Saturday, April 10, 2010

BAHAN BACAAN

AMAL ISLAMI HASSAN AL BANNA.

1)JEMAAH SENTIASA BERUSAHA MENYATUKAN UMAT ISLAM MENURUT KEFAHAMAN JEMAAH TERHADAP ISLAM.

2)SELAGI ORANG BUKAN ISLAM TIDAK MELAKUKAN KEKACAUAN,JEMAAH HENDAKLAH MEMBERIKAN KEBAIKAN DAN KEAMANAN TERHADAP MEREKA.JEMAAH BERPENDIRIAN INI SLAAH SATU DAKWAH KITA TERHADAP MEREKA.

3)JEMAAH BOLEH MERAHSIAKAN PENGGABUNGAN PERIBADI-PERIBADI TERETNTU KE DALAM JEMAAH MENGIKUT KEPUTUSAN OLEH QIADAH.

MUSLIMAT PENCORAK MASYARAKAT.

Anak Dalam Pembentukan Keluarga.

Al Quran menerangkan tempoh susuan bagi seseorang anak adalah 2 tahun sekiranya ibu berhasrat memberhentikan sebelum tempoh itu maka perbincangan hareuslah dibuat dengan suami bagi melihat baik buruk makanan gantian yang harus diberikan pada anak tadi.

Setelah anak berumur melebihi 2tahun,mereka telah masuk ke alam kanak-kanak. Pendidikan mereka pada waktu ini lebih kepada meniru ibu bapa mereka. Oleh itu ibubapa haruslah membiasakan diri dalam berkata-kata menggunakan kalimah-kalimah yang baik-baik.

Selain itu diperingkat ini kanak-kanak harus digalakkan menghafal dan membaca contohnya memulakan makan dengan bismillah dan mengakhiri dengan alhamdulillah. Kanak-kanak juga di ajar menghafal al fatihah keran mereka akan mula meniru gaya ibu bapa mereka sembahyang.

No comments: