Tuesday, February 9, 2010

IDEALISTIK

Assalamua'laikum wbt pernah dulu saya bertanya pada seorang sahabat ada baca tak buku novel yang ditulis oleh Fatimah Syarha,beliau menjawab tidak kerana individu yang diketengahkan terlampau idelistik begitu juga seorang lagi sahabat saya iaitu saudara Hanif.Beliau juga sering ketawa bila berbicara tentang salah satu buku Fatimah Syarha iaitu 'Cinta Selepas Allah Dan Rasul'.Pada beliau watak yang diceritakan terlalu sempurna. Dalam hal ini saya mempunyai pendapat yang tersendiri dan tidak salah jika saya mengatakan saya suka membaca novel yang ditulis penulis ini tetapi baru-baru ini baru saya menjumpai jawapan yang tepat bagi permasalahan ini.Jawapan ini saya dapat melalui seorang ustaz apabila saya membaca ruangannya di dalam majalah Solusi.Rupa-rupanya watak-watak yang idealis ini sengaja dicipta dan diketengahkan didalam masyarakat yang kontang akhlaknya kini. Individu-individu ini sebenarnya pernah wujud suatu ketika dahulu.Kalau kita tengok generasi sahabta,tabi'in,salaful soleh semuanya mempunyai akhlak yang ajaib pada pemikiran kita yang normal.Individu seperti Saidina Abu Bakar yang sentiasa membenarkan Rasulullah serta yang menginfakkan hartanya kesemuanya untuk perjuangan Islam,Saidina Umar yang dikatakan mempunyai iman yang tinggi,dikatakan sekiranya umar melalui suatu jalan,maka syaitan tidak berani jalan itu,subhanallah.
Selain itu terdapat ramai lagi para sahabat yang menakjubkan akhlak dan pengorbanannya.Terdapat sahabat yang apabila diseru untuk berjihad maka beliau terus bangun dan mengatakan kurma ini tidak mampu melengahkan aku dari syahid di jalan Allah. Oleh itu individu-individu idealis macam nilah yang harus kita ikuti,kalaupun tidak mampu menjadi seakan mereka,dapat duduk di atas jalan mereka pun dah begitu bertuah bagi kita umat akhir zaman.Allahurabbi jauhnya kita dibandingkan dengan mereka.

14 Februari : Hari Apakah Itu Bagi Seorang Muslim?


Berusaha untuk menjadi kaum yang beroleh rahmat dan karunia nikmat dari Allah, tidak sempurna jika sekadar mengejar Islam, tanpa menolak dan menghindarkan diri daripada lawan Islam iaitu Jahilillah. Sebagaimana kita berulang kali memohon hidayah-Nya, kita juga berulangkali mengisytiharkan penolakan kita kepada cara hidup kaum yang dimurkai Allah dan cara hidup kaum yang sesat dan bingung kepercayaannya. Itulah intipati erti jati diri seorang Muslim. Tersendiri pada kepercayaan dan cara hidupnya. Istimewa dan unik mengatasi kaum yang bersalut murka dan dusta.

“Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya”
(Hadith riwayat al-Baihaqi dan dinilaikan sebagai sahih oleh al-Albani)

Di dalam sepotong Hadith yang terdapat di dalam Sunan Abi Dawood, Rasulullah SAW telah bersabda,
“Barangsiapa yang meniru atau berkumpul meramaikan sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”

Jika mahu membalas cinta, balaslah dengan cara yang menyampaikan dua kekasih itu ke syurga. Bukan cinta berbalas dosa.Bukanlah soal bunga ros atau sekeping kad itu yang menjadi persoalan, tetapi kemusnahan jati diri sebagai seorang Muslim, dan sikap terhegeh-hegeh meniru segala yang datang daripada Barat itulah yang menjadi persoalannya.

Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” - [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT. Kumpulkan wang dengan baik, beli buku yang mengajar cara hidup rumah tangga Islam dan laluilah 14 Februari ini seperti kita melalui hari-hari yang lain, iaitu dengan mengulangkaji pelajaran, menghadiri majlis-majlis ilmu, beribadah dan berlumba-lumba mengejar kebaikan.

Sunday, February 7, 2010

Bagaimana BidadariMu?



“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”


Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”

Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

Thursday, February 4, 2010

BULAN INI BULAN CINTA


Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih

Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

Wednesday, February 3, 2010

ANGGOTA POLIS BAKAL DINAIKKAN GAJI


Tahniah kepada hampir seratus ribu anggota polis yang bakal dinaikkan gaji. Semoga janji yang ditaburkan ini ditunaikan dan dengan kenaikan gaji ini akan mengurangkan kes rasuah dikalangan anggota polis sekiranya gejala itu ada sebelum ini. Kekasih kita saw bersabda"Pemberi dan penerima rasuah,kedua-duanya masuk neraka". Takutilah api neraka yang mana bahan bakarnya adalah jin dan manusia.wallahualam

LILLAHITAA'LA

Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid (bukan menggantungnya) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: "Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?" Beliau menjawab: "Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!" Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada panglima baru bila mana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.

KENANGAN TERINDAH


Gambar kenangan sewaktu ke Pulau Pinang menghadiri walimah sahabat baik saya di sana iaitu saudara Radzhi.Gambar ni di ambil dari facebook sahabat saya iaitu saudara hisyam hehe. Banyak kenangan sewaktu ke sana. Kami ke sana menaiki kereta salah seorang pensyarah di UPSI iaitu Ustaz Nizam. Selepas selesai majlis di rumah Radzhi kami kemudiannya mengikut Ustaz Nizam meronda pusing satu pulau. Memang inilah hobi ustaz NIzam,berbekalkan satu peta, beliau akan meronda setiap tempat yang beliau pergi. Oleh sebab itu tidak peliklah sekiranya beliau lebih tahu jalan bagi setiap tempat yang beliau pernah pergi,kadang-kadang berbanding dengan penduduk tempat itu sendiri.

Selepas dah semua tempat dironda kami kemudian mengankat kaki pulang ke Tanjong Malim.Di pertengahan perjalanan kami singgah di rumah sahabat kami iaitu saudara Ridzuan yang tinggal di Gunung Semanggol.Kami sempat bermalam sehari disana,melihat sendiri bapak saudara beliau yang membela ikan kelisa yang berharga ribuan ringgit.Dalam perjalanan pulang pelbagai jenis lagu yang dipasang baik jepun,indonesia ,macam-macam la.Pergh indh sunnguh percutian.Kata Ustaz Nizam dengan musafir dengan seseorang baru kita tahu macamana perangai mereka. Benarlah kata Rasulullah saw 'musafir merupakan sAlah satu cara kita mengenali peribadi seseorang.

KEKASIH KITA SAW


PERIHAL RASULULLAH S.A.W

~ Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok.
(Muslim)

~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya.
(Bukhari)

~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan.
(Muslim)

~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu.
(Muttafaq alaih)

~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak.
(Tirmizi. Hasan)

~ Dari Aisyah ra, dia berkata "Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum".
(Bukhari)

~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan."
(Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)


*Penulis memetik hadis dan dalil dari buku Mengenal Peribadi Rasulullah SAW karya Syeikh Muhammad Jamil Zainu)

Sunday, January 31, 2010

SYUKUR


Salah satu cara mengelakkan dari riak dalam beribadah adalah dengan meletakkan diri dalam keadaan syukur iaitu sentiasa berfikir aku ni dapat melakukan ketaatan adalah kerana Allah yang mencampakkan hidayah kepada ku so tidak salah sekiranya aku bersyukur kerana dipilih oleh Allah.

Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah digambarkan sebagai hamba yang paling bersyukur, apabila Baginda bersolat sunat sehingga pecah kedua tumitnya.

Lalu Baginda ditanya tentang amalannya yang sebegitu rupa, sedangkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang sentiasa diampunkan oleh Allah Ta’ala. Jawapan Baginda cukup mudah namun menggugah jiwa;

“Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

BIROKRASI OH BIROKRASI


Assalamua'laikum saje nak meluahkan perasaan melalui penulisan.Baru-baru ni bos di tempat saya berkerja ke pejabat pendaftaran bagi melaporkan kehilangan kad pengenalan.Alangkah terkejutnya saya bila beliau memberitahu denda yang dikenakan adalah rm100 tapi apa yang lebih mengejutkan saya adalah denda itu akan dikurangkan kepada rm50 sekiranya mendapat cop daripada ahli jawatankuasa keselamatan kampung(jkkk).Pergh nampaknya bertambah besar kuasa yang diberikan pada JKKK ni,lama kelamaan boleh kalah perdana menteri haha.