Thursday, November 13, 2008

surat pengesahan tamat belajar dan transkrip

Bismillahirrahmanirrahim.

Biro akademik menerima laporan seterusnya daripada pelajar. Di sini saya lampirkan soalan beserta jawapan yang dikemukan kepada kami.

Daripada : Amir Imran Bin Muhamad
assalammualaikum dan salam sejahtera..

pertama sekali tahniah kepada barisan kepimpinan baru MPP UPSI. semoga anda akan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh rakan2 anda. saya cuma ingin meminta pihak MPP khususnya Exco akademik untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan untuk bertanyakan tentang perkara yang telah dinyatakan di atas iaitu tentang surat pengesahan tamat belajar dan transkrip.antara soalannya ialah: 1. berapa lamakah masa yang perlu diambil oleh pihak akademik untuk mengeluarkan surat berkenaan dan juga transkrip untuk kami (pelajar yang dah tamat belajar). ini kerana seperti yang kita sedia maklum surat pengesahan berkenaan penting bagi kami untuk mengesahkan bahawa kami telah pun tamat belajar di UPSI). selain dari itu transkrip juga amat berguna memandangkan kami belum dianugerahkan ijazah lagi. Ini kerana ada diantara kami yang ingin memohon kerja menggunakan ijazah berkenaan. 2. adakah prosedur2 ataupun borang2 yang perlu kami isi@patuhi untuk memohon kedua2 perkara tersebut. Kami memohon agar pihak UPSI agar dapat mempercepatkan pengeluaran surat dan juga transkrip berkenaan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.Sekian terima kasih


Respon daripada bahagian akademik :

Merujuk kepada soalan pertama:
Bahagian Akademik akan mengeluarkan SURAT TAMAT PENGAJIAN kepada pelajar yang telah melengkapkan pengajian di UPSI selepas keputusan peperiksaan diperakukan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Universiti diluluskan oleh Mesyuarat Senat Universiti. Berkenaan Transkrip Akademik,Bahagian Akademik hanya akan menyerahkan Transkrip Akademik kepada bakal graduan selepas Istiadat Konvokesyen.

Merujuk kepada soalan kedua: Pelajar semester akhir tidak perlu memohon SURAT TAMAT PENGAJIAN yang dikeluarkan oleh Bahagian Akademik kerana selepas Mesyuarat Senat Universiti bersidang, surat tersebut akan dihantar bersama slip keputusan peperiksaan akhir kepada pelajar mengikut alamat seperti diportal masing-masing. Sekiranya saudara/i memerlukan surat tamat pengajian sebelum Mesyuarat Senat Universiti bersidang, saudara/i bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Unit Pengijazahan, Bahagian Akademik UPSI.

Dari pena,
Exco Akademik & Kerjaya MPP 08/09

No comments: