Saturday, December 6, 2008

Perutusan Khas Sempena Hari Raya Aidiladha




Daripada Biro Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Mahasiswa UPSI







Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah, salam revolusi. Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal kunjung tiba, iaitu pada 8 Disember 2008, Biro Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha dan persaudaraan kepada seluruh warga UPSI khususnya dan para pembaca blog amnya.

Dalam merencanakan kehidupan selaku mahasiswa/i anak kandung suluh budiman, kami ingin mengajak seluruh umat Islam yang tidak berpeluang menunaikan haji untuk merenungi akan kisah pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim di dalam menunaikan perintah ALLAH s.w.t dan kesabaran baginda.

Jika Aidilfitri kita berperang untuk mengikat tali perut dan melawan pelbagai nafsu, Aidiladha mengajarkan kita cara untuk membuktikan kesungguhan perjuangan dan keikhlasan kita pada Allah.

Justeru itu, kita selaku mahasiswa/i disyorkan untuk sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Apatah lagi kita selaku bakal pendidik kelak. Apa yang berlaku pada hari semalam, hari ini dan hari akan datang pastinya satu cabaran getir untuk semua.

Bersama kita leraikan sikap mementngkan diri dan kita kembalikan sikap prihatin dalam diri untuk turun bersama koloni masyarakat lainnya dalam memerangi parasit sosial yang kian menghambat jendela kehidupan kita.

Semoga perayaan Aidiladha ini akan menjadi pencetus kesedaran kita untuk berubah menjadi lebih baik dan maju lagi, kerana tiap umat Islam itu adalah hamba Allah yang terbaik dari kalangan hamba-hambaNYA yang lain. Akhir kalam, kami memohon maaf zahir batin sepanjang kami ditaklifkan untuk memegang Exco Akademik & Kerjaya bagi sesi 2008/2009.

“Bersama menuju kecemerlangan dunia dan akhirat”

Daripada,

Arif bin Mohammad
Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008/2009

p/s : Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah-7 Dis 2008) itu menghapuskan dosa 2 tahun, satu tahun yang telah lalu & satu tahun yang akan datang. hadis riwayat muslim.

No comments: