Wednesday, January 20, 2010

ABU ZAYD ABDUR-RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN KHALDUN AL-HADRAMI


Mesti ramai dikalangan kita yang tidak mengenali susuk tubuh nama yang saya utarakan disini termasuk saya,sewaktu kali pertama melihat nama ini tetapi apabila disebutkan nama Ibnu Khaldun pasti ramai yang mengenalinya dan kalau di UPSI sendiri para mahasiswa yang mengambil jurusan sejarah tentu lebih arif tentang individu ini.

Apa yang saya hendak coretkan disini adalah sebuah puisi yang dibuat oleh Ibnu Khaldun yang bertajuk 'Dunia Itu Satu Kebun':

"DUNIA itu atu kebun , pagarnya negara. NEGARA itu sebuah kekuasaan, yang hidup dengan kekuasaan itu, aturan yang tetap (sunnah). ATURAN yang tetap itu ialah politik (siasah) yang dijalankan oleh raja(pemerintah). RAJA (PEMERINTAH) itu peraturan yang disokong oleh tentera. Tentera-tentera (para pentadbir) itu pembantu, yang ditanggung oleh harta. HARTA itu rezeki, yang dikumpulkan oleh rakyat. RAKYAT itu budak-budak yang dipelihara oleh keadilan. KEADILAN itu yang disukai dengan dengan keadilan tegaklah dunia".

Thursday, January 14, 2010

BEREHATLAH WAHAI MUJAHID


Allah tahu kamu telah letih mengorbankan banyak kepentingan diri untuk melihat islam berjalan di atas muka bumi. Abdullah ibn Rawahah pernah berkata kita sekarang sedang berdepan dgn apa yg kita cintai selama ini iaitu syahid@bertemu dgn Allah maka kenapa bila kita bertemu dgn kematian kita harus takut dan melarikan diri. Antara persiapan yg perlu ada pada diri seorang yg bergelar da'i adalah beliau perlu suka untuk bertemu dgn Allah, dgn itu persiapan sentiasa dibuat bagi mempersiapkan diri sebelum dijemput berjumpa kekasih yg dirindui.

Tuesday, January 5, 2010

SAUDARA KITA DI VIETNAM

Sebahagian kecil umat islam di Vietnam bermazhab Bani mungkin bagi kita di Malaysia tidak pernah mendengar mazhab ini namun ia merupakan masyarakat kuno yg terdapat di Vietnam. Antara amalan pelik yg mereka lakukan adalah

1. solat fardu lima waktu diwakilkan pada imam dengan upah wang.
2. tiada pengajian agama menyebabkan semua orang jahil dan menyebarkan ajaran syirik.
3. Sepanjang bulan Ramadhan suami menjauhi isteri dan hanya duduk di masjid.
4. Membakar mayat dan menyimpan abu mayat

sama2 kita fikirkan.Sabda asulullah saw 'tidak beriman seorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.wallahualam

Wednesday, December 16, 2009

KECINTAAN PARA SAHABAT PADA RASULULLAH SAW

Assalamua'laikum wbt hari ini saya nak bercerita kisah salah seorang sahabat yang begitu cintakan rasulullah saw. Beliau bernama Abdullah bin Zaid. Beliau begitu mencintai Rasulullah saw sehingga waktu kewafatan Rasulullah beliau menjadi buta.

Sebelum menjadi buta, sebaik mendengar berita sedih tentang kematian Rasulullah, beliau segera melihat jenazah Rsulullah saw. Ketika itu beliau cuba menguatkan hati menerima realiti kewafatan Rasullulah tetapi beliau tidak berkesanggupan untuk berpisah dengan nabi.

Wajah nabi yang sedang ditatapinya itu pula amat mempesonakan. Bersih, tenang dan berseri-seri. Malangnya manusia yang amat istimewa ni telah wafat. Ii menyebabkan beliau tidak berkesanggupan melihat lebih lama lagi wajah baginda lalu memohon pada Allah swt agar tidak memperlihatkan lagi wajah yang begitu mempesonakan pada beliau lagi.

Seudah doa itu dipohon, beliau lalu dibutakan oleh Allah bagi meringankan beban kerinduan yang teramat sangat pada Rasulullah saw.

Apa yang berlaku pada para sahabat amat wajar kita renungi dengan mendalam.Ia benar-benar menggambarkan kecintaan mereka pada RAsulullah saw beranding umat islam kini yang hanya mengaku mencintai Rasulullah tetai tidak pula mengikuti sunnah-sunnah yang ditinggalkannya termasuk dalam politk islam dan sebagainya malahan yang lebih teruk menentang perjuangan yang mahu menegakkan islam.nau'zubillahiminzalik.

Tuesday, December 15, 2009

DOA ORANG YANG DIZALIMI

Assalamua’laikum wbt sekadar perkongsian drp buku yg br habis dibaca iaitu Tafsir At Tibyan iaitu Surah Al-Fiil(Gajah). Disini saya bukanlah nak menafsirkan keseluruhan surah tu tetapi mahu memetik sedikit input yg boleh kita ambil mengenai doa orang yg dizalimi. Seperti mana yg kita ketahui surah ini menceritakan tentera bergajah yg mahu menyerang kaabah.
Dalam saat yg paling cemas ketika tentera bergajah itu hendak menyerang kaabah, Abdul Mutalib telah bermunajat kepada Allah. Antara doanya bermakud
‘Ya Allah sesungguhnya Abrahah telah mencegah hambaMu dari menunaikan ibadat di Baitullah maka tegahlah mereka.Jgn jadikan mereka itu menang dan jadikanlah perancangan mereka gagal. Jika mereka masuk ke tanah haram maka urusannya terserah padaMu’
Lalu Allah mengutuskan kepada mereka sekawan burung yang membawa batu dari neraka maka hancurlah tentera Abrahah. Maka benarlah sabda Rasulullah saw bahawa tiada hijab antara Alah dan org yg dizalimi hatta dia bukan muslim.wallahualam

Monday, November 9, 2009

BAI'AH DALAM ISLAM

Assalamua'laikum wbt saje sy memilih untuk menulis tajuk ini bagi membetulkan perspektif umat islam mahupun bukan isla tentang bai'ah yang terdapat dalam islam.

Kewajipan menegakkan daulah islamiyah adalah kewajipan yang tak dapat dnafikan lagi. Pentingnya hal ini digambarkan dengan ketidakhadiran para sahabat sewaktu pengkebumian Rasulullah saw untuk bermesyuarat bagi melantik ketua negara dan menyerahkan ketaatan yang tidak berbelah bagi.

PENGERTIAN
Mengikut kata asal bai'ah bermaksud suatu pengisytiharan taat setia bersyarat yang diberikan oleh umat islam kepada pimpinan yang tertinggi dalam jemaah atau negara.
Pengertian ini terdapat dalam semua bai'ah yang dilakukan umat islam dengan rasulullah saw sama ada bai'ah aqabah 1 & 2 dan bai'ah ridhwan.

Berdasarkan pengertian di atas bai'ah terbahagi 3:
1)umum
2)khusus
3)lebih khusus

UMUM
Bai'ah jenis ini melibatka semua pihak baik muslimin mahupun muslimat.

KHUSUS
Bai'ah ini melibatkan orang2 tertentu sahaja. Bai'ah ini mewajibkan orang2 tertentu ini mempertahankan Rasulullah dari segala ancaman baik ringan atau berat.

BAI'AH LEBIH KHUSUS
Bai'ah ini dilakukan oleh orang tertentu dan dengan keadaan dan suasana tertentu shj cthnya sewaktu bai'ah ridhwan.

bersambung......

Thursday, October 29, 2009

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudung

Assalamua'laikum wbt setelah lama tak menulis, hari ni saje merajinkan jari jemari untuk menulis tentang situasi yang biasa berlaku di Malaysia. Hanya sedikit respon yang saya ingin berikan, ini adalah salah satu contoh sekular yang berlaku di Malaysia di antara banyak engsekularan yang berlaku. Kalau kita lihat di stesyen tv sekarang ni, terdapat iklan yang di buat oleh AIRASIA iaitu sebuah syarikat penerbangan yang menggambarkan seorang budak menaiki kapal terbang dan menceritakan serba sedikit perkara menarik menaiki kapal terbang. Apa yang menariknya salah satu dari komennya adalah pramugari yang menawan dan disitu dihingligtkan gambar pramugari yang berpakaian seksi dan kalau inilah pemikiran anak2 muda Malaysia maka apalah yang kita boleh harapkan pada pimpinan pada masa hadapan.fikir2kan

Monday, September 28, 2009

MENANTI HARI

Wahai sahabat-sahabatku yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. nsaflah bahawa tujuan kita berada di menara gading ini adalah untuk menuntut ilmu pengetahuan semaksima yang mungkin. Sedarlah bahawa kita adalah pemimpin umat pada masa hadapan. Harapan masyarakat dan negara terletak di atas bahu kita semua. Jesteru itu, kita adalah contoh kepada generasi akan datang. Lengkapkanlah ilmu di dadadengan iman, dan taqwa sebagai pelindung.

Saturday, September 26, 2009

LELAKI MUSLIM TERAKHIR

Muslimin muslimat, tuan puan yang saya hormati sekalian. Islam mengajar kita membezakan antara yang hak dan batil. Sesiapa yang berjuang atas landasan kebenaran, sekiranya ia mati, kematiannya adaah syahid. dan sesiapa berjuang kerana mencari keuntungan dunia, matinya adalah mati katak, mati sia-sia. sehubungan dengan itu sempena perhimpunan kita yang bersejarah ini , saya ingin mengajak diri saya dan tuan puan semua supaya berjihad di jaalan Allah. Marilah kita sama-sama mencari syahid fi sabilillah atau kita mendapat kemenangan yang diredhai oleh Allah. Allahuakbar.Allahuakbar,Allahuakbar.

Sekadar perkongsian sedikit petikan dari cerpen pendek yang baru saya baca tadi hehe.

Monday, September 7, 2009

Merintis Jalan Lailatul Qadar

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bicara sahaja mengenai bulan ramadhan,dihati orang-orang mukmin pastinya berdetik keinginan untuk menemui malam lailatul qadar,malam yang lebih istimewa dari seribu bulan.


Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Sayid Qutub, penulis tafsir Fi Zilalil Quran melukiskan suasana Lailatul Qadar secara puitis.

"Namanya Malam Al-Qadar, yang kadang-kadang berarti taqdir (ketentuan) atau tadbir (ketetapan), juga berarti nilai atau posisi. Kedua-duanya sesuai dengan peristiwa alam yang agung itu. Peristiwa Alquran, wahyu, dan risalah, tempat tidak terdapat peristiwa-peristiwa di dunia ini, yang lebih besar, lebih benar, dan lebih berarti daripadanya. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Angka tidak berarti pembatasan, tetapi dimaksudkan adalah banyaknya nilai. Berapa ribuan bulan dan tahun telah berlalu tanpa meninggalkan pengaruh apa-apa, tanpa perubahan, seperti yang ditinggalkan oleh satu malam yang penuh berkah dan kebahagiaan Lailatul Qadar.

(Fi Zilalil Quran, Juz 6, hlm. 3944-3946).

Apabila dicermati,banyak perkara yang Allah sengaja sembunyikan dari pengetahuan hamba-Nya termasuklah rasulullah sendiri.Antaranya:
* Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadhan;
* Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
* Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;
* Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);
* Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
* Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
* Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
* Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Salah satu doa yang dianjurkan Rasulullah saw. dibaca pada Lailatul Qadar berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah, serta dikutip oleh Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar antara lain, "Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku