Saturday, December 13, 2008

Persidangan UPSI-UPI bincang isu pendidikan merentasi global


PELBAGAI isu pendidikan merentasi global termasuk usaha melahirkan golongan pendidik bitara yang mampu memartabatkan kecemerlangan pendidikan dikupas dalam Persidangan Pendidikan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)-Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), baru-baru ini.Persidangan anjuran Pusat Perhubungan Antarabangsa (PPA) UPSI bertema Achieving Excellence And Quality In Teacher Education itu membuktikan kerjasama kukuh antara UPSI dengan UPI hasil pemeteraian memorandum persefahaman lima tahun lalu.Majlis perasmian persidangan disempurnakan Pro-canselor UPSI, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah. Hadir sama Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Zakaria Kasa dan Pengarah PPA, Prof Dr Othman Lebar.Terdahulu dalam ucapannya, Zakaria, berkata penganjuran persidangan itu membolehkan satu resolusi pendidikan dicapai kedua-dua universiti bagi merencana usaha penambahbaikan bidang berkenaan antara Malaysia dan Indonesia.Katanya, kedua belah pihak merancang meluaskan kerjasama menerusi program pertukaran pelajar atau tenaga akademik bermatlamat meningkatkan prestasi akademik, penulisan dan penerbitan.Pada persidangan itu, lima ucaptama dibentangkan antaranya, Pendidikan Guru berasaskan Bukti oleh Zakaria, Pendidikan Guru di Indonesia d bawah Naungan Ulu (Rektor UPI, Prof Dr Sunaryo Kartadinata) dan Creating Good Citizens for 21 Century: An Evidence-Based Approach (Prof Kerry Kennedy dari Hong Kong).Selain itu, persidangan yang disertai kira-kira 250 peserta kalangan guru, pelajar dan pensyarah daripada kedua-dua universiti turut menyaksikan 110 kertas kerja turut dibentangkan.
sumber: berita harian

No comments: