Saturday, March 6, 2010

MAUIDZAH

Assalamua'laikum wbt bismillah wal hamdulillah.Sekadar perkongsian kuliah maghrib di kampung saya semalam masih lagi berkisar kepada maulidul nabi saw.Sebuah hadis mengatakan bahawa bapa saudara nabi iaitu Abu lahab akan dikurangkan azabnya setiap hari isnin kerana sewaktu kelahiran Rasulullah,beliau begitu genbira sehingga menyembelih 1000 ekor unta dan membebaskan hamba yang sangat beliau sukai.Oleh itu mari kita ambil iktibar ini sekiranya Abu Lahab yang mati dalam keadaan kafir dikurangkan azab disebabkan pernah sekali gembira dengan kelahiran Rasulullah apatah lagi kita umat Muhammad saw,mari kita rebut peluang ini dengan menyemai kasih cinta kita pada Rasulullah.Diantara tanda kita mendapat kasih rasulullah saw adalah setiap kali kita terelwat2tidak mampu melakukan sesuatu ibadat maka kita akan menyesal dan merasa rugi kerana musibah tersebut.wallahualam

No comments: