Saturday, November 15, 2008

Tinta Exco kebajikan & kemasyarakatan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua warga ibu kandung suluh budiman...


Alhamdulillah, langkah pertama sudah dibuka, dan exco kebajikan dan kemasyarakatan yang dipegang oleh saudara Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor dan saudari Adriyani Binti Yamin membuka lembaran maya dengan sedikit sebnyak view berkenaan dengan kemudahan kebajikan yang disediakan oleh pihak Universiti kepada semua pelajar . Justeru, kepada semua siswa dan siswi diharapkan dapat mengambil perhatian akan perkara-perkara ini kelak dan diharap dapat berhubung dan bekerjasama dengan exco ini seandainya sesuatu kes yang melibatkan kebajikan dan permasalahan pelajar perlu untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya. Apa yang penting dan yang kami matlamatkan ialah satu undi daripada anda semua akan kami tebus dengan usaha untuk membela dan memastikan hak anda terjaga dengan sebaiknya. Tiada apa yang penting bagi kami melainkan kesenangan dan hak anda semua.
Pelbagai kemudahan kebajikan disediakan oleh pihak Universiti bagi memastikan Universiti ini menjadi pusat pengeluaran Produk pendidik yang berkualiti dan berketrampilan dalam pelbagai aspek dan kemahiran. Ianya bertujuan memastikan proses menuntut ilmu oleh semua pelajar berjalan dengan baik dan kondusif. Kemudahan-kemudahan yang ada perlulah digunakan dengan sebaiknya oleh semua pelajar yang berkenaan dengan mengikuti prosedur-prosedur yang telah digariskan. Kerjasama daripada semua pelajar dengan memberikan maklumat-maklumat yang tepat dan benar amatlah di harapkan bagi memastikan segala proses berjalan dengan telus dan mudah.

Sekian , Wassalam...
“Kebajikan anda, matlamat kami”

Tabung Kebajikan Pelajar TKP


Merupakan satu dana yang diuruskan bertujuan member bantuan dalam aspek pinjaman , sumbangan serta derma meliputi tempoh semasa pengajian ataupun tempoh semasa cuti dengan syarat bayaran yuran telahpun dijelaskan pada sesi berkenaan. Sumbangan yang diberi adalah seperti berikut:
1. Waris pelajar akan diberi pendahuluan sebanyak RM500.00 bagi urusan kematian pelajar

2. Universiti akan menguruskan pengurusan jenazah sekiranya pelajar menibggal di luar kawasan kediaman tetapnya. Pengurusan meliputi :
i Urusan jenazah( kapan jenazah, mandi jenazah dan sebagainya) bagi pelajar islam
ii Keranda ( Bayaran maksima RM 250.00) bagi pelajar bukan islam.
iii Penghantaran jenazah balik ke kampungnya termasuk perkhidmatan kargo bagi pelajar yang berasal dari Malaysia Timur
iv Tambang kapal terbang untuk waris pelajar yang tempat tinggal tetapnya di Malaysia Timur
( bergantung kepada keadaan keluarga dan terhad kepada 2 orang sahaja serta mendapat kelulusan TNC( HEP & Alumni)

3. Dalam kes pelajar kematian ibu atau bapa, suami atau isteri, dan anak-anak, sumbangan adalah:
i RM 300.00 bagi kematian ibu atau bapa. Sekiranya ibu dan bapa mati serentak, pelajar akan diberi kan sumbangan sebnyak RM600.00 dan kadar tambang yang diberi.(“)
ii Sumbangan sebnyak RM300.00 jika berlaku kematian suami atau isteri dan kadar tambang yang diberi.(“)
iii Sumbangan sebanyak RM 200.00 jika berlaku kematian bagi setiap orang anak ( 5 orang anak sepanjang tempoh pengajian
iv Sumbangan sebnyak RM 50.00 jika berlaku kematian bagi ahli keluarga iaitu abang/ kakak/adik( 2 kali sahaja sepanjang tempoh pengajian).
v Dalam keadaan pelajar perlu balik segera untuk melihat jenazah , pelajar akan diberikan tambang kapal terbang kelas ekonomi sehala untuk balik ke kampung dan tambang bas ekspress apabila balik semula ke kampus( kes pelajar semenanjung Malaysia)
vi Dalam keadaan pelajar perlu balik segera untuk melihat jenazah( bagi kes pelajar Malaysia Timur), pelajar akan diberikan tambang kapal terbang kelas ekonomi pergi dan balik dan pelajar perlu mengemukakan tiket dan ‘boarding pass’ ke pejabat HEP & alumni apabila kembali semula ke kampus.
vii Pelajar yang telah mendahulukan wang mereka bagi urusan perjalanan balik semasa kematian ibu/bapa/suami/isteri/anak boleh membuat tuntutan semula ke pejabat HEP & Alumni dengan mengemukakan salinan dokumen kematian berkaitan dan tiket-tiket asal.

Tanggungjawab pelajar/waris pelajar
Pelajar yang ditimpa kemalangan/kematian/bencana akan bertanggungjawab membuat laporan ke pejabat Unit Kewangan & Kebajikan Pelajar, JHEPA pada kadar yang segera atau melalui waris pelajar supaya tuntutan di bawah pendahuluan ini dapat diuruskan segera.
1. Skop perlindungan serta jumlah pampasan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (pelajar) ini adalah seperti yang berikut :
i. Kematian Biasa - RM 5, 000.00
ii. Kematian Kemalangan - RM 10, 000.00
iii. Keilatan kekal akibat kemalangan - RM 10, 000.00
(seluruh badan )
iv. Perbelanjaan Perubatan - RM 1, 000.00
( maksimum )
v. Manfaat Wad Hospital - RM 25.00/HARI
( maksimum 25 hari )
vi. Perbelanjaan Pengkebumian - RM 500.00
2. Hanya kes-kes yang dinyatakan di atas sahaja dilindungi pihak Takaful Malaysia. Selain daripada kes-kes itu, pelajar perlu menghubungi Unit Kewaangan dan Kebajikan Pelajar, JHEPA untuk dapatkan maklumat lanjut.
3. Borang yang telah dilengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dikembalikan ke Unit Kewangan & Kebajikan Pelajar, JHEPA dalam kadar yang segera.

P/s: Sebarang komen berkenaan dengan info boleh lah diusulkan di dalam ruangan komen, dan memohon kerjasama untuk menggunakan nama sebenar bagi tujuan perbincangan yang lebih formal.

Thursday, November 13, 2008

surat pengesahan tamat belajar dan transkrip

Bismillahirrahmanirrahim.

Biro akademik menerima laporan seterusnya daripada pelajar. Di sini saya lampirkan soalan beserta jawapan yang dikemukan kepada kami.

Daripada : Amir Imran Bin Muhamad
assalammualaikum dan salam sejahtera..

pertama sekali tahniah kepada barisan kepimpinan baru MPP UPSI. semoga anda akan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh rakan2 anda. saya cuma ingin meminta pihak MPP khususnya Exco akademik untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan untuk bertanyakan tentang perkara yang telah dinyatakan di atas iaitu tentang surat pengesahan tamat belajar dan transkrip.antara soalannya ialah: 1. berapa lamakah masa yang perlu diambil oleh pihak akademik untuk mengeluarkan surat berkenaan dan juga transkrip untuk kami (pelajar yang dah tamat belajar). ini kerana seperti yang kita sedia maklum surat pengesahan berkenaan penting bagi kami untuk mengesahkan bahawa kami telah pun tamat belajar di UPSI). selain dari itu transkrip juga amat berguna memandangkan kami belum dianugerahkan ijazah lagi. Ini kerana ada diantara kami yang ingin memohon kerja menggunakan ijazah berkenaan. 2. adakah prosedur2 ataupun borang2 yang perlu kami isi@patuhi untuk memohon kedua2 perkara tersebut. Kami memohon agar pihak UPSI agar dapat mempercepatkan pengeluaran surat dan juga transkrip berkenaan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.Sekian terima kasih


Respon daripada bahagian akademik :

Merujuk kepada soalan pertama:
Bahagian Akademik akan mengeluarkan SURAT TAMAT PENGAJIAN kepada pelajar yang telah melengkapkan pengajian di UPSI selepas keputusan peperiksaan diperakukan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Universiti diluluskan oleh Mesyuarat Senat Universiti. Berkenaan Transkrip Akademik,Bahagian Akademik hanya akan menyerahkan Transkrip Akademik kepada bakal graduan selepas Istiadat Konvokesyen.

Merujuk kepada soalan kedua: Pelajar semester akhir tidak perlu memohon SURAT TAMAT PENGAJIAN yang dikeluarkan oleh Bahagian Akademik kerana selepas Mesyuarat Senat Universiti bersidang, surat tersebut akan dihantar bersama slip keputusan peperiksaan akhir kepada pelajar mengikut alamat seperti diportal masing-masing. Sekiranya saudara/i memerlukan surat tamat pengajian sebelum Mesyuarat Senat Universiti bersidang, saudara/i bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Unit Pengijazahan, Bahagian Akademik UPSI.

Dari pena,
Exco Akademik & Kerjaya MPP 08/09

Isu kehilangan di musim peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam meneruskan minggu kedua peperiksaan akhir semester, saya telah menerima beberapa kes yang melibatkan kehilangan kad matrik dan slip peperiksaan. Ada nada panik dan resah pelajar yang terlibat apabila mereka melaporkan kepada saya. Penyelesaian harus diambil segera dan saya telah merujuk perkara ini kepada beberapa individu penting. Berikut beberapa langkah penyelesaian yang disyorkan dalam memastikan anda semua boleh memasuki dewan peperiksaan, menduduki peperiksaan dengan tenang biarpun kehilangan slip peperiksaan serta kad matrik.

1) Kehilangan kad matrik
Mahasiswa/wi yang kehilangan kad matrik boleh menggantikannya dengan membawa kad pengenalan asal apabila masuk ke dewan peperiksaan. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas. Mahasiswa/wi diminta untuk merujuk ke bahagian keselamatan untuk melaporkan kehilangan kad matrik dan mendapatkan semula kad matrik anda andainya dijumpai oleh individu lain di kawasan kampus. Untuk membuat semula kad matrik yang hilang, anda disarankan untuk ke kaunter bahagian akademik bagi menguruskan penghasilan kad matrik yang baru.

2) Kehilangan slip peperiksaan
Bagi mahasiswa/wi yang kehilangan slip peperiksaan anda boleh mendapatkannya semula di kaunter bahagian akademik. Maklumkan kepada pengawas yang bertugas apabila memasuki dewan peperiksaan. Andai kata anda tidak sempat untuk berbuat demikian, saya syorkan kepada individu yang terbabit supaya mencari rakan sekuliah yang hampir no matriknya serta menduduki peperiksaan yang sama bagi mengingat semula kedudukan di dalam dewan peperiksaan.

Kehilangan itu meresahkan, namun langkah segera harus diambil. InsyaALLAH, semoga mahasiswa/wi terus bersemangat untukmenghabiskan peperiksaan. Semoga kejayaan itu milik kita!

Dari pena,

Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09

ROMBONGAN ZIARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...

Segala pujian kesyukuran kami panjatkan kerana dengan izinNYA maka lahirkan kelahiran baru ini.


Pada tanggal 9 November 2008, pada jam 11 pagi, kami seramai lapan orang telah mewakili MPP menziarahi Pengetua Kolej Ungku Omar, En Muzafar Shah dan isteri di kediaman mereka di Taman Segar. Tujuan rombongan kami ini ialah untuk menziarahi beliau dan isterinya yang akan menjadi tetamu Allah. Kunjungan kami juga bersempena dengan Majlis kesyukuran dan bacaan Yassin yang diadakan sebelum En. Muzafar berangkat ke kota Makkah.

Doa kami panjatkan kepada En. Muzafar dan isteri. Semega belaiu dan isteri yang tercinta sentiasa berada dalam jagaan Allah sepanjang mereka di sana.
p/s: moga En. Muzafar dan isteri mendapat haji mabrur. Beliau telah berangkat pada 12 November 2008

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera

Pertama dan selamanya kami memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH atas segala nikmat dan rahmat-NYA. Blog ini dibangunkan khas untuk mahasiswa University Pendidkan Sultan Idris(upsi) dalam memberi padangan, langkah-langkah, masalah-malasah yang dihadapi serta teguran yang membina semoga kami dapat mempertingkatkan kepimpinan kami.blog ini terbuka untuk semua warga upsi tak kira bangsa, agama, budaya serta program yang diambil. segala pandangan,teguran dan kerjasama pihak anda semua kami ucapkan berbanyak terima kasih dan moga-moga kita semu dapat berolehi kemanfaatan

Dari: Admistrator

MPP 08/09