Friday, June 25, 2010

PENDIDIKAN SEKS KANAK-KANAK

1.Pada usia 7-10 tahun,pada tahap ini dinamakan usia pembeza.Pada waktu ini harus ditekankan adaab sopan sebagai seorang muslim.

2.Usia 10-14tahun dinamakan muda belia.Pada waktu ini eloklah diasingkan tempat tidur bagi kanak lelaki dan perempuan.

3. Usia 11-16tahun dinamakan akil baligh.Pada masa ini sudah boleh diajar adab sopan perkahwinan.Selain itu kanak-kanak diajar berpuasa pada waktu ini dan diterangkan hikmahnya dapat menundukkan nafsu.Kepentingan berolahraga turut diterangkan pada kanak-kanak pada tahap ini.

4.Pada usia 16tahun ibubapa harus pandai bersahabat dengan anak mereka.Sentiasa berckap dengan mereka dengan membawa hadis-hadis tentang kepentingan menjaga pandangan dan batas pergaulan lelaki dan perempuan.

Thursday, June 24, 2010

PAKK

1.Aturkan jadual makan kanak2 dengan baik contohnya kanak2 yang berusia 3 hingga 6 tahun memerlukan makan sebanyak 4kali sehari dan jarak setiap waktu makan sekitar 4jam.

2. Jumlah jam tidur juga berbeza mengikut peringkat umur.Anak-anak yang baru lahir memerlukan sekitar 15 jam sehari untuk tidur.Jumlah ini berkurang sekitar 12jam untuk anak-anak berusia 2tahun. Apabila kanak-kanak telah mencapai umur 3tahun sehingga 6tahun,waktu tidur yang sesuai adalah 1ojam.Bagi kanak-kanak yang telah memasuki sekolah rendah sehingga dewasa,waktu tidur telah berkurang kepada 8jam.

KU BIAR GAMBAR BERBICARA


Gambar kenangan semasa di Muktamar PAS ke 56.Muktamar merupakan satu hari raya bagi ahli gerakan Islam kerana di sinilah perbahasan dan ucapan dasar ke mana hala tuju gerakan pada tahun yang mendatang.Selain itu muktamar juga menjadi tempat mengeratkan ukhwah dan bertemu kembali sahabat2 seperjuangan setelah berpisah meneruskan agenda masing2 di tempat yang berlainan.

Sunday, June 20, 2010

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya al-Ikhtiyarat berkata : dan bagi orang yang berkeinginan untuk berkahwin dan takut jatuh dalam bahayamaka ia harus mendahulukan kahwin daripada ibadat haji yang wajib. Tetapi jika tiada kebimbangan sedemikian maka dia harus mendahulukan haji. Dan imam ahmad juga berpendapat sedemikian dalam riwayat sahih dan lain-lain dan pendapat itulah yang dipilih oleh Abu bakar. Tetapi jika ibadah itu fardu kifayah seperti menuntut ilmu dan berjihad di jalan allah maka ia harus didahulukan dari nikah jika tidak dibimbangi jatuhnya dalam keadaan bahaya.

ORANG YANG BERHAK MENENTUKAN MAHAR

1. Jika perempuan yang akan kahwin itu anak dara sunti serta masih kecil yang menentukan maharnya adalah walinya.
2. Jika perempuan itua anak dan sudah dewasa atau janda yang sudah sempurna akalnya seperti umurnya sudah 16 tahun ke atas nescaya walinya tidak berhak menolak atau membantah apa-apa kehendak perempuan itu menegani maharnya, maharnya adalah tertakluk kepada keputusan perempuan itu sendiri dengan keluarganya sebaliknya tidak dipersetujui dan direlai oleh wanita yang hendak berkahwin itu pernikahan itu tidak harus dilakukan.