Thursday, March 11, 2010

Salam Muhammad Dasuqi khatib buta berusia 11 tahun



Kaherah Selasa, 9/3/2010: Jemaah berduyun-duyun menuju masjid al-Faraj di wilayah selatan bandar Kaherah untuk mendengar khutbah Jumaat dari seorang anak laki-laki buta berusia 11 tahun.

Anak laki-laki buta yang menjadi khatib pada solat Jumaat di masjid tersebut bernama Salam Muhammad Dasuqi.

Beliau dipercayai oleh pengurus masjid untuk menyampaikan khutbah Jumaat dari mimbar masjid kepada para jamaah yang memenuhi ruangan masjid - yang dengan antusias mendengarkan khutbah Jumaatnya.

Salam lahir dari sebuah keluarga yang terkenal relijius dan dekat dengan al-Quran. Ayah Salam telah melihat bakat anaknya untuk menjadi penceramah sejak anaknya berusia awal.

Ayah Salam Muhammad Dasuqi berkata: "Saya mendapati bahawa anak saya mempunyai bakat untuk bercakap di depan khalayak umum, ketika dia pernah meniru cara ahli dewan bercakap.

Sejak kecil kami sering mengajak Salam pergi ke masjid, dia sangat antusias dalam mendengarkan khutbah Jumaat, dan sekembalinya ke rumah ia akan meniru isi ceramah khatib dengan berdiri di atas kerusi dan berperanan seolah-olah dia adalah khatib jumaat. "

Bapanya mengatakan bahawa anaknya tersebut sejak kecil mempunyai kemampuan mengingat perkataan yang disampaikan oleh khatib Jumaat hingga 60 peratus daripada apa yang telah disampaikan oleh khatib di mimbar jumaat.

Ketika itu Salam Muhammad Dasuqi belajar di lembaga Tilawatil Quran di masjid al-Azhar, pengajar dilembaga tersebut mengatakan bahawa Salam telah belajar al-Quran disana sejak berusia 6 tahun.

Dalam khutbahnya Salam lebih banyak memilih topik ceramah yang sederhana.

Menurut Fawzi Mansur seorang guru, Salam memberikan khutbah jumaat sebanyak empat kali di masjid yang ada di bandar dan ia meyatakan bahawa Salam memiliki kepercayaan diri yang luar biasa di usianya yang masih belasan tahun.

Ayah Salam berkata anaknya itu tidak buta sejak lahir, namun kebutaannya itu disebabkan oleh penyakit, akan tetapi ia senang, walaupun anaknya buta namun Allah telah memberikan pampasan lain terhadap anaknya iaitu keupayaan untuk berceramah dan menghafal serta membaca al-Quran dengan baik.

Ayah Salam mengharapkan Salam suatu saat nanti akan menjadi seorang imam dan penceramah yang fasih, seperti imam daripada zaman tabiin dahulu. (FQ / arabol)

No comments: