Thursday, July 1, 2010

Hebat, Guru Besar boleh tidur di sekolah



"Sedih pun ada, terharu pun ada, gembira pun ada, apabila membaca cerita ada seorang Guru Besar di Negeri Sembilan tidur di sekolah. Sedih sebab jarang kita dengar seorang guru apatah lagi seorang guru besar yang begitu komited hinggakan sanggup menjadikan sebuah setor di sekolahnya seluas 12 kaki kali 12 kali sebagai bilik tidurnya.




Cikgu Liu Shuang Zhen dari SRJK (C) Kampung Baru Tanah Merah, Port Dickson tinggal di Bahau , 105 km dari sekolah. Jadi beliau lebih rela tidur di sekolah tiga hari seminggu. Bukan dia tidak mampu untuk menyewa rumah atau menyewa bilik, tetapi Cikgu Liu suka dengan keadaan demikian, di mana beliau boleh memberi tumpuan yang lebih di sekolah dan ibu bapa lebih mudah untuk berjumpa beliau di luar waktu sekolah.


Sedihkan, tak ramai orang yang sanggup berkorban macam Cikgu Liu ini. Berkorban dengan rela hati, tanpa rasa hendak menyalahkan sesiapa, tetapi suka akan apa yang dilakukannya, demi kejayaan anak bangsa.


Semoga ramai daripada kita, bukan sahaja dari kalangan guru bahkan dari kalangan menteri, wakil rakyat, pegawai daerah, doktor, askar, polis, pekerja kilang dan lain-lain dapat mencontohi sikap Cikgu Liu ini.


Laporan penuh dan gambar tempat tidur Cikgu Liu di laman web akhbar Sin Chew di

http://www.mysinchew.com/node/40722

No comments: