Wednesday, April 7, 2010

Lama tak menulis di lembaran ini hmm rindunya. Perjalanan musafir kali ini bermula dengan menuju ke Kuantan bertemu dengan sahabat-sahabat yang telah lama tidak berjumpa.Pergh terubat rasanya kerinduan selama ini bila dapat bertemu teman-teman sekalian.Di Kuantan pelbagai pengalaman yang diperolehi dari sekecik-kecik hingga sebesar-besarnya iaitu dapat menunggang kuda haha.rasulullah saw bersabda ajarlah anak kamu menunggang kuda,memanah dan berenang.

Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke Tanjong Malim dimana disinilah tempat aku berasa seperti dilahirkan apabila mula mengenal Islam dengan lebih dekat. Walaupun telah beragama Islam lebih 20tahun yang lalu namun keindahan Islam itu hanya aku perolehi apabila aku masuk ku UPSI.Tujuan sebenar aku ke Tanjong Malim pada kali ini adalah untuk menghadiri konvokesyenku setelah konvokesyen sewaktu diploma dulu aku tidak mengambilnya.

Walaupun keluargaku tidak datang untuk konvokesyen ini namun aku tetap bersyukur kerana mempunyai sahabat yang telah aku anggap seperti keluargaku maka cukuplah mereka yang datang meraikan aku.Pada malamnya aku bergegas menuju ke Kelantan bagi menghadiri walimah ustazku.Sesampainya disana sahabatku telah sedia menunggu datang menjemput dan terus bergegas menuju ke masjid bagi melihat upacara akad nikah ustazku ini.Kepada mereka aku ucapkan 'semoga antum dihimpunkan dalam kebajikan'.

Setelah beberapa hari disana dengan pelbagai aktiviti yang memberangsangkan kami terus bergerak kembali ke Tanjong Malim tapi kali ini menaiki kereta yang disewa teman-temanku.Perjalanan kali ini dari Kelantan melalui Trengganu Pahang sebelum sampai ke Tanjong Malim. Banyak la rumah yang dapat aku ziarah dalam perjalanan ini cuma saje aku tidak mahu mengdetailkan perjalananku.Biarlah segalanya menjadi 'kenangan terhalal'aku(pinjam kata ustaz hasrizal).

Sekarang aku telah berada di Terengganu kembali setelah banayk yang aku tempuhi dalam pengembaraan ini dan perjalanan ini tidak berhenti disini.Sekarang dalam perancangan mahu ke Kuantan kembali cuma belum tahu sejauh mana selarinya perancangan aku dengan perancangan Allah. Semoga itu yang tebaik untuk aku. Pada semua doakan aku memperoleh rahamt dari Allah dalam mengharungi sisa kehidupan di dunia ini.

No comments: