Thursday, November 20, 2008

Yuran Sem Praktikal

19 Nov 08, 17:13

sem7: Boleh tak tolong usulkan dan pihak mpp kaji semula tentang yuran yg perlu dibayar oleh pelajar semester 8 semasa practikal..kenapakami perlu mebayar wang penkhidmatan,klinik,makmal dan lain2. Harap utk semester hadapan,kami tidak perlu membayar yuran tersebut(yg kami x gunakan)..anda sebagai wakil kepada kami,,jalankan amanah dan berusaha untuk mempertahankan hak pelajar.tq

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih kepada sem7 atas usul yang telah dinyatakan di atas. Kami di peringkat wakil pelajar mengambil usul ini sebagai salah satu perkara yang kami akan suarakan di peringkat atas.

Buat pengetahuan saudara/I sem7, saya dan beberapa orang rakan telah pun berjumpa dengan Prof. Dato’ Dr. Aminah bin Ayob, Naib Canselor UPSi pada awal sem ini ketika saya memegang tanggungjawab sebagai Presiden Mahasiswa Sains pada waktu itu.

Kami bertanya kan kepada dato’ tentang mengapa pelajar yang ke praktikal, bayaran untuk yuran pengajian adalah sama dengan pelajar yang tidak ke praktikal, RM 799. Kami ingin kan penjelasan dari pihak pentadbiran mengapa yuran itu sama kerana ada beberapa perkhidmatan yang tidak kita gunakan lagi ketika berpraktikal.

Antara respon yang diterima adalah pelajar praktikal juga mempunyai perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti elaun,tuntutan perjalanan pensyarah pembimbing ketika ‘observe students’ dan juga elaun guru pembimbing yang berada di sekolah. Sebagai contoh pelajar yang praktikal jauh dari negeri Perak seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu, kadang-kadang perbelanjaan mereka melebihi dari RM 799. Dan bagi yang praktikal di negeri Perak, kadang-kadang perbelanjaan mereka tidak melebihi dari RM 799. Jadi untuk berlaku adil, ke semua yuran diselaraskan untuk menampung perbelanjaan antara satu sama lain supaya yang praktikal di Kelantan, Terengganu tidak dikenakan bayaran yang lebih dari RM 799.

Namun, Dato; berkata, ianya masih lagi diperingkat kajian. Insyaallah, ianya ada jalan penyelesaian yang baik dari pihak pentadbiran universiti. Kami berusaha untuk membawa suara ini semula supaya ada pertimbangan yang positif di buat oleh pihak pentadbiran kepada kita semua, yang akan berpraktikal sama ada sem depan atau satu masa kelak.

Saya memohon kemaafan sekiranya jawapan yang saya berikan tidak memuaskan hati penanya dan juga pembaca yang lain. Semoga jawapan ini dapat satu manfaat untuk kita semua.

“Kebajikan pelajar, kebajikan kita semua”

UTUSAN PERTAMA LPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, akhirnya Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah(LPS) yang dulu dikenali sebagai Exco Kerohanian dan Perpaduan dapat membuat perutusan yang pertama. Portfolio ini dipegang oleh saudara Akmal bin Madzir dan Saudari Norhafizawati Binti Mahmad Rozali.
Sebarang aduan, cadangan dan penambahbaikan boleh lah diajukan pada kami terutamanya yang berkaitan kebajikan, tatatertib dan sahsiah pelajar.InsyaAllah kami cuba membantu semampu kami.

p/s : sebarang aduan boleh lah diajukan melalui emel ini
lps.mpp@gmail.com

EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MPP 08/09