Sunday, February 28, 2010

Kes dera adik Syafia bukti keruntuhan moral masyarakat hari ini




Rasa sebak bercampur geram melihat adik Syafia Humairah Sahari,3 yang meninggal dunia kerana didera dengan begitu sadis sekali oleh teman lelaki ibunya.Syafia Humairah Sahari dimasukkan ke hospital selepas ditendang dan dipijak perutnya dengan menggunakan kasut bola teman lelaki ibunya di padang.

Seorang saksi mengatakan arwah Syafia Humairah Sahari sedang memeluk bola tersebut dan diminta oleh teman lelaki ibunya tu yang digelar “Abang Mat”. Selepas arwah Syafia Humairah Sahari tidak menghiraukan permintaan, pak we ibunya, Abang Mat Cilanat tu terus menyepak kanak-kanak yang tidak berdosa itu dan kemudian memijak perut arwah Syafia Humairah Sahari.

Polis juga mengesahkan Syafia telah didera lama sebelum ini kerana banyak kesan penderaan di seluruh badan dan kepala arwah.

gambar mangsa dera Syafia Humairah Sahari @ isu hangat
Inilah suspek yang menendang dan memijak adik Syafia dengan but bola.

Memang zalim betullah si driver teksi ni. Sepatutnya hukuman qisas (balas balik) dikenakan kepadanya baru dia rasa.

Kejadian sadis ini menunjukkan betapa kritikalnya keruntuhan masyarakat kita. Si ibu ni pula sanggup biar anak dia kena dera dengan teman lelakinya selama ni, sama macam kes pakwe Afrika dulu. Bayangkan bapa arwah Syafia di dalam penjara, si ibu bersekedudukan dengan pakwe dia tu sehingga melahirkan anak luar nikah dan yang peliknya pakwe ibunya ni boleh bercampur gaul dengan masyarakat seolah masyarakat sekelilingnya tahu kisah sekedudukannya dan dibiarkan tanpa melaporkan kepada pejabat agama.

Begitu juga dengan masyarakat sekeliling kita terutama yang tinggal di taman perumahan. Kita tak ambil kisah dengan jiran kita. Mana tahu jiran kita yang tinggal di rumah sewa bujang/anak dara bawa balik pakwe/makwe diaorang tidur sekatil pun tak ambil kisah.

Sesungguhnya dosa bersubahat tu sama dengan dosa si pelaku. Nauzubillah.Sportingnya orang kita di zaman ini…

Allah menyayangi adik Syafia. Semoga adik Syafia damai di sana mengakhiri kehidupannya yang penuh penderitaan selama ini.

No comments: