Wednesday, November 26, 2008

Selamat Bercuti

Exco Kebajikan dan kemasyarakatan mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga UPSI. Yang akan berpraktikum , selamat menunaikan praktikum dengan jayanya. Jadikanlah praktikum itu sebagai medan MENDIDIK anak-anak bangsa dengan penuh komited, jika sebelum ini teori-teori yang diperolehi daripada para pensyarah, kini saatnya untuk ditumpahkan dan diperturunkan ke medannya.
Ingatan kepada semua mahasiswa UPSI, agar dapat menepati masa kuliah akan bermula , ini bagi mengelakkan daripada dikenakan denda atas kelewatan mendaftar kuliah kelak.. Pesanan terakhir, jaga diri, jaga tingkah ketika bercuti..

PTPTN

Assalamualaikum...

Salam Mahasiswa,

Kepada semua Yang bergelar Mahasiswa. Kali ini saya bawakan entry berkenaan dengan isu PTPTN yang merupakan sumber biayaan utama semua mahasiswa di negara ini. Isu yang sedang hangat pada masa kini berkenaan caj 1% yang diturunkan daripada kadar caj 3% sebelum ini. Mungkin ramai yang tidak mengambil tahu dan mengambil endah akan hal ini, namun sebagai pelajar perlu untuk kita sama - sama mengetahui isu-isu ini. Dan berdasarkan kepada sumber media, caj 1% ini hanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari depan atas sebab-sebab dokumentasi yang melibatkan perubahan kontrak peminjam lama( di petik daripada akhbar Utusan, 26 Nov 2008)

Selain itu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk mengubah pinjaman pendidikan di bawah PTPTN kepada biasiswa jika mahasiswa memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian. Dan Kajian yang teliti akan dilakukan agar keputusan yang terbaik kepada semua dapat dilakukan.

Marilah mahasiswa kita bersama- sama mencelikkan minda memikirkan isu ini. Kerana dengan kekuasaan pada tangan-tangan yang memegang pen di dewan kuliah ini juga mampu menggoncang dunia dengan apa jua tingkah yang perlu untuk hak-hak . Justeru daripada masa ke semasa marilah lah celikkan minda, hantarkan isu dan komen-komen semasa berkenaan dengan persekitara dan isu mahasiswa daripada pelbagai aspek untuk kita sama-sama fikir dan timbang.



Sebarang komen, pandangan dan isu kebajikan Mahasiswa UPsi boleh di emailkan
ke : mppexcokebajikan@yahoo.com

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Mpp 08/09...

Monday, November 24, 2008

Perpustakaan Tunku Bainun

17 November 2008

Salam kecemerlangan,

Respon daripada Puan Rusliza binti Yaacob,Timbalan Ketua Perpustakaan yang telah meluangkan masa untuk berbincang dengan biro akademik & kerjaya mengenai beberapa isu yang sering dibangkitkan pelajar, antaranya ialah:


Surau di perpustakaan :

Pihak perpustakaan sudah bawa isu ini kepada pihak Pembangunan untuk tindakan lanjut. Tempat untuk surau juga telah dicadangkan oleh perpustakaan. Sementara menunggu surau baru, pelajar boleh menggunakan surau yang ada di bangunan berhampiran perpustakaan.

Kekurangan koleksi bahan :

Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan pelajar tentang perkara ini kerana ia adalah dibawah bidang kuasa perpustakaan. Bagi pelajar yang ingin membuat cadangan, sila nyatakan dengan terperinci koleksi yang dilihat perlu ditambah atau masih belum ada. Jika ia adalah buku, nyatakan judul, nama pengarang dan penerbit untuk memudahkan urusan pentadbiran. Tidak semua permohonan akan diluluskan kerana terdapat buku luar negara yang sangat mahal harganya dan ia juga bergantung pada bajet yang ada. Namun begitu, keutamaan adalah bahan rujukan utama yang dicadangkan oleh pensyarah.

Penutupan jalan antara Tadahan Selatan dan perpustakaan :

Penutupan jalan tersebut adalah untuk proses pembinaan bumbung bagi memudahkan pelajar bergerak dari Tadahan Selatan ke perpustakaan terutama pada hari hujan.


Program diskusi buku:

Biro Akademik dan Kerjaya MPP bercadang untuk mengadakan kerjasama program diskusi buku di perpustakaan. Pihak perpustakaan sangat mengalu-alukan cadangan ini. Sebelum ini, beberapa fakulti pernah menjalankan program yang sama.



Terdapat juga beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelajar dan telah dijawab oleh pihak perpustakaan. Jawapan tersebut boleh dilihat pada papan kenyataan berhampiran tangga di hadapan pintu masuk perpustakaan.

Dipetik daripada blog:

http://arif-mppupsi.blogspot.com

Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 2008/2009