Thursday, July 9, 2009

KELIWON

Assalamua'laikum dan salam sejahtera. Isu yang saya ingin utarakan di sini kali ini adalah cerita keliwon yang ke udara setiap malam khamis jam 9.30 malam di tv3. Seronok bila melihat cerita seram yang semakin banyak di pasaran pada ketika ini namun sedar atau tidak kita sedang bermain dengan akidah umat islam, sesuatu yang besar @ asas dalam islam. Cerita-cerita seram ini menyebabkan akidah kita tergoyang iaitu apabila kita lebih takutkan hantu daripada Allah swt. Kalau kita tengok dari adat orang-orang tua kita, perkara ini telah didedahkan sejak kita kecil lagi. Sewaktu kecil kita sering dimomokkan oleh orang tua kita contohnya jangan keluar ke dapur, ada hantu dan sebagainya. Walaupun jenaka ini nampak kecil@remeh tetapi ia mampu merosakkan akidah kita sedangkan tidakkah kita sedar bahawa dosa mensyirikkan Allah adalah satu-satunya dosa yang tidak diampun oleh Allah swt.Wallahualam
p/s Ya Allah ya tuhanku lindungilah hambamu ini dari syirik yang nampak mahupun yang tersembunyi.

Sunday, July 5, 2009

MIKAIL

Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat mahasiswa di UPSI. Alhamdulillah saya tertarik untuk membawa anda semua mengikuti perkembangan kematian Allahyarham Mikail yang menggemparkan seluruh dunia. Setelah beberapa hari kematian akhirnya Allahyarham akan dikebumikan mengikut cara Islam. Mungkin telah ramai yang mengucapkan takziah dan bersyukur kerana Allahyarham dikebumikan cara Islam, apa yang saya nak bawakan di sini adalah betapa kita tidak tahu bagaimana seni kematian kita. Adakah kita yang selama ini mengaku kita beragama Islam mampu untuk meninggalkan dunia ini dalam agam yang sama. Saya tertarik dengan pengisian salah seorang ustaz dari UPSI ini yang mengatakan buatlah amal sebanyak yang mungkin kerana kita tidak tahu amalan yang mana yang akan dikira Allah sebagai amalan baik kita dan jangan sesekali buat kejahatan kerana kita bimbang kalau-kalu kejahatan itulah yang akan dikira Allah sebagai malan buruk kita yang akan menyebabkan kita mendapat azab daripada Allah swt. Sesungguhnya bukanlah kerana amalan yang menyebabkan kita dapat masuk syurga atau neraka Allah tetapi amalan yang mana yang dapat menarik rahmat Allah untuk memasukkan kita di dalam syurganya. Pelbagai cerita yang boleh kita dengar tentang Allahyarham ini, ada yang mengatakan dia baru sahaja pulang dari Mekah dan sebagainya apapun kalaulah benar maka beliau ibarat bayi yang baru lahir yang bersih dari dosa yang lalu. Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini boleh kita ambil iktibar tetapi amat sedikit yang memikirkannya. Apapun kepada semua pihak berhentilah menayangkan baik lagu dan video Allahyarham kerana ia akan menyebabkan Allahyarham tersiksa di sana begitu juga artis-artis yang lain yang telah meninggal dunia. semoga roh mereka semua di cucuri rahmat.

MAKSIAT OH MAKSIAT

Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat di UPSI. Cuma satu peringatan di sini "kebenaran dan kebatilan mempunyai kemampuan yang sama, yang membezakan keduanya adalah maksiat yang dilakukan oleh kebatilan akan menyebabkan kebenaran akan menang" renung-renungkan, semoga kita sentiasa mendapat hidayah dari Allah swt. Walau sejauh mana sistem pengurusan yang kemas yang dipunyai oleh kebatilan, mereka tetap akan dikalahkan oleh kebenaran kerana sistem pengurusan hanya ciptaan manusia dan ia boleh di ajar dan pengalaman menguruskan sesuatu program akan mengajar kita lebih matang dalam membuat sesuatu pengurusan. wallahualam

selamat datang dan selamat kembali ke UPSI

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera kepada semua mahasiswa mahasiswi yang baru memasuki serta yang akan kembali ke bumi UPSI yang kita cintai ini. Bermulanya semester baru ini marilah kita sama-sama membetulkan niat kita kembali untuk meneruskan pengajian kerana Allah swt serta atas prinsip ilmu itu sendiri. Bersamalah kita berusaha bersungguh-sungguh serta mendalami ilmu itu sendiri bagi mendidik anak bangsa ke arah meningkatkan ketakwaan serta kemajuan negara. Bersamalah kita juga menjaga adab-adab serta batas pergaulan kita agar ilmu yang kita dapat bermanfaat di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya jiwa yang penuh dengan maksiat serta titik hitam maka ilmu susah masuk dan keberkatan ilmu itu tidak dapat. Apapun semoga kamu semua diberkati dan berjaya dalam bidang masing-masing.