Thursday, August 20, 2009

SEGERALAH SEBAT SAYA.

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera. Pertama-tamanya ramadhan kareem saya ucapkan kepada semua yang beragama Islam, tahniah diucapkan kerana kita semua terpilih bagi menjadi tetamu ramadhan pada kali ini.

Tajuk yang saya pilih untuk kali ini adalah mengenai seorang perempuan iaitu Kartika yang bakal dijatuhkan hukuman sebat kerana didapati bersalah kerana meminum arak. Terlebih dahulu sekalung tahniah dan syabas kepada Kartika kerana beliau berani mengaku kesalahan beliau dan juga sanggup disebat atas kesalahan yang dilakukan beliau. Walaupun hukuman ini belum memenuhi tuntutan hukuman dalam Islam iaitu mengenakan sebat sebanyak 80 rotan kepada peminum arak tetapi ini merupakan satu langkah yang baik di mana orang telah mula melihat kepada islam dan mahu menggunakan hukuman yang ditetapkan oleh islam bagi yang melakukan kesalahan. Akhbar hari ini sekali lagi melaporkan iaitu Kartika ini mahu segera disebat dan mahu hukumannya dijalankan dihadapan orang ramai dan kalau boleh disiarkan melalui media bagi menyedarkan orang ramai dan memberi keinsafan kepada masyarakat di luar sana.

Inilah yang hukuman yang ditetapkan oleh Islam iaitu menayangkan kepada orang ramai supaya orang raami sedar dan takut untuk melakukan kesalahan. Konsep hukuman dlam Islam bukanlah mahu mengaibkan pesalah tetapi lebih kepada konsep kesedaran. Apabila berlakunya kes sebegini mahkamah syariah mula sedar dan sekarang perbincanagn tentang bagaimana hukuman atau cara menyebat yang dibolehkan dalam Islam mula dibincangkan. Jika sekarang kaedah yang digunakan oleh penjara bagi menyebat penjenayah adalah salah dan menzalimi para pesalah.

Sekarang mata-mata mula terbuka memandang ke arah Islam yang hukumannya tidak menzalimi pesalah sebaliknya memberi kesedaran kepada masyarakat. Semoga dari titik permulaan ini, undang-undang Islam bakal dinobatkan menjadi undang-undang di Malaysia memandangkan ia sesuai untuk maslahat semua pihak.