihat pada papan kenyataan berhampiran tangga di hadapan pintu masuk perpustakaan.
Dipetik daripada blog:
http://arif-mppupsi.blogspot.com
Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 2008/2009
No comments:
Post a Comment