Sunday, January 4, 2009

Perutusan Khas Akademik



Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH. Salam revolusi dan perpaduan untuk semua. Dengan Izin Allah juga, dapat lagi kita menempuhi satu lagi cabaran yang kecil dalam kehidupan kita ini. Cabaran dan ujian ini yang menguji sejauh manakah kita telah berusaha seterusnya bertawakal dalam mencari ilmu pengetahuan untuk kegunaan. Pertamanya kami ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua warga UPSI bagi sesi ambilan Disember. Bagi warga kampus UPSI, sememangnya semester ini menuntut kita melakukan persedian yang sebaiknya bagi memperoleh kejayaan cemerlang.


Menelusuri kehidupan sebagai mahasiswa/i anak kandung suluh budiman, kami ingin menyeru kepada diri kami sendiri termasuk warga UPSI, bahawasanya kita bakal berdepan dengan jadual yang saban hari semakin padat. Oleh yang demikian, persedian awal kita seharusnya mengambil kira daripada segenap sudut dalam merencana pengurusan masa yang efektif.

Allah swt berfirman dalam surah al-Asr, ertinya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Untuk akhirnya, suka kami kongsikan di sini, bahawa “ Success is a journey not a destiny”. Marilah kita sama-sama mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Selamat menempuh semester ini dengan cemerlang. Lakukan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.


“Bersama menuju kecemerlangan dunia dan akhirat”
TRANSFORM WITH KNOWLEDGE



Arif bin Mohammad
(http://cikguarif.blogspot.com)
Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff
(http://guruohguru.wordpess.com)

Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008/2009 

No comments: