Wednesday, December 16, 2009

KECINTAAN PARA SAHABAT PADA RASULULLAH SAW

Assalamua'laikum wbt hari ini saya nak bercerita kisah salah seorang sahabat yang begitu cintakan rasulullah saw. Beliau bernama Abdullah bin Zaid. Beliau begitu mencintai Rasulullah saw sehingga waktu kewafatan Rasulullah beliau menjadi buta.

Sebelum menjadi buta, sebaik mendengar berita sedih tentang kematian Rasulullah, beliau segera melihat jenazah Rsulullah saw. Ketika itu beliau cuba menguatkan hati menerima realiti kewafatan Rasullulah tetapi beliau tidak berkesanggupan untuk berpisah dengan nabi.

Wajah nabi yang sedang ditatapinya itu pula amat mempesonakan. Bersih, tenang dan berseri-seri. Malangnya manusia yang amat istimewa ni telah wafat. Ii menyebabkan beliau tidak berkesanggupan melihat lebih lama lagi wajah baginda lalu memohon pada Allah swt agar tidak memperlihatkan lagi wajah yang begitu mempesonakan pada beliau lagi.

Seudah doa itu dipohon, beliau lalu dibutakan oleh Allah bagi meringankan beban kerinduan yang teramat sangat pada Rasulullah saw.

Apa yang berlaku pada para sahabat amat wajar kita renungi dengan mendalam.Ia benar-benar menggambarkan kecintaan mereka pada RAsulullah saw beranding umat islam kini yang hanya mengaku mencintai Rasulullah tetai tidak pula mengikuti sunnah-sunnah yang ditinggalkannya termasuk dalam politk islam dan sebagainya malahan yang lebih teruk menentang perjuangan yang mahu menegakkan islam.nau'zubillahiminzalik.

Tuesday, December 15, 2009

DOA ORANG YANG DIZALIMI

Assalamua’laikum wbt sekadar perkongsian drp buku yg br habis dibaca iaitu Tafsir At Tibyan iaitu Surah Al-Fiil(Gajah). Disini saya bukanlah nak menafsirkan keseluruhan surah tu tetapi mahu memetik sedikit input yg boleh kita ambil mengenai doa orang yg dizalimi. Seperti mana yg kita ketahui surah ini menceritakan tentera bergajah yg mahu menyerang kaabah.
Dalam saat yg paling cemas ketika tentera bergajah itu hendak menyerang kaabah, Abdul Mutalib telah bermunajat kepada Allah. Antara doanya bermakud
‘Ya Allah sesungguhnya Abrahah telah mencegah hambaMu dari menunaikan ibadat di Baitullah maka tegahlah mereka.Jgn jadikan mereka itu menang dan jadikanlah perancangan mereka gagal. Jika mereka masuk ke tanah haram maka urusannya terserah padaMu’
Lalu Allah mengutuskan kepada mereka sekawan burung yang membawa batu dari neraka maka hancurlah tentera Abrahah. Maka benarlah sabda Rasulullah saw bahawa tiada hijab antara Alah dan org yg dizalimi hatta dia bukan muslim.wallahualam

Monday, November 9, 2009

BAI'AH DALAM ISLAM

Assalamua'laikum wbt saje sy memilih untuk menulis tajuk ini bagi membetulkan perspektif umat islam mahupun bukan isla tentang bai'ah yang terdapat dalam islam.

Kewajipan menegakkan daulah islamiyah adalah kewajipan yang tak dapat dnafikan lagi. Pentingnya hal ini digambarkan dengan ketidakhadiran para sahabat sewaktu pengkebumian Rasulullah saw untuk bermesyuarat bagi melantik ketua negara dan menyerahkan ketaatan yang tidak berbelah bagi.

PENGERTIAN
Mengikut kata asal bai'ah bermaksud suatu pengisytiharan taat setia bersyarat yang diberikan oleh umat islam kepada pimpinan yang tertinggi dalam jemaah atau negara.
Pengertian ini terdapat dalam semua bai'ah yang dilakukan umat islam dengan rasulullah saw sama ada bai'ah aqabah 1 & 2 dan bai'ah ridhwan.

Berdasarkan pengertian di atas bai'ah terbahagi 3:
1)umum
2)khusus
3)lebih khusus

UMUM
Bai'ah jenis ini melibatka semua pihak baik muslimin mahupun muslimat.

KHUSUS
Bai'ah ini melibatkan orang2 tertentu sahaja. Bai'ah ini mewajibkan orang2 tertentu ini mempertahankan Rasulullah dari segala ancaman baik ringan atau berat.

BAI'AH LEBIH KHUSUS
Bai'ah ini dilakukan oleh orang tertentu dan dengan keadaan dan suasana tertentu shj cthnya sewaktu bai'ah ridhwan.

bersambung......

Thursday, October 29, 2009

Alahai Pramugari MAS, Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudung

Assalamua'laikum wbt setelah lama tak menulis, hari ni saje merajinkan jari jemari untuk menulis tentang situasi yang biasa berlaku di Malaysia. Hanya sedikit respon yang saya ingin berikan, ini adalah salah satu contoh sekular yang berlaku di Malaysia di antara banyak engsekularan yang berlaku. Kalau kita lihat di stesyen tv sekarang ni, terdapat iklan yang di buat oleh AIRASIA iaitu sebuah syarikat penerbangan yang menggambarkan seorang budak menaiki kapal terbang dan menceritakan serba sedikit perkara menarik menaiki kapal terbang. Apa yang menariknya salah satu dari komennya adalah pramugari yang menawan dan disitu dihingligtkan gambar pramugari yang berpakaian seksi dan kalau inilah pemikiran anak2 muda Malaysia maka apalah yang kita boleh harapkan pada pimpinan pada masa hadapan.fikir2kan

Monday, September 28, 2009

MENANTI HARI

Wahai sahabat-sahabatku yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. nsaflah bahawa tujuan kita berada di menara gading ini adalah untuk menuntut ilmu pengetahuan semaksima yang mungkin. Sedarlah bahawa kita adalah pemimpin umat pada masa hadapan. Harapan masyarakat dan negara terletak di atas bahu kita semua. Jesteru itu, kita adalah contoh kepada generasi akan datang. Lengkapkanlah ilmu di dadadengan iman, dan taqwa sebagai pelindung.

Saturday, September 26, 2009

LELAKI MUSLIM TERAKHIR

Muslimin muslimat, tuan puan yang saya hormati sekalian. Islam mengajar kita membezakan antara yang hak dan batil. Sesiapa yang berjuang atas landasan kebenaran, sekiranya ia mati, kematiannya adaah syahid. dan sesiapa berjuang kerana mencari keuntungan dunia, matinya adalah mati katak, mati sia-sia. sehubungan dengan itu sempena perhimpunan kita yang bersejarah ini , saya ingin mengajak diri saya dan tuan puan semua supaya berjihad di jaalan Allah. Marilah kita sama-sama mencari syahid fi sabilillah atau kita mendapat kemenangan yang diredhai oleh Allah. Allahuakbar.Allahuakbar,Allahuakbar.

Sekadar perkongsian sedikit petikan dari cerpen pendek yang baru saya baca tadi hehe.

Monday, September 7, 2009

Merintis Jalan Lailatul Qadar

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bicara sahaja mengenai bulan ramadhan,dihati orang-orang mukmin pastinya berdetik keinginan untuk menemui malam lailatul qadar,malam yang lebih istimewa dari seribu bulan.


Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Sayid Qutub, penulis tafsir Fi Zilalil Quran melukiskan suasana Lailatul Qadar secara puitis.

"Namanya Malam Al-Qadar, yang kadang-kadang berarti taqdir (ketentuan) atau tadbir (ketetapan), juga berarti nilai atau posisi. Kedua-duanya sesuai dengan peristiwa alam yang agung itu. Peristiwa Alquran, wahyu, dan risalah, tempat tidak terdapat peristiwa-peristiwa di dunia ini, yang lebih besar, lebih benar, dan lebih berarti daripadanya. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Angka tidak berarti pembatasan, tetapi dimaksudkan adalah banyaknya nilai. Berapa ribuan bulan dan tahun telah berlalu tanpa meninggalkan pengaruh apa-apa, tanpa perubahan, seperti yang ditinggalkan oleh satu malam yang penuh berkah dan kebahagiaan Lailatul Qadar.

(Fi Zilalil Quran, Juz 6, hlm. 3944-3946).

Apabila dicermati,banyak perkara yang Allah sengaja sembunyikan dari pengetahuan hamba-Nya termasuklah rasulullah sendiri.Antaranya:
* Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadhan;
* Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;
* Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;
* Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);
* Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;
* Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;
* Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia; dan
* Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Salah satu doa yang dianjurkan Rasulullah saw. dibaca pada Lailatul Qadar berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah, serta dikutip oleh Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar antara lain, "Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku

Thursday, August 20, 2009

SEGERALAH SEBAT SAYA.

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera. Pertama-tamanya ramadhan kareem saya ucapkan kepada semua yang beragama Islam, tahniah diucapkan kerana kita semua terpilih bagi menjadi tetamu ramadhan pada kali ini.

Tajuk yang saya pilih untuk kali ini adalah mengenai seorang perempuan iaitu Kartika yang bakal dijatuhkan hukuman sebat kerana didapati bersalah kerana meminum arak. Terlebih dahulu sekalung tahniah dan syabas kepada Kartika kerana beliau berani mengaku kesalahan beliau dan juga sanggup disebat atas kesalahan yang dilakukan beliau. Walaupun hukuman ini belum memenuhi tuntutan hukuman dalam Islam iaitu mengenakan sebat sebanyak 80 rotan kepada peminum arak tetapi ini merupakan satu langkah yang baik di mana orang telah mula melihat kepada islam dan mahu menggunakan hukuman yang ditetapkan oleh islam bagi yang melakukan kesalahan. Akhbar hari ini sekali lagi melaporkan iaitu Kartika ini mahu segera disebat dan mahu hukumannya dijalankan dihadapan orang ramai dan kalau boleh disiarkan melalui media bagi menyedarkan orang ramai dan memberi keinsafan kepada masyarakat di luar sana.

Inilah yang hukuman yang ditetapkan oleh Islam iaitu menayangkan kepada orang ramai supaya orang raami sedar dan takut untuk melakukan kesalahan. Konsep hukuman dlam Islam bukanlah mahu mengaibkan pesalah tetapi lebih kepada konsep kesedaran. Apabila berlakunya kes sebegini mahkamah syariah mula sedar dan sekarang perbincanagn tentang bagaimana hukuman atau cara menyebat yang dibolehkan dalam Islam mula dibincangkan. Jika sekarang kaedah yang digunakan oleh penjara bagi menyebat penjenayah adalah salah dan menzalimi para pesalah.

Sekarang mata-mata mula terbuka memandang ke arah Islam yang hukumannya tidak menzalimi pesalah sebaliknya memberi kesedaran kepada masyarakat. Semoga dari titik permulaan ini, undang-undang Islam bakal dinobatkan menjadi undang-undang di Malaysia memandangkan ia sesuai untuk maslahat semua pihak.

Tuesday, August 11, 2009

Peringatan Wabak H1NI Dan Doa ...



"Mesej yang Telah Aku Terima Dari Sahabat2 tentang H1N1 dan mesejnya seperti berikut: Kalau hadapi simptom selesema,batuk,demam,sukar bernafas,pening kepala,sakit tekak mgkn anda H1N1.Minum air susu & buah.Mkn makanan yg dbuat drpd buah krn pihak kami telah menjalankn kajian bhw minuman segar mampu membersihkan atom2 H1N1.Tolong forward kpd rakan2 utk kesihatan bersama. Yang Penting jangan lupa mendapatkan rawatan segera daripada Klinik yang terdekat.... Dan Amalkan Doa ini:

Sunday, August 9, 2009

I LOVE RASULULLAH

Assalamua'laikum wbt sabda Rasullullah saw " demi yg diriku ada dalam tanganNya, tidak beriman seseorang kamu sebelum aku lebih dicintainya daripada dirinya sendiri dan hartanya, dan anaknya dan manusia sekaliannya."

Tentu saja kecintaan kepada Rasul ini kerana kita mengakui bahawa dia adalah Rasul Allah, untuk menyampaikan wahyu Ilahi kepada makhluk. Lalu orang yang beriman menyatakan bahawa apa yang beliau katakan adalah benar, lalu dilaksanakannya apa yang beliau perintah, sebab itu adalah perintah dari Allah. Dan dia hentikan segala yang beliau larang, sebab larangan itu pasti datang dari Allah.

Semata-mata cinta saja dengan tidak memenuhi syarat cinta, mengerjakan suruh menghentikan tegah, tidaklah ada ertinya.wallahualam

Friday, August 7, 2009

ISLAM the way of life

Bagi setiap umat Islam pasti pernah mendengar perkataan Ahzab. Ini kerana di dalam Al Quran sendiri terdapat surah yang diberikan nama Al Ahzab. Al Ahzab adalah kata jama' dari Hizb. Hizb ertinya satu golongan atau satu parti. Ahzab ertinya beberapa golongan atau beberapa parti.

Apa yang nak saya bawakan disini adalah tafsir daripada tiga ayat awal dari surah ini adalah pegangan hidup bagi rasul dan bagi tiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul. Agaam Islam bukanlah semata-mata anutan dan pelukan. Ia bukan semata-mata akidah yang masuk akal atau yang disebut "rasional". Dan bukanlah semata-mata beribadat, melakukan sembahyang, puasa , zakat, haji menurut peratura, rukun dan syarat yang tertentu. Al- Islam bukanlah semata-mata mempertengkarkan soal-soal khilafiyah hasil ijtihad ulama-ulama terkemuka. Islam adalah kumpulan dari itu semuanya yang dijiwai oleh rasa kesedaran bahawa kita melangkah dalam arena kehidupan dengan penuh kesedaranakan tanggungjawab berhadapan dengan tuhan dan ia dipanggil the way of life. wallahualam

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 peringatan dari Tuhan

Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian. Isu yang ingin saya kupas kali ini adalah tentang H1N1 yang datang menzuiarahi kita di Malayia umumnya dan di UPSI khasnya. Kadang-kadang saya terfkir kenapa Tuhan mendatangkan peringatan kepada kita, hambanya yang lemah ini. Maka timbullah beberapa sebab yang saya fikir wajar difikir-fikirkan oleh kita semua. Mula-mula marilah kita sama-sama renungkan bagaimana hubungan kita dengan tuhan yang menyebabkan tuhan datangkan peringatan ini. Bersempena isra' dan Mikraj yang baru melepasi kita, adakah kita ambilnya sebagai cerita yang hampir setiap tahun kita dengar ataupun sebagai suatu peringatan atau iktibar yang boleh kita ambil daripadanya. Peristiwa yang besar berlaku dalam Isra' Mikraj ini adaalh perintah menunaikan solat. Jom kita semak balik bagaimana solat kita, adakah kita selalu meninggalkan solat ataupun melalaikannya.

Faktor kedua yang saya lihat adalah bagaiman pergaulan kita selama ini baik berlainan jantina mahupun sesama jantina. Masalah yang besar yang saya lihat sepanjang menetap di UPSI ini adalah ramainya yang bercouple malah yang lebih teruk membonceng motosikal bersama bagi lelaki dan perempuan. Selain itu juga pergaulan kita antara lelaki perempuan ini terlampau bebas dan kadang kala melebihi ketentuan yang ditetapkan oleh pencipta kita.

Dan yang terakhir bagaimana kita menjaga aurat kita, bagi lelaki adakah kita selalu memakai seluar pendek baik bermain mahupun di dalam bilik bersama kawan-kawan yang lain manakala bagi perempuan adakah kita selalu memakai tshirt lengan pendek ketika keluar dari rumah ataupun memakai pakaian yang ketat dan menampakkan bentuk tubuh.

Apa yang sama bawakan disini adalah antara faktor yang saya nampak sebagai penyebab kenapa Tuhan datangkan peringatan kepada kita, mungkin kerana kecuaian kita sendiri yang melupakan tanggungjawab kita pada pencipta.

Tuesday, July 28, 2009

JANGAN CENDERUNG KE ARAH KEZALIMAN

Assalamua'laikum wbt di dalam buku fiqh sirah 2 karangan muhammad said ramadhan al buti ada menyebutkan 3 asas masyarakabaru madinah. Asas ke3 yang disebutkan disini adalah piagam madinah. Antara ang terkandung didalamnya iaitu point yang ke4 di m/s 287 ialah sesungguhnya kaum mu'min lagi bertaqwa berkewajipan menentang setiap orang yang menzalimi orang lain, melanggar ketertiban, melakukan penipuan, permusuhan atau kerosakan di kalangan masyarakat orang-orang beriman, dan sesungguhnya mereka bersatu untuk menentang semua inimeskipun yang ditentang itu anak mereka sendiri. wallahualam

Monday, July 20, 2009

Ko-SPIN '09 bhgn 4

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera,bhgn yang terakhir ini saya ambil daripada ahli panel yang ke5 iaitu Dr Tajul Ariffin Noordin,beliau menekankan bahawa perbezaan pendidikan islam dengan sekularisme ciptaan barat adalah barat menekankan logik akal dahulu iaitu setiap kajian yang dibuat dimulakan dengan ragu kemudian sekiranya terbukti secara saintifik barulah mereka menerima kebenaran ini.Akan tetapi pendidikan Islam tidak begitu,di dalam Islam setiap perkara yang diberitahu melalui Al-Quran dan Sunnah,kita mesti percaya walaupun belum terbukti secara saintifik contohnya syurga,neraka dan sebagainya. Beliau juga mencadangkan antara langkah bertindak yang boleh diambil oleh mereka yang ingin melaksanakan jihad ilmu iaitu mengkaji kemungkinan Model Maahad Tahfiz Sains(MTS) yang sekat=rang dilaksanakan di Kelantan dan Selangor sebagai model pendiddikan untuk seluruh Malaysia.
Ahli Panel yang terakhir adalah Tuan Ghazali Bin Daud DSP urus setia agama,bhgn agama dan kaunseling(BAKA)Polis Diraja Malaysia. Satu je keypoint yang diberikan beliau iaitu ISLAM stand for Isya, Subuh, Lohor(dialek trg), Asar dan Maghrib. Mudah tetapi maknanya amat dalam dan memandangkan kita juga sedand berada di bulan Rejab iaitu terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj iaitu simbolik diberikan perintah solat kepada Nabi Muhammad saw. Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat "apakah yang paling ringan didunia'?para sahabat ada yang menjawab kapas, daun dan sebagainya tetapi rasulullah menjawab tidak. Benda yang paling ringan didunia adalah solat. Memang benar apa yang dikatakan Rasulullah, kedudukan kita diakhir zaman sering melalaikan solat serta melewatkannya.Betapa peri pentingnya solat dan sayangnya Rasulullah pada kita terbukti pada akhir hayatnya baginda menyebut 'umatku, umatku, solat,solat diulannya beberapa kali. Lihatlah betapa sayangnya Rasulullah pada kita umatnya hinggakan disaat sakaratul maut pun beliau masih bimbangkan bagaimanalah nasib umatnya apabila telah ketiadaan baginda. sama-sama kita fikirkan adakah kita begitu sayangkan baginda sebagaiman baginda menyayangi kita, tepuk dada tanyalah iman Oleh itu marilah kita berselawat ke atas baginda dengan sebanyaknya,semoga kita dapat bersama baginda di syurga kelak.wallahualam

Semua NC disaran guna Facebook


SAIFUDDIN menekan butang pada komputer riba sebagai simbolik pelancaran e-book Kalau Saya Mahasiswa di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.

Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.

"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

Sunday, July 19, 2009

MPP KEBAJIKAN BERSAMA MAHASISWA

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP akan membuka kaunter "Hari Bersama Mahasiswa" di Bangunan Bitara Siswa setiap hari Rabu jam 11pg - 2ptg.

Segala aduan/masalah kebajikan, akademik, sahsiah dan sebagainya berkaitan mahasiswa boleh dibuat dikaunter ini bermula Rabu ini.

Sebagai wakil anda, kami sedia mendengar, memberi penjelasan dan bertindak berdasarkan kuasa yang diberi.

Kaunter ini akan turut disertai beberapa biro MPP yang lain. Antaranya :

1. Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah
2. Biro Akademik dan Kerjaya
3. Biro Kesenian dan Kebudayaan.
4. Biro Perpaduan dan Integrasi

Friday, July 17, 2009

Kerajan wajar pertimbang mansuh ISA - Abdullah


SINTOK - Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang kini sering dikaitkan dengan segala persepsi negatif, dan digantikan dengan satu perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan di samping mempertahankan hak asasi rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) Menteri Dalam Negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," katanya di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Konvokesyen Khas Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepada beliau di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Katanya sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah pun dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah berkata beliau percaya kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk mengehadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafsirkan anugerah yang diterimanya hari ini sebagai pengiktirafan komuniti akademia kepada wawasan, pendekatan dan kaedah kepimpinan beliau.

Katanya falsafah demokrasi mencerminkan pengiktirafan kepada aliran falsafah yang amat dekat dengan pendirian dan prinsip kepimpinan yang beliau pelopori. - Bernama

Thursday, July 16, 2009

Ko-SPIN '09 bhgn 3

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera. Ahli ppanel yang ketiga adalah Prof Madya Dr. Abdul Halim Bin Tamuri dengan kertas kerjanya bertajuk sistem pendidikan Islam sekolah: satu penilaian. Apa yang ditekankan disini adalah sistem sekolah kita perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat baik keluarga, televisyen mahupun kerajaan. Kalau kita tengok pada hari ini Falsafah Pendidikan kita begitu cantik sekali tetapi sejauh mana guru menghayati falsafah ini serta masyarakat di luar sama-sama menghayati falsafah kita ini. Contohnya kalau di sekolah kita diajar adab, nilai dan sebagainya tetapi sejauh mana keluarga, televisyen dan kerajaan menyokong pengajaran ini. Kalau kita tengok televisyen kita banayak menyiarkan siaran-siaran yang langsung tidak menyokong pembentukan nilai antaranya wrestling, program hiburan yang melampau dan ini memupuk budaya yang tidak sihat dan hedonisma yang melampau dikalangan pelajar kita.
Selain itu daripada kajian yang dibuat guru kita yang ada pada masa sekarang kebanyakannya mampu menjdi muaddid iaitu mengajar tetapi gagal menjadi mudarris iaitu membimbing pelajar-pelajarnya. Beliau juga turut mencadangkan lebih ramai guru lelaki menjadi ustaz bagi mengurangkan jarak antara pelajar dengan guru, ini adalah kerana daripada kajian menunjukkan pelajar lelaki tingkatan empat merupakan masa yang paling kritikal dan mengalami masalah yang paling besar oleh sebab itu dengan adanya lebih ramai guru lelaki perhubungan antara guru dan pelajar lebih mesra kerana boleh bergurau dan sebagainya.wallahualam

Tuesday, July 14, 2009

Ko-SPIN '09 bhgn 2

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera, sekarang ni adalah sambungan dari artikel yang pertama hari tu tentang kongres pendidikan anjuran GAMIS. Ahli panel yang kedua adalah seorang yang tidak asing lagi iaitu prof Dr Sidek Baba, seorang yang selalu keluar di tv dam merupakan mantan mahasiswa di UPSI iaitu pada zaman MPSI(bangga2x). Satu ilmu yang baru saya dapat di sini iaitu rupa-rupanya kursus yang saya ambil iaitu pendidikan awal kanak-kanak telah bermula sejak perang badar lagi, iaitu tawanan perang yang ditahan ,yang mana leh membaca diminta mengajar anak-anak orang islam sebagai syarat pembebasan mereka.
Ahli panel seterusnya adalah seorang ahli parlimen Indonesia yang berasal dari parti PKS iaitu prof dr H.Irwan. Beliau mengatakan di Indonesia satu undang-undang telah ditubuhkan iaitu pada tahun 2003 iaitu undang-undang yang tidak membezakan antara sekolah pondok dan sekolah biasa@kebangsaan kalau di Malaysia iaitu undang-undang Pendidikan Nasional. Ini merupakan suatu yang baik iaitu kurikulum dibuat oleh pihak sekolah sendiri@diberikan kepada pemimpin@menteri besar kalau di Malaysia. Kita sendiri kadang-kadang salah faham tentang ilmu iaitu kita mengatakan sekolah kebangsaan adalah sekolah sekular dan sekolah pondok adalah sekolah agama sedangkan dalam Islam kesemua ilmu adalah datangnya dari Allah swt.wallahualam

PTPTN

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat di UPSI. Saya baru selesai mendapatkan maklumat daripada HEP tentang mahasiswa-mahasiswi UPSI semester dua dan semester tiga yang belum mendapat PTPTN. Menurut En.Fauzi, terdapat sedikit masalah di pihak PTPTN kerana terdapat mahasiswa yang belum menyerahkan LAmpiran A iaitu Perakuan Penerimaan Dokumen Pinjaman PTPTN. Beliau mengharapkan mahasiswa bersabar dan membuat aduan di Unit Kebajikan HEP. InsyAllah mereka akan menerima pinjaman selewatnya pada awal bulan lapan.

p/s sekiranya anda semua mengalami masalah kewangan sila ke HEP bagi membuat pinjaman sementara.

Sunday, July 12, 2009

Ko-SPIN '09

Assalamua'laikum wbt dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat. Alhamdulillah semalam saya telah berjaya menghadirkan diri ke program anjuran GAMIS ini bersama rakan-rakan yang lain bagi membincangkan hala tuju pendidikan negara iaitu ke arah mana kita mahu bawa generasi kita pada masa akan datang.
Sedikit perkongsian dari apa yang saya dapat semalam, panel yang pertama adalah Dato' Dr Siddiq Fadzil merupakan pensyarah UKM dan beliau merupakan mantan Presiden ABIM. Dengan gaya bahasa yang selamba menggunakan dialek Indonesia, pembentangan kertas kerjanya menarik dan pendengar yang mendengarnya pun tidak kering gusi kerana diselangai oleh lawak jenaka yang menghiburkan pendengar. Tajuk yang diberikan pada beliau adalah Krisis Pendidikan masa kini : Cabaran membina generasi berjiwa merdeka. Apa yang saya tertarik di sini, beliau mendedahkan pelbagai judul buku yang terdapat dipasaran sekarang adalah amat teruk(saya tak tahu apa perkataan yang sesuai saya gunakan di sini) antaranya berjudul 'Sekolah itu candu', 'Selamat tinggal sekolah', 'if u want to be rich don't go to school' dan banyak lagi. Kalakita tenung jauh-jauh judul buku ini, kita dapat lihat ke arah mana kita mahu bawa generasi kita pada masa akan datang.
Seterusnya satu lagi yang menarik perhatian saya adalah mungkin inilah generasi yang lahir dari sistem pendidikan sekarang iaitu watak simbolik yang dilukiskan oleh penyair Taufiq Ismail dalam puisinya, 'Sajak anak muda serba sebelah'

Si Toni dicabut kupingnya satu yang kanan
maka suara masuk kuping kiri tembus ke otak
dikirim baik dan jatuh dikuping kiri lagi
Si Toni dipotong tangannya satu yang kanan
maka dia belajar menulis dengan tangan kiri
Si Toni diambil satu matanya yang kanan
maka airmatanya tetes ke sebelah kiri
Si Toni dipetik jantungnya lewat rongga kanan
tapi gagal karena jantung itu mengelak ke kiri
Si Toni dipotong ginjalnya satu yang kanan
Tak gagal kerana sesuai secara faali
Si Toni diambil kakinya satu yang kanan
maka dia main bola cuma dengan kaki kiri

lama-lama Si Toni jadi kidal
kupingnya yang bias dengar kuping kiri
tangannya yang main gitar tangan kiri
airmatanya menetes di sebelah kiri
die tendang bola dengan kaki kiri

lama-lama Si Toni ingin bekerja
cita-citanya lumayan sederhana
dia mahu jadi sopir saja
tapi tak ada lowongan baginya
karena kenderaan setir kanan semua

hai tunggu dulu, Toni ini anak sayakah
atau anak saudarakah?
atau barangkali kemenakan kita?
keadaan ini memang aneh
sore ini jam empat tepat
dengarlah dia sedang mengocok gitarnya
dengan cara anak muda bergaya kidal
dan itu bukan suara gerimis, bukan
itu air matanya
memukul-mukul lantai beranda.

Syair yang begitu tinggi dan sukar difahami, sama-samalah kita fikirkan. mahukah kita melahirkan generasi akan datang yang mati sebelah iaitu hanya disumbat dan dogokkan oleh sebelah pihak tanpa dibenarkan ia menilai dan berfikir. fikir-fikirkanlah

p/s i'Allah sambungannya pada masa akan datang.

Thursday, July 9, 2009

KELIWON

Assalamua'laikum dan salam sejahtera. Isu yang saya ingin utarakan di sini kali ini adalah cerita keliwon yang ke udara setiap malam khamis jam 9.30 malam di tv3. Seronok bila melihat cerita seram yang semakin banyak di pasaran pada ketika ini namun sedar atau tidak kita sedang bermain dengan akidah umat islam, sesuatu yang besar @ asas dalam islam. Cerita-cerita seram ini menyebabkan akidah kita tergoyang iaitu apabila kita lebih takutkan hantu daripada Allah swt. Kalau kita tengok dari adat orang-orang tua kita, perkara ini telah didedahkan sejak kita kecil lagi. Sewaktu kecil kita sering dimomokkan oleh orang tua kita contohnya jangan keluar ke dapur, ada hantu dan sebagainya. Walaupun jenaka ini nampak kecil@remeh tetapi ia mampu merosakkan akidah kita sedangkan tidakkah kita sedar bahawa dosa mensyirikkan Allah adalah satu-satunya dosa yang tidak diampun oleh Allah swt.Wallahualam
p/s Ya Allah ya tuhanku lindungilah hambamu ini dari syirik yang nampak mahupun yang tersembunyi.

Sunday, July 5, 2009

MIKAIL

Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat mahasiswa di UPSI. Alhamdulillah saya tertarik untuk membawa anda semua mengikuti perkembangan kematian Allahyarham Mikail yang menggemparkan seluruh dunia. Setelah beberapa hari kematian akhirnya Allahyarham akan dikebumikan mengikut cara Islam. Mungkin telah ramai yang mengucapkan takziah dan bersyukur kerana Allahyarham dikebumikan cara Islam, apa yang saya nak bawakan di sini adalah betapa kita tidak tahu bagaimana seni kematian kita. Adakah kita yang selama ini mengaku kita beragama Islam mampu untuk meninggalkan dunia ini dalam agam yang sama. Saya tertarik dengan pengisian salah seorang ustaz dari UPSI ini yang mengatakan buatlah amal sebanyak yang mungkin kerana kita tidak tahu amalan yang mana yang akan dikira Allah sebagai amalan baik kita dan jangan sesekali buat kejahatan kerana kita bimbang kalau-kalu kejahatan itulah yang akan dikira Allah sebagai malan buruk kita yang akan menyebabkan kita mendapat azab daripada Allah swt. Sesungguhnya bukanlah kerana amalan yang menyebabkan kita dapat masuk syurga atau neraka Allah tetapi amalan yang mana yang dapat menarik rahmat Allah untuk memasukkan kita di dalam syurganya. Pelbagai cerita yang boleh kita dengar tentang Allahyarham ini, ada yang mengatakan dia baru sahaja pulang dari Mekah dan sebagainya apapun kalaulah benar maka beliau ibarat bayi yang baru lahir yang bersih dari dosa yang lalu. Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini boleh kita ambil iktibar tetapi amat sedikit yang memikirkannya. Apapun kepada semua pihak berhentilah menayangkan baik lagu dan video Allahyarham kerana ia akan menyebabkan Allahyarham tersiksa di sana begitu juga artis-artis yang lain yang telah meninggal dunia. semoga roh mereka semua di cucuri rahmat.

MAKSIAT OH MAKSIAT

Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat di UPSI. Cuma satu peringatan di sini "kebenaran dan kebatilan mempunyai kemampuan yang sama, yang membezakan keduanya adalah maksiat yang dilakukan oleh kebatilan akan menyebabkan kebenaran akan menang" renung-renungkan, semoga kita sentiasa mendapat hidayah dari Allah swt. Walau sejauh mana sistem pengurusan yang kemas yang dipunyai oleh kebatilan, mereka tetap akan dikalahkan oleh kebenaran kerana sistem pengurusan hanya ciptaan manusia dan ia boleh di ajar dan pengalaman menguruskan sesuatu program akan mengajar kita lebih matang dalam membuat sesuatu pengurusan. wallahualam

selamat datang dan selamat kembali ke UPSI

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera kepada semua mahasiswa mahasiswi yang baru memasuki serta yang akan kembali ke bumi UPSI yang kita cintai ini. Bermulanya semester baru ini marilah kita sama-sama membetulkan niat kita kembali untuk meneruskan pengajian kerana Allah swt serta atas prinsip ilmu itu sendiri. Bersamalah kita berusaha bersungguh-sungguh serta mendalami ilmu itu sendiri bagi mendidik anak bangsa ke arah meningkatkan ketakwaan serta kemajuan negara. Bersamalah kita juga menjaga adab-adab serta batas pergaulan kita agar ilmu yang kita dapat bermanfaat di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya jiwa yang penuh dengan maksiat serta titik hitam maka ilmu susah masuk dan keberkatan ilmu itu tidak dapat. Apapun semoga kamu semua diberkati dan berjaya dalam bidang masing-masing.

Thursday, June 18, 2009

39 laman web, blog diharamkan


[2009-06-17_111905.jpg]
Assalamua'laikum wbt. post kali ini menyentuh tentang isu laman web yang diharamkan kerajaan. Tindakan kerajaan mengharamkan laman web ini adalah sesuatu yang baik cuma kaedah yang digunakan dengan menyenaraikan laman web ini untuk tatapan umum adalah tidak sesuai iaitu menghebahkan kepada masyarakat umum nama-nama laman web yang diharamkan. Dengan ini orang ramai iaitu rakyat di luar sana yang mana belum tahu laman-laman web ini dapat tahu dan mereka akan membuka laman web ini maka beertambahramai la yang membuka laman ini. Sepatutnya kerajaan hanya perlu menyekat laman web ini daripada boleh dimasuki seperti yang pernah dibuat pada blog raja petra iaitu apabila terdapat fitnah disitu kerajaan terus menyekat blog tersebut.Wallahualam

Pandangan Muraqib al-Am Ikhwan Muslimin Jordan Mengenai Politik Malaysia

Sebelum ini tuan lebih dikenali dalam lapangan bidang akademik khususnya dalam bidang ilmu-ilmu hadis. Bolehkah tuan ceritakan serba sedikit mengenai perjalanan semasa menuntut ilmu?


Segala pujian bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Saiyidina Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Perjalanan hidup saya dalam menuntut ilmu bermula di rumah, di mana ayah saya merupakan salah seorang ulama hadis.

Saya terdedah dengan perpustakaan yang secara khususnya mengandungi kitab-kitab hadis semasa usia yang sangat muda. Lebih kurang usia 10 tahun, saya sudah membaca kitab-kitab besar yang berkaitan dengan ilmu hadis, kesusasteraan, bahasa Arab seperti karangan al-Mutanabbi dan lain-lain. Begitu juga buku-buku yang berkaitan dengan biodata para perawi hadis, juga karangan Ibnu Hajar dan lain-lain.

Perkembangan awal ini semua membantu pengajian saya di peringkat universiti. Saya menamatkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Damsyiq pada tahun 1965. Sudah diketahui umum, pengajian syariah di universiti tersebut sangat sukar, yang lulus hanya sekitar 5-6 orang sahaja.

Malah kadang kala hanya 3 orang. Antara guru-guru yang mendidik saya ialah Syeikh Mustafa Siba’ie, Dr. Mustafa Zarqa dan ramai lagi ulama yang besar. Kemudian setelah bekerja hampir 5 tahun, saya ke Universiti al-Azhar dan mempelajari ilmu hadis dalam kuliah Usuluddin. Saya berjaya menamatkan pengajian di peringkat M.A dan Phd dengan pangkat pertama. Dengan kurnia dari Allah, tesis yang saya hasilkan sangat jarang dilakukan iaitu mengenai illal hadis merupakan yang pertama pernah ditulis seumpamanya.

Tesis tersebut berbeza dengan yang lain. Kemudian hasil kajian saya itu tersebar dan menjadi subjek yang diajarkan di universiti-universiti, bermula dengan Universiti Jordan di fakulti syariah. Kajian saya itu dianggap sebagai syarah kepada kitab al-‘Ilal karangan Imam al-Tirmizi. Ianya kemudian diajarkan dalam dunia Islam di peringkat pengajian tinggi.

Alhamdulillah. Saya juga aktif dalam bidang keilmuan dan selama 25 tahun, saya telah menulis dalam pelbagai displin ilmu. Di antara ialah himpunan hadis-hadis berkenaan fitnah akhir zaman, hukum-hakam kewangan, kesempurnaan Nabi, jihad dan lain-lain. Semua ini sedang dalam proses untuk cetakan. InsyaAllah.

Di manakah tuan menyumbangkan khidmat setelah tamat pengajian?

S
aya mengajar di Universiti Jordan hingga tahun 1988 sebelum dipilih menjadi ahli (parlimen) Majlis Perwakilan Jordan pada 1989. Saya dipilih semula menjadi ahli perwakilan pada tahun 1993 dan kekal hingga tahun 1997. Kemudian saya dilantik menjadi penasihat syar’ie bagi Hospital Islam di Jordan. Kemudian saya mengajar di universiti swasta Al-Zarqa selama setahun. Setelah itu, saya dilantik menjadi Muraqib al-‘Am dalam jemaah al-Ikhwan al-Muslimin.

Bilakah tuan menyertai gerakan al-Ikhwan al-Muslimin dan bagaimana tuan memandang tanggungjawab sebagai Muraqib al-‘Am (Jordan) ketika ini?

Saya menyertai jamaah al-Ikhwan al-Muslimin pada waktu yang sangat awal iaitu ketika berumur 12 tahun. Alhamdulillah, saya masih ingat sejarah itu dan kini saya masih berada dalam jemaah ini. Tugas saya sekarang ini sebagai Muraqim al-‘Am sangat berat dan bukanlah tugas yang mudah.

Tanggungjawab ini sangat besar kerana ia berkaitan dengan maslahah beratus-ratus ribu para pemuda Islam untuk membawa mereka menuju ke satu matlamat pada masa yang mendatang. Memperbaiki jamaah ini agar dapat berperanan dalam masyarakat. Memimpin jamaah ini untuk memastikan ianya dapat mencapai matlamat-matlamat Islam. Semoga Allah memudahkan segala urusan ini.

Dalam majalah al-Mujtama’ (3-9 Zulkaedah 1429H) tuan pernah menyeru kaum muslimin kepada sistem ekonomi antarabangsa yang baru dengan bersumberkan rujukan Islam. Mengapakah dunia Islam terlalu bergantung pada sistem kapitalisme, seolah-olah sukar sekali untuk keluar daripadanya?

Sistem kapitalisme telah gagal di negara-negara mereka (Barat). Mereka menghadapi kehabisan sumber dengan satu ledakan yang besar. Ledakan ini diibaratkan ia telah meninggalkan satu ruang kosong. Manusia menyangka kegiatannya masih berjalan.

Ekonomi yang hanya memaparkan jumlah angka, apabila mereka cuba mendapatkan kepastian mengenai jumlahnya, lalu mereka mendapati tiada jumlah apa pun. Semua ini hanya mempersendakan orang ramai dan permainan yang menipu. Tiada aktiviti ekonomi yang berlaku pada hakikatnya. Kerana ia hanyalah ibarat jaminan yang dibuat tanpa akad yang sah. Begitulah sistem kapitalisme, ia tidak berdiri di atas perkara yang jelas secara hakiki. Ia hanya dibina atas dasar kepercayaan di antara mereka yang terlibat.

Kini sudah jelas dasar kepercayaan ini sebenarnya adalah satu pembohongan. Tiada jumlah dalam simpanan secara realiti. Dalam beberapa bulan, berlaku kejatuhan ekonomi dengan kerugian berbilion-bilion dolar di Amerika.. begitu juga di Britain dan Eropah. Sistem ini telah gagal dan tiada siapa yang mampu untuk mempertahankannya.

Beberapa hari lalu, saya telah mendengar daripada Pengarah Bank Islam Jordan, bahawa negara Britain yang dulunya meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk membuka bank-bank Islam di negara itu, kini telah mempelawa perbankan Islam agar datang ke Britain untuk membuka cawangan-cawangannya dan dipermudahkan untuk beroperasi. Ini menunjukkan bahawa ekonomi Islam di negara mereka mempunyai kedudukan yang dihormati.

Kita mahu meluaskan ekonomi Islam, tiada riba, tiada penipuan berbentuk spekulasi, tiada monopoli (ihtikar) dan tiada perniagaan atas kertas tanpa kewujudan nilai wang yang jelas. Iaitu ekonomi dengan dokumen yang jelas dan berpijak di bumi yang nyata. Kita perlu memperkemaskan sistem ekonomi Islam di negara kita dan jadikan ia pelindung ekonomi di negara kita. Kemudian menyebarkannya ke peringkat antarabangsa.

Apa pendapat tuan, jika sesetengah pihak menganggap mustahil dunia Islam dapat keluar dari sistem kapitalisme?

Yang menjadi perkara mustahil di sini ialah mustahil sistem ini dapat bertahan di negara-negara barat. Mesti ada alternatif lain sebagai pengganti. Sistem sosialis telah gagal dan sistem kapitalis juga gagal. Yang tinggal hanya sistem Islam.

Akhir sekali, apa nasihat tuan untuk rakyat Malaysia?

Rakyat Malaysia menganggap Islam itu sebagai satu agama dan anutan yang bersifat nasional (dalam negara). Ini tidak terdapat di negara selain Malaysia. Ini adalah satu pealuang untuk menyebarkan agama Islam. Juga saya nasihatkan agar diadakan pembelajaran bahasa Arab dan memperkemaskan kemahiran dalam bahasa Arab. Saya mendapati ada penggunaan bahasa Arab di Malaysia. Namun, saya mahu bahasa Arab menjadi bahasa utama di Malaysia. Ini boleh berlaku dengan usaha orang-orang yang berkebolehan, terpilih dan (sedia) berjihad dengan kurniaan Allah.

Kamu berikan keutamaan kepada bahasa Arab dan laksanakan syariat Islam dan hukum hakam Islam dalam segala lapangan kehidupan. Kerana agama kita inilah yang menjaga kehidupan kita di dunia dan akhirat. Semoga Allah memberikan taufik kepada kamu semua. Amin.

Sunday, June 14, 2009

Tazkirah oleh bekas imam Masjidil Aqso

Assalamua'laikum pertama-tamanya berbanyak bersyukur pada Allah swt kerana masih memberi dua nikmat yang terbesar dalam hidup iaitu nikmat iman dan islam. Selawat dan salam pada kekasih junjungan Muhammad saw,yang banyak meninggalkan nasihat yang kita yakin tiada nasihat yang lebih baik daripada nasihat Rasulullah saw.

Baru-baru ini saya berpeluang mendengar secara live tazkirah yang diberikan oleh salah seorang bekas imam Masjidil Aqso iaitu As Syeikh Muhammad Mahmod As Siyam. Beliau juga salah seorang daripada pimpinan Hamas pada masa sekarang ni. Walaupun pun berasal dari Palestin tetapi oleh kerana pergolakan yang berlaku beliau sekarang tinggal di Yaman.

Pertama-tamanya beliau mengucapkan jutaan terima kasih pada umat Islam di Malaysia atas segala bantuan yang diberikan tidak kira dari segi kewangan mahupun sekadar doa setiap kali selepas solat. Untuk pengetahuan anda semua umat di Palestin menang dalam peperangan dengan Yahudi walaupun kita sering dimomokkan tentang keganasan Yahudi laknatullah tetapi alhamdulillah Allah memberikan kemenangan kepada saudara kita di sana. Antara faktor yang membolehkan kemenangan saudara kita di sana yang pertamanya adalah iman kepada Allah swt. Tidak perlulah saya huraikan panjang tentang ini kerana kita semua telah sedia maklum kepentingan iman dalam kehidupan sebab itulah pertama-tama tadi saya ucapkan bersyukur banyak-banyak pada Alllah swt atas nikmat iman yang diberikan.

Faktor kedua yang menyebabkan kemenangan saudara kita di sana adalah perpaduan. Seperti yang di laung2kan oleh perdana menteri kita iaitu datuk seri Najib Tun Razak iaitu konsep 'Satu Malaysia'(tanpa mengambil kira retorik@tidak) iaitu menitikberatkan perpaduan tidak kira dikalangan umat islam mahupun dengan kaum yang lain. Di antara dalil yang dibawa oleh Syeikh ini adalah "dan berpeganglah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai."(al-imran 103)p/s masih teringat dalil inilah yang dibawa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sewaktu awal-awal mesyuarat kami hehe.

Faktor ketiga yang tidak kurang pentingnya adalah kesabaran. Seperti yang biasa kita dengar"Allah bersama orang2 yang sabar". Di antara contoh peristiwa yang menunjukkan kesabaran saudara kita di sana adalah apabila rejim yahudi laknatullah mengebom tidak kira rumah, sekolah, masjid dan sebagainya, cepat-cepat umat Palestin ini mendirikan khemah-khemah bagi mengantikan fungsi setiap apa yang di bom iaitu sebagai tempat pendidikan, solat jemaah dan sebagainya. Menyentuh tentang tempat pendidikan ini, alangkah bersyukurnya kita di malaysia mempunyai tempat pendidikan yang begitu baik tetapi sejauh mana pendidikan kita mampu menjadikan kita hamba Allah yang bersyukur dan mampu mendekatkan kita pada Allah swt.

Akhir sekali syeikh sekali lagi mengucapkan terima kasih pada semua rakyat malaysia yang tidak henti-henti menyumbang dan teruskan berdoa pada saudara kita tidak kira di sana mahupun di mana sahaja Selatan Thai,Kemboja(hehe sebab baru balik dari sana) mahupun di Malaysia sendiri.Wallahualam

Tuesday, May 26, 2009

Catatan Seorang Demonstran

Nota tokoh gerakan pelajar.
Koleksi catatan akivis hadapi realiti sosial, politik indonesia di penghjung era Sukarno
Dari aspek kontemporari, pembaca dapat menilai sendiri bahawa demonstrasi itu adalah sebahagian daripada rukun dalam demokrasi yang perlu dikormati.
Dalam catatannya, Gie memetik kata-kata Walt Whitman:"Kini saya meliha rahsia menjadi manusia terbaik. Caranya, membesar di udara terbuka serta makan dan tidur dengan bumi.
Catan Seorang Demonstran juga menonjolkan betapa kerap gie menukilkan kata-katanya dengan berseni dan puitis. Misalnya, ketika menggambarkan pendiriannya, Gie menuliskan:"Saya tidak ingin menjadi pohon bamb, saya ingin menjadi pohon oak yang berani menentang angin."
Gie menunjukkan erti hidup manusia bukan sekadar menja tukang angguk, sebaliknya menjadi peneriak dan bertindak apabila keadaan memerlukan. Hanya manusia berjiwa besar, seperti gie, mampu mengambil sikap melalui jalan sukar serta bersedia mendepani kekalahan berkali-kali.
Tidak dinafikan, kelompok seperti Saiful - seperti kebanyakan orang - menagmbil sikap mudah dalam hidup, itu memang ramai. Tetapi kuantiti 'ramai' tidak semestinya dijamin 'benar'.

Thursday, April 16, 2009

TELAGA BUDI

" Islam ajar apabila manusia selalu diawasi oleh malaikat Raqib dan Atid, walau ada ibubapa, guru, ustaz, polis, askar, ada lagi Allah Yang Maha Mangawasi. mari kita besar-besarkan kesedaran ini. inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. semangatnya ialah jika tiada polis, Allah ada"

Suatu sinopsis pertemuan Nik Abd Aziz dengan sami-sami Buddha pada 22 Rejab 1427 bersamaan 16 Ogos 2006. Dengan bersangka baik Tuan guru telah dengan yakin menghdangkan sebuah formula agama bagi menangani kemelut sosial yang sanat kronik. Walaupun beliau sedar beliau sedan berbicara dengan sami buddha tetapi tanpa sebarang syak, beliau meminta setiap ahli agama berperanan supaya kembali kepada agama masing-masing.Anjuran beliau nampak mudah tetapi menguji kejujuran setiap pihak untuk bergerak memulihkan kebobrokan. Jika sudak jelas kerosakan di muka bumi dan sudah hampir jelas tanda kegagalan kaedah yang cuba dirangka oleh manusia , maka Tuan Guru langsung mengesyorkan semua orang kembali kepada agama masing-masing.

Sunday, April 5, 2009

KELAS 4-7 Petang dan Solat Asar


Pihak kami telah menghantar sekeping surat kepada Timb. Naib Canselor Akademik berhubung dengan isu kelas 4-7 petang yang menjejaskan waktu solat asar. Berikut adalah respon pihak akdemik tentang isu tersebut :
Sehubungan dengan itu, diharapkan kerjasama dari semua pihak untuk memastikan ketetapan ini berjalan dengan baik.

Daripada :

Arif bin Mohamad ( http://cikguarif.blogspot.com/)
Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff (http://guruohguru.wordpress.com/)
Exco Akademik dan Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 08/09


Thursday, March 19, 2009

Pengumuman untuk semua pelajar UPSI

Bagi semua pelajar upsi yang
· Mempunyai masalah kewangan,
· kematian ahli keluarga
· kemalangan
· Bencana ( kebakaran, kecurian)



Anda boleh memohon pelbagai bentuk bantuan
· Bantuan Kewangan Tabung Sahabat Upsi
· Derma kemalangan dan kematian Tabung Kebajikan Pelajar
· Pinjaman Tabung Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan
· Pinjaman Tabung kebajikan Pelajar


Dengan cara melayari portal pelajar Upsi ---- Klik pada papan pemuka sebelah kiri pada ikon HEP------Klik pada Trust fund ------ Klik pada button APPLY-----dan anda boleh memilih bentuk-bentuk bantuan yang layak anda pohon dan melengkapkan borang tersebut.


Post By :


Adriyani Binti Yamin


Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI




Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Assalamualaikum wtb


Tahun ini kita bertemu kembali dengan Maulidur Rasul 1430H .Semoga semakin bertambah lagi rasa Kasih dan sayang kita kepada Pencipta. Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidul Rasul dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah baginda S.A.W. ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi .


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.. PAda hari mulia bersempena kelahiran utusan Mulia Muhammad SAW, marilah kita semua umatnya meningkatkan amalan taqwa serta mempertingkatkan ibadah dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda kasih dan cintanya kita sebagai hamba Allah kepada kekasihNya, Rasulullah SAW.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul drpd;


*Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor

*Adriyani Binti Yamin

* Semua Rakan Exco

(Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP UPSI 08/09)

Sunday, March 8, 2009

SEMINAR RAWATAN ALTERNATIF: 15 MAC 2009

ANJURAN :
BIRO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
MPP UPSI 08/09

Saturday, March 7, 2009

Kepada pelajar sem 2 UPSIan

1. SEMUA PELAJAR YANG BERADA DI SEMESTER KEDUA PENGAJIAN DIWAJIBKAN MEMBUAT PENDAFTARAN MINOR MULAI 2 MAC 2009 SEHINGGA 13 MAC 2009.


2. ANDA PERLU MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI MINOR DI FAKULTI MASING-MASING DAN MENDAFTAR SECARA ON-LINE MENERUSI PORTAL MASING-MASING DI http://myupsi.upsi.edu.my.


3. SILA PASTIKAN ANDA MENDAFTAR UNTUK MENGELAKKAN MASALAH SEMASA PRA-PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2009/2010 DILAKSANAKAN.


4. KEPRIHATINAN ANDA BERHUBUNG PERKARA INI AMAT DIALU-ALUKAN DAN DIUCAPKAN TERIMA KASIH.


Pelajar di semester 7 dinasihatkan supaya menyemak minor masing-masing sebagai persediaan menjalani Latihan Mengajar.


Tarikh Memo : 26 Februari 2009
Dikeluarkan Oleh : Pejabat Pendaftar
Bahagian Akademik
Unit Pendaftaran
Telefon : 05-4506923/6992
Email : redzuan@upsi.edu.my / mohaieda@upsi.edu.my

Sunday, March 1, 2009


Sepanjang Bulan Februari lepas kita menerima beberapa khabar yang mendukacitakan di atas beberapa kematian ahli keluarga sahabat-sahabat kita yang telah pergi dahulu . Kami di Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan turut merasai kehilangan tersebut. Takziah diucapkan di atas pemergian tersebut. Bahawasanya kita semua juga akan PERGI , justeru bersama-samalah kita menginsafi hakikat kematian, dan berusaha untuk mengumpul bekalan menuju destinasi hakiki.


Kami Exco Kebajikan MPP hanya dapat memberi sedikit pertolongan dengan harapan sedikit sebanyak pertolongan ini dapat meringankan bebanan dan kesedihan yang ditanggung oleh sahabat-sahabat tersebut.


Seterusnya, sebagai pengetahuan dan makluman bagi sebarang kes kematian dalam kalangan ahli keluarga sama ada ayah, Ibu, adik beradik, dan anak pelajar-pelajar boleh mendapatkan borang khairat dan Kebajikan. Bagi pelajar-pelajar yang baru menghadapi kematian ahli keluarga yang terdekat boleh lah mengisi untuk mendapatkan wang khairat tersebut.
Disamping mendapatkan dan menlengkapkan borang khairat tersebut sila sertakan juga;


I. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
II. Salinan Kad Matrik
III. Salinan sijil kematian


Borang boleh diperolehi daripada Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI 08/09 iaitu;
I. Saudara Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor
II. Saudari Adriyani Binti Yamin

*Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi CareLine Exco Kebajikan 013-6288435.

Monday, February 23, 2009

Ahlan Wasahlan sahabat Kebajikan











* maf, gmbar ada masalah. Juru foto agak kurang pengalaman.

Salam Revolusi
Pada tarikh 21 Februari 2009, Exco Kebajikan dan kemasyarakatan telah menerima seramai 22 orang rakan exco sebagai rakan-rakan baru dalam melicinkan gerak kerja berkenaan dengan isu-isu mahasiswa di UPSI yang tercinta. Mudah-mudahan gerak kerja kita bersama selama satu sesi akan datang merupakan suatu titik tolak ,menuju kesatuan gerak kerja dan persahabatan kita semua...
Apa yang kita harapkan , ialah sedikit pengorbanan yang kita buat ini besar nilainya di sisi Pencipta.
Post By;
Adriyani Binti Yamin
"We care to student Welfare"
MOHD ZULHILMI BIN MOHD NOOR
ADRIYANI BINTI YAMIN
Exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP UPSI 08/09



Wednesday, February 18, 2009

Takziah dan Al-Fatihah








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“ Ajal yang datang di muka pintu, tiada siapa yang memberitahu,
tiada siapa pun dapat,hindari tiada siapa yang terkecuali”


Di antara bait-bait lagu kematian yang sering menjadi pilihan halwa telinga , moga tidak kita sia-siakan masa kita tanpa sehari terlintas akan peristiwa kematian. Dan pada semalam bersamaan 17 Feb 2009 Bersamaan dengan 22 Safar 1430 warga UPSI dikejutkan dengan kematian seorang penuntut dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan matematik yang berada dalam semester 6. Allahyarhamah NURLINA BINTI ABDUL HALIM menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Seberang Jaya , Pulau Pinang pada lebih kurang pukul 6.20 ptg. Berdasarkan sumber yang diterima Arwah dikatakan mengalami jangkitan pada bahagian otak. Arwah dimasukkan ke wad pada hari ahad lepas dan tidak sedarkan diri . InsyaAllah arwah akan dikebumikan selepas waktu Zohor hari ini.
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah NURLINA, kita turut bersimpati dengan pemergian Arwah namun inilah suratan daripada Rabbul Izzati yang perlu kita terima tanpa sedikit pun keraguan. Apa yang boleh kita kongsikankan hanyalah kiriman Al-Fatihah dan cebisan doa seusai solat agar Arwah NURLINA ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh.
Kita yang masih bernyawa tetap perlu meneruskan kehidupan di samping mengumpul bekalan taqwa sebagai persediaan penghitungan dengan malaikat di dalam kubur dan harta taqwa yang menjadi aset berharga di mahkamah Allah kelak. Sesungguhnya, ingatan pada diri : Kematian tidak mengenal siapa pun kita, berapa pun usia kita hatta kedudukan kita , Kerana kita semua akan melalui juga saat tersebut Bila dan bagaimana sahaja yang mungkin berbeza. Wallahualam…


*Berlumba mengumpul taqwa ila Mardhatillah.
EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN MPP UPSI

Thursday, February 12, 2009

SLIP PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI 2008/2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR UPSI

KURSUS/TARIKH

PelajarLama :
16 Februari 2009 hingga27 Februari 2009(Denda Bermula 3 Mac 2009)

Pelajar BaharuMulai Ambilan Julai 2008 :
3 Mac 2009 hingga13 Mac 2009(Denda Bermula 16 Mac 2009)


PERINGATAN :
. Anda diwajibkan untuk mengambil Slip Pengesahan PendaftaranKursus bagi Semester 2 Sesi 2008/2009 di fakulti masing-masing.

. Anda diwajibkan menyemak pengesahan pendaftaran kursus tersebutdan sebarang pembetulan perlu dimaklumkan ke Bahagian Hal EhwalAkademik/Fakulti.

. Kegagalan anda untuk mengambil Slip Pengesahan PendaftaranKursus, akan menyebabkan anda didenda dengan kadar RM5.00sehari.

. Sekiranya tiada sebarang perubahan dibuat oleh pelajar selepastempoh yang telah ditetapkan, Pendaftaran Kursus tersebut dianggapbetul dan sahih untuk tujuan peperiksaan dan pengijazahan.



Tarikh Notis
10 Februari 2009

Dikeluarkan Oleh
Pejabat PendaftarBahagian Akademik(Unit Pendaftaran)

Telefon
+605-4506923 / 6992

EmaiL
redzuan@upsi.edu.

hamdi@upsi.edu.my

salam seorang pendidik


Bismillahirrahmanirrahim Assalamua’laikum wbt. Sewaktu gambar ini diambil saya sempat membeli beberapa buah buku untuk simpanan, yang saya sendiri tidak tahu bila masanya saya mampu membacanya. Ini adalah kerana saya terpanggil oleh salah seorang sahabat saya sewaktu kami sedang bermesyuarat, beliau mengatakan kita perlu menambahkan ilmu pengetahuan.
Di sini saya ingin berkongsi sebuah buku yang sempat saya baca sementara berada di dalam kereta menuju ke Ipoh. Tajuk buku ini adalah ‘Seorang ibu bukan sebarangan ibu” karangan Muhammad Hassan. Buku ini mengisahkan tentang salah seorang guru kepada Imam Malik yang bernama Rabi’ah Al_Rayi bagaimana kehidupan nya bersama dengan kedua orang tuanya yang bernama Furuq dan ummu Rabi’ah.
Saya tidak bercadang untuk menceritakan secara detail tentang buku ini tetapi saya hanya akan mengambil beberapa mutiara kata yang boleh kita ambil iktibar di dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba di dunia yang fana ini.
1)sebuah nasyid yang didendangkan oleh Saidina Ali yang berbunyi:
Apalah yang hendak bibanggakan;
Kecualilah orang yang berpelajaran;
Hidup mereka berpedoman;
Sumbangan yang besar mereka korbankan;
Tingginya nilai manusia berilmu;
Ilmu diamal semakin bermutu;
Bahagialah kamu orang berilmu;
Harum semerbak riwayat hidupmu!
2) satu hadis yang mengatakan:
Tiga orang lelaki yang pasti Allah akan memberi perlindungan kepada mereka:1) Hamba yang muslim, yang berhasrat menebus dirinya. 2) Orang yang ingin berkahwin di atas hasrat untuk menghindarkan dirinya dari melakukan maksiat. 3) Orang yang berjihad di jalan Allah.
3) Doa yang dipanjatkan oleh ayah Rabi’ah sebelum berkahwin dengan isterinya:
“Wahai tuhanku! Andainya bakal isteriku ini boleh membantu untuk agama dan kehidupankuserta tercapai segala matlamatku, maka berilah kemudahan kepadaku, kemudian berilah keberkatanku disampingnya. Dan andainya bakal isteriku ini boleh mendatangkan akibat buruk terhadap agama, kehidupanku dan matlamat perjuanganku, maka jauhkanlah aku darinay. Dan jodohkanlah aku aku dengan wanita yang baik di mana-mana sahaja, kemudian berilah keredaanMu kepadaku di sampingnya.”
P/s Kalau tidak silap,ini adalah doa untuk solat istikharah.
4) Syair yang berkaitan dengan perdebatan di antara Al-Fadayl bin ‘Iyad dan Abdullah bi Al-Mubarak tentang mana yang lebih naik antara ibadat atau berjihad di jalan Allah
Wahai insan yang mengabdikan diri!
Andai kamu lihat perjuangan kami;
Amal ibadatmu bolehlah dibandingi;
Bagaikan anak-anak yang masih ditatangi;
Linangan airmata dipipi;
Masakan sama dengan darah membasahi bumi;
Atau kuda untuk permainan sendiri;
Masakan sama kuda pejuang pertiwi?
Demi menyahut seruan nabi;
Seruan benar, tidak mungkin didustai;
Dan debu-debu yang memasuki hidung kami;
Samakh dengan semaraknya api di Neraka nanti?!
Semoga apa yang dititipkan di sini boleh di ambil pengajaran oleh kita bersama .wallahualam

Post by Zack

Tuesday, January 13, 2009

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bermulanya semester baru untuk semester 2 sesi 2008/2009 pada 5 Januari 2009 iaitu pada hari Isnin lalu. Beberapa rungutan yang diutarakan daripada beberapa pelajar berkenaan dengan beberapa isu, iaitu berkenaan dengan isu pengangkutan iaitu perkhidmatan bas yang menjadi nadi utama para pelajar untuk berulang alik daripada kolej kediaman ke kampus. Rungutan yang kami terima khususnya kepada Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan bagi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 berkisar tentang pelajar yang ramai ingin ke kuliah serta bilangan bas yang tidak mencukupi juga keadaan yang bersesak-sesak dan bertolak-tolak diantara satu sama lain.

RESPON & LANGKAH YANG DIAMBIL
1) Sebaik menerima aduan tersebut exco kebajikan terus mengambil beberapa tindakan bagi menangani permasalahan ini.
2) Pada sekitar pukul 12 tengahari kami telah bertemu dengan pegawai Hep yang bertanggunjawab ke atas perkhidmatan bas, dan respon yang kami perolehi :
• Bas yang disediakan di kolej Proton City adalah sebanyak 9 buah bas, yang akan berkhidmat secara berterusan untuk perjalanan ke kampus. Yang selebihnya adalah untuk perkhidmatan ke Taman Bernam , Pekan dan juga KUO dan Khar.
• Pihak pengurusan juga tidak mengetahui akan perkara ini kerana jadual pergerakan bas yang di buat juga dipertimbangkan dan di padankan dengan jadual kuliah daripada pihak akademik
• Setelah itu, kami juga mengisi borang aduan perkhidmatan bas untuk tujuan meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan bas.
• Selain itu, pihak kami juga memberikan cadangan agar dibina sebuah pondok bas di Taman Bernam bagi laluan di sebelah menghala ke Kolej-kolej KAB dan KZ bagi memastikan keselamatan para pelajar yang menunggu bas untuk terus ke kolej tanpa perlu ke Kampus. Dan berdasarkan respon daripada pihak penolong pendaftar yang kami temui, mereka menyatakan bahawa perkara ini telah lama dirujuk ke pihak Majlis Daerah Tanjong Malim namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil.
• Pegawai yang ditemui akan meneliti permasalahan ini dan akan mengambil langkah-langkah wajar bagi mengatasi isu kekurangan bas ini.
3) Kemudian pada sekitar pukul 8 Malam kami mengambil langkah memantau sendiri keadaan perjalanan bas di Foyer KAB, dan tidak kelihatan masalah yang berulang, dan berkesempatan menemubual beberapa orang pemandu bas yang berada di kawasan itu. Dan Respon yang kami terima berdasarkan aduan pelajar;
• Bas bersedia untuk mengangkut pelajar tersedia seperti jumlah yang ditetapkan.
• Masalah timbul mungkin disebabkan kelewatan pelajar yang turun untuk ke kelas sekaligus pada waktu yang sama menyebabkan pelajar bersesak-sesak dan menyebabkan jumlah bas dikatakan tidak cukup untuk menampung kesemuanya terutamanya pada waktu-waktu genting iaitu sekitar kuliah 8 pagi dan 8 Malam.
• Pemandu juga membuat rungutan bahawa bas yang telah disediakan seawal pagi untuk mengangkut pelajar kadangkala hanya dapat bergerak agak lambat kerana pelajar lewat turun dan ini adalah faktor berlakunya kesesakan tersebut.

4) Pada Jumaat , 9 Januari aduan diterima oleh exco kebajikan berkenaan dengan masalah kekurangan bas di kolej KAB, aduan diterima daripada JMK yang berada di sana pada waktu tersebut. Berdasarkan laporan yang diberikan hanya ada lebih kurang 3 buah bas pada awal pagi tersebut menyebabkan pelajar beratur panjang sehingga ke Surau Al-Falah pada waktu tersebut, tindakan pantas exco kebajikan MPP yang berada di tempat tersebut , segera menghubungi pegawai HEP iaitu En Zul, dan tidak lama selepas itu datang 4 buah bas untuk menampung kekurangan bas, dan Alhamdulillah masalah tersebut dapat diatasi.
Cadangan :
  • Bagi memudahkan perjalanan ke kampus, pelajar dinasihatkan turun lebih awal untuk mendapatkan bas ke kampus bagi mengelakkan kesesakan sekaligus mengatasi masalah kelewatan tiba ketika kuliah.

laporan:
Exco Kebajikan & kemasyarakatan MPP 08/09

" Cakna kebajikan Mahasiswa"

prosedur permohonan zakat





* kepada pelajar Upsi Yang ingin memohon bantuan Zakat ini boleh lah berbuat demikian sebelum 30 Januari ini dengan cara melakukan pengisian borang secara online di dalam portal pelajar.

  • Exco Kebajikan & Kemasyarakatan MPP 08/09

Sunday, January 4, 2009

Perutusan Khas Akademik



Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH. Salam revolusi dan perpaduan untuk semua. Dengan Izin Allah juga, dapat lagi kita menempuhi satu lagi cabaran yang kecil dalam kehidupan kita ini. Cabaran dan ujian ini yang menguji sejauh manakah kita telah berusaha seterusnya bertawakal dalam mencari ilmu pengetahuan untuk kegunaan. Pertamanya kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua warga UPSI bagi sesi ambilan Disember. Bagi warga kampus UPSI, sememangnya semester ini menuntut kita melakukan persedian yang sebaiknya bagi memperoleh kejayaan cemerlang.


Menelusuri kehidupan sebagai mahasiswa/i anak kandung suluh budiman, kami ingin menyeru kepada diri kami sendiri termasuk warga UPSI, bahawasanya kita bakal berdepan dengan jadual yang saban hari semakin padat. Oleh yang demikian, persedian awal kita seharusnya mengambil kira daripada segenap sudut dalam merencana pengurusan masa yang efektif.

Allah swt berfirman dalam surah al-Asr, ertinya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Untuk akhirnya, suka kami kongsikan di sini, bahawa “ Success is a journey not a destiny”. Marilah kita sama-sama mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Selamat menempuh semester ini dengan cemerlang. Lakukan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.


“Bersama menuju kecemerlangan dunia dan akhirat”
TRANSFORM WITH KNOWLEDGE



Arif bin Mohammad
(http://cikguarif.blogspot.com)
Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff
(http://guruohguru.wordpess.com)

Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008/2009 

Perutusan LPS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk terus mengirup udara di alam ciptaan Allah ini.

Sempena Tahun baru Hijrah 1430 H dan tahun baru 2009 ini kami Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua selamat menghadapi semester baru (semester 2 o8/09). Semoga azam yang baru ini membakar semangat kita untuk berkobar-kobar menuntut ilmu di bumi UPSI ini.

Tidak lupa juga Tahniah diucapkan kepada mahasiswa ambilan Disember 2008/2009. Selamat datang ke UPSI kami ucapkan.Moga jiwa pendidik itu dapat dipasakkan dalam hati kita semua sepanjang berada di UPSI ini.

Dikesemapatan ini juga kami ingin menyeru pada semua warga UPSI khusunya dan umat Islam seluruh dunia untuk mendoakan saudara kita di Palestin. Moga mereka disana dilindungi daripada kekejaman Israel yang rakus tanpa ada belas kasihan.Sama kita membantah atas kekejaman ini. Selanjutnya sila lawati blog : http://ibnumadzir.blogspot.com

Akhir kalam, sama-sama kita menjaga akhlak dan peribadi kita sebagai bakal pendidik. Kita adalah murabbi. Bukan sahaja menyampaikan Ilmu malah mendidik anak bangsa kita untuk memperkasakan negara,menerajui perubahan.

Daripada:

Akmal Bin Madzir
Norhafizawati Binti Mahmad Rozali
Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah
MPP 08/09
UPSI

Thursday, January 1, 2009

Bantah kezaliman Israel

Assalamu'alaikum wbt

Semakin hari angka kematian semakin meningkat dengan jumlah kecedaraan juga menunjukkan perkadaran yang sama meningkat.

Kepada mahasiswa/i UPSI, ayuh, kita sama-sama melakukan solat hajat (dengan rakaat kedua dibaca qunut nazilah), solat ghaib dan membaca al-quran berjemaah (surah Al-mulk @ At-Taubah @ Al-Anfal) dengan kita niatkan khas memohon kemenangan bagi mujahidin, kesabaran pada umat Islam dan kehancuran Israel serta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama-sama mereka. Marilah sama-sama kita doakan mereka.