Thursday, March 11, 2010

Shabry: Umat Islam wajib bela tempat suci Islam



Jerusalem (Al-Quds) 9/3/10: Mantan Ketua Badan Fatwa Islam dan Mufti al-Quds dan Palestin, Syeikh Dr Ikrimah Shabry menegaskan bahawa ketika ini sudah wajib membela dan menolong tempat suci Islam, terutamanya masjid al-Aqsa dan haram hukumnya membiarkannya.

Dalam fatwa syariyah terbit Selasa (8 Mac) khusus dilaporkan Infopalestin Syeikh Shabry mengisyaratkan bahawa membela tempat suci adalah wajib hukumnya menurut syariat bagi setiap muslim sesuai dengan kemampuan dan apa yang dimiliki.

Sesuai dengan kedudukan dan tanggungjawab serta diharamkan membiarkannya atau berpaling daripada membela al-Aqsa, tempat suci atau berpaling daripada membela para jamaah yang menjaga di tanah Isra dan Mi'raj.

Berikut adalah teks fatwa tersebut:

Kewajipan Membela dan Haramnya Membiarkan

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على نبيِّنا محمد الأمي الأمين، وعلى آله الطاهرين المُبجَّلين الغُرِّ الميامين المحجلين ومن تبعهم وخطا دربهم واستنَّ سنتهم واقتفى أثرهم إلى يوم الدين، أما بعد

Kebelakangan ini eskalasi pencerobohan dan jenayah terhadap masjid al-Aqsa secara khusus dan tempat suci Islam lain secara umum sehingga bagi kaum muslimin, semuanya, para pemimpinnya dan rakyatnya wajib bekerja membela dan menolong tempat suci itu dan menjaganya daripada kaum penjajah.

Mereka wajib membebaskan tempat suci itu daripada bahaya yang mengancam. Membela dan menolong wajib hukumnya menurut syariat Islam. Hukum ini sesuai dengan kemampuan masing-masing, potensi yang dimiliki, sesuai dengan kedudukan dan tanggungjawab jawatannya, dan diharamkan membiarkannya atau berpaling daripada membela Al-Aqsa, tempat suci atau berpaling daripada membela para jamaah yang menjaga di tanah Isra dan Mi'raj.

Ada banyak hadis Nabi dalam hal ini. Saya sebutkan tiga sebagai contoh;

1. Rasulullah Muhammad saw bersabda, "Tidaklah seseorang membiarkan seorang muslim lain di tempat dimana kehormatannya dilanggar dan dihina, kecuali Allah akan membiarkan (orang yang membiarkan) itu di tempat dimana ia sedang memerlukan untuk ditolong." (HR. Abu Daud dalam "Sunannya" dan Thabrani dalam "Al-Austath" daripada Sahaba Ayyub RA.

2. Rasulullah Muhammad saw bersabda dalam hadis qudsi dari Allah SWT, "Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sungguh Aku akan membalas orang dizalimi, cepat atau lambat, sungguh Aku akan membalas orang yang melihat seseorang dizalimi dan ia mampu menolongnya, namun tidak ditolong," (HR. Thabrani di "Al-Kabir" dan di "Aushath" daripada Abdullah bin Abbas. Dalam riwayat lain, "... dan dia tidak melakukannya ..." daripada riwayat "... dan tidak menolongnya, ..." yang bermakna sama.

3. Rasulullah Muhammad saw, "Sesiapa yang melihat seorang beriman dihina di sisinya dan ia tidak menolongnya, sementara ia mampu menolongnya, maka Allah akan menghinakannya di hadapan para makhluk nanti di hari kiamat." (HR. Ahmad dan Thabrani dari Sahl bin Hanif RA.)

Berdasarkan dalil di atas, maka menolong dan membela adalah kewajipan syariat dengan cara apapun dan itu berpahala bersar. Sebagaimana membiar saudaranya yang dizalimi haram hukumnya mengikut syariat dan itu berdosa besar. Dan sesungguhnya Allah akan menghitung dan siapapun yang leka dalam kewajipan menolong masjid al-Aqsa.

Inilah fatwa saya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


21 Rabiul Awal 1430/ 8 Mac 2010

Syekh Ikrimah Shabry – Al-Quds (bn-bsyr)

No comments: