
Saturday, December 13, 2008
KEHILANGAN YANG BESAR

KEPUTUSAN TEMUDUGA AMBILAN DISEMBER 08/09
Semakan boleh dibuat secara online.
Pertubuhan guru tidak mahu PTD dalam perkhidmatan pendidikan
Persidangan UPSI-UPI bincang isu pendidikan merentasi global
PELBAGAI isu pendidikan merentasi global termasuk usaha melahirkan golongan pendidik bitara yang mampu memartabatkan kecemerlangan pendidikan dikupas dalam Persidangan Pendidikan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)-Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), baru-baru ini.Persidangan anjuran Pusat Perhubungan Antarabangsa (PPA) UPSI bertema Achieving Excellence And Quality In Teacher Education itu membuktikan kerjasama kukuh antara UPSI dengan UPI hasil pemeteraian memorandum persefahaman lima tahun lalu.Majlis perasmian persidangan disempurnakan Pro-canselor UPSI, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah. Hadir sama Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Zakaria Kasa dan Pengarah PPA, Prof Dr Othman Lebar.Terdahulu dalam ucapannya, Zakaria, berkata penganjuran persidangan itu membolehkan satu resolusi pendidikan dicapai kedua-dua universiti bagi merencana usaha penambahbaikan bidang berkenaan antara Malaysia dan Indonesia.Katanya, kedua belah pihak merancang meluaskan kerjasama men
erusi program pertukaran pelajar atau tenaga akademik bermatlamat meningkatkan prestasi akademik, penulisan dan penerbitan.Pada persidangan itu, lima ucaptama dibentangkan antaranya, Pendidikan Guru berasaskan Bukti oleh Zakaria, Pendidikan Guru di Indonesia d bawah Naungan Ulu (Rektor UPI, Prof Dr Sunaryo Kartadinata) dan Creating Good Citizens for 21 Century: An Evidence-Based Approach (Prof Kerry Kennedy dari Hong Kong).Selain itu, persidangan yang disertai kira-kira 250 peserta kalangan guru, pelajar dan pensyarah daripada kedua-dua universiti turut menyaksikan 110 kertas kerja turut dibentangkan. Tuesday, December 9, 2008
Salam Takziah daripada Exco Kebajikan
Kami Zulhilmi Bin Mohd Noor dan Adriyani Binti Yamin, Exco Kebajikan MPP UPSI 08/09,mengucapkan takziah kepada:
1. Nurul Illyana Binti Mohammad, Exco Ekonomi dan Keusahawanan MPP atas pemergian Nenda beliau di Sabah.
2. Boniface, Exco Perpaduan dan Integrasi MPP atas pemergian adik beliau di Sarawak.
3. Mangsa-mangsa kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa,K.L.
Takziah dan semoga diberikan ketabahan dan kesabaran.
Saturday, December 6, 2008
Perutusan Khas Sempena Hari Raya Aidiladha

Daripada Biro Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Mahasiswa UPSI
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah, salam revolusi. Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal kunjung tiba, iaitu pada 8 Disember 2008, Biro Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha dan persaudaraan kepada seluruh warga UPSI khususnya dan para pembaca blog amnya.
Dalam merencanakan kehidupan selaku mahasiswa/i anak kandung suluh budiman, kami ingin mengajak seluruh umat Islam yang tidak berpeluang menunaikan haji untuk merenungi akan kisah pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim di dalam menunaikan perintah ALLAH s.w.t dan kesabaran baginda.
Jika Aidilfitri kita berperang untuk mengikat tali perut dan melawan pelbagai nafsu, Aidiladha mengajarkan kita cara untuk membuktikan kesungguhan perjuangan dan keikhlasan kita pada Allah.
Justeru itu, kita selaku mahasiswa/i disyorkan untuk sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Apatah lagi kita selaku bakal pendidik kelak. Apa yang berlaku pada hari semalam, hari ini dan hari akan datang pastinya satu cabaran getir untuk semua.
Bersama kita leraikan sikap mementngkan diri dan kita kembalikan sikap prihatin dalam diri untuk turun bersama koloni masyarakat lainnya dalam memerangi parasit sosial yang kian menghambat jendela kehidupan kita.
Semoga perayaan Aidiladha ini akan menjadi pencetus kesedaran kita untuk berubah menjadi lebih baik dan maju lagi, kerana tiap umat Islam itu adalah hamba Allah yang terbaik dari kalangan hamba-hambaNYA yang lain. Akhir kalam, kami memohon maaf zahir batin sepanjang kami ditaklifkan untuk memegang Exco Akademik & Kerjaya bagi sesi 2008/2009.
“Bersama menuju kecemerlangan dunia dan akhirat”
Daripada,
Arif bin Mohammad
Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008/2009
p/s : Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah-7 Dis 2008) itu menghapuskan dosa 2 tahun, satu tahun yang telah lalu & satu tahun yang akan datang. hadis riwayat muslim.
Wednesday, November 26, 2008
Selamat Bercuti
PTPTN
Salam Mahasiswa,
Kepada semua Yang bergelar Mahasiswa. Kali ini saya bawakan entry berkenaan dengan isu PTPTN yang merupakan sumber biayaan utama semua mahasiswa di negara ini. Isu yang sedang hangat pada masa kini berkenaan caj 1% yang diturunkan daripada kadar caj 3% sebelum ini. Mungkin ramai yang tidak mengambil tahu dan mengambil endah akan hal ini, namun sebagai pelajar perlu untuk kita sama - sama mengetahui isu-isu ini. Dan berdasarkan kepada sumber media, caj 1% ini hanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari depan atas sebab-sebab dokumentasi yang melibatkan perubahan kontrak peminjam lama( di petik daripada akhbar Utusan, 26 Nov 2008)
Selain itu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk mengubah pinjaman pendidikan di bawah PTPTN kepada biasiswa jika mahasiswa memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian. Dan Kajian yang teliti akan dilakukan agar keputusan yang terbaik kepada semua dapat dilakukan.
Marilah mahasiswa kita bersama- sama mencelikkan minda memikirkan isu ini. Kerana dengan kekuasaan pada tangan-tangan yang memegang pen di dewan kuliah ini juga mampu menggoncang dunia dengan apa jua tingkah yang perlu untuk hak-hak . Justeru daripada masa ke semasa marilah lah celikkan minda, hantarkan isu dan komen-komen semasa berkenaan dengan persekitara dan isu mahasiswa daripada pelbagai aspek untuk kita sama-sama fikir dan timbang.
Sebarang komen, pandangan dan isu kebajikan Mahasiswa UPsi boleh di emailkan
ke : mppexcokebajikan@yahoo.com
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Mpp 08/09...
Monday, November 24, 2008
Perpustakaan Tunku Bainun
Salam kecemerlangan,
Respon daripada Puan Rusliza binti Yaacob,Timbalan Ketua Perpustakaan yang telah meluangkan masa untuk berbincang dengan biro akademik & kerjaya mengenai beberapa isu yang sering dibangkitkan pelajar, antaranya ialah:
Surau di perpustakaan :
Pihak perpustakaan sudah bawa isu ini kepada pihak Pembangunan untuk tindakan lanjut. Tempat untuk surau juga telah dicadangkan oleh perpustakaan. Sementara menunggu surau baru, pelajar boleh menggunakan surau yang ada di bangunan berhampiran perpustakaan.
Kekurangan koleksi bahan :
Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan pelajar tentang perkara ini kerana ia adalah dibawah bidang kuasa perpustakaan. Bagi pelajar yang ingin membuat cadangan, sila nyatakan dengan terperinci koleksi yang dilihat perlu ditambah atau masih belum ada. Jika ia adalah buku, nyatakan judul, nama pengarang dan penerbit untuk memudahkan urusan pentadbiran. Tidak semua permohonan akan diluluskan kerana terdapat buku luar negara yang sangat mahal harganya dan ia juga bergantung pada bajet yang ada. Namun begitu, keutamaan adalah bahan rujukan utama yang dicadangkan oleh pensyarah.
Penutupan jalan antara Tadahan Selatan dan perpustakaan :
Penutupan jalan tersebut adalah untuk proses pembinaan bumbung bagi memudahkan pelajar bergerak dari Tadahan Selatan ke perpustakaan terutama pada hari hujan.
Program diskusi buku:
Biro Akademik dan Kerjaya MPP bercadang untuk mengadakan kerjasama program diskusi buku di perpustakaan. Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan ini. Sebelum ini, beberapa fakulti pernah menjalankan program yang sama.
Terdapat juga beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelajar dan telah dijawab oleh pihak perpustakaan. Jawapan tersebut boleh dilihat pada papan kenyataan berhampiran tangga di hadapan pintu masuk perpustakaan.
Dipetik daripada blog:
http://arif-mppupsi.blogspot.com
Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 2008/2009
Thursday, November 20, 2008
Yuran Sem Praktikal
19 Nov 08, 17:13
sem7: Boleh tak tolong usulkan dan pihak mpp kaji semula tentang yuran yg perlu dibayar oleh pelajar semester 8 semasa practikal..kenapakami perlu mebayar wang penkhidmatan,klinik,makmal dan lain2. Harap utk semester hadapan,kami tidak perlu membayar yuran tersebut(yg kami x gunakan)..anda sebagai wakil kepada kami,,jalankan amanah dan berusaha untuk mempertahankan hak pelajar.tq
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih kepada sem7 atas usul yang telah dinyatakan di atas. Kami di peringkat wakil pelajar mengambil usul ini sebagai salah satu perkara yang kami akan suarakan di peringkat atas.
Buat pengetahuan saudara/I sem7, saya dan beberapa orang rakan telah pun berjumpa dengan Prof. Dato’ Dr. Aminah bin Ayob, Naib Canselor UPSi pada awal sem ini ketika saya memegang tanggungjawab sebagai Presiden Mahasiswa Sains pada waktu itu.
Kami bertanya kan kepada dato’ tentang mengapa pelajar yang ke praktikal, bayaran untuk yuran pengajian adalah sama dengan pelajar yang tidak ke praktikal, RM 799. Kami ingin kan penjelasan dari pihak pentadbiran mengapa yuran itu sama kerana ada beberapa perkhidmatan yang tidak kita gunakan lagi ketika berpraktikal.
Antara respon yang diterima adalah pelajar praktikal juga mempunyai perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti elaun,tuntutan perjalanan pensyarah pembimbing ketika ‘observe students’ dan juga elaun guru pembimbing yang berada di sekolah. Sebagai contoh pelajar yang praktikal jauh dari negeri Perak seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu, kadang-kadang perbelanjaan mereka melebihi dari RM 799. Dan bagi yang praktikal di negeri Perak, kadang-kadang perbelanjaan mereka tidak melebihi dari RM 799. Jadi untuk berlaku adil, ke semua yuran diselaraskan untuk menampung perbelanjaan antara satu sama lain supaya yang praktikal di Kelantan, Terengganu tidak dikenakan bayaran yang lebih dari RM 799.
Namun, Dato; berkata, ianya masih lagi diperingkat kajian. Insyaallah, ianya ada jalan penyelesaian yang baik dari pihak pentadbiran universiti. Kami berusaha untuk membawa suara ini semula supaya ada pertimbangan yang positif di buat oleh pihak pentadbiran kepada kita semua, yang akan berpraktikal sama ada sem depan atau satu masa kelak.
Saya memohon kemaafan sekiranya jawapan yang saya berikan tidak memuaskan hati penanya dan juga pembaca yang lain. Semoga jawapan ini dapat satu manfaat untuk kita semua.
“Kebajikan pelajar, kebajikan kita semua”