Thursday, January 28, 2010

KEPIMPINAN YANG AKAN DIPERSOALKAN



Tiba-tiba terpandang gambar ni dalam blog seorang sahabiah so copy paste la. Teringat kenangan menyertai ESQ sebagai latihan kepimpinan. Kami merupakan alumni mahasiswa angkatan ke4. Turut bersama dalam gambar tersebut sahabat merangkap adik,saudara dan sebagainya yang sangat saya sayangi iaitu Fadhiri yang telah kembali kerahmatullah pada 11 januari yang lalu.Al fatihah pada beliau semoga rohnya ditempatkaan bersama para kekasihNYa.

Menyebut tentang kepimpinan maka sekarang telah selesailah tugas memegang kepimpinan mahasiswa di bumi UPSI,pelbagai kenangan pahit maung dilalui di dalam menjalankan tugas. Seribu kemaafan dipohon dari segenap organisasi di UPSI kerana didalam melaksanakan amanah pasti ada yang terabai@terlepas pandang. Sebagai amanat terakhir saya hanya mampu berpesan kepada semua warga UPSI supaya kembali kepada agama tidak kira pada yang muslim atau bukan muslim. Kalau kita lihat sekarang ni pelbagai gejala sosial timbul disebabkan manusia semakin jauh dari agama dan disini sekali lagi saya menekan kembali lah beramal dengan agama.

Pada hari ini juga sedang berlangsung pemilihan majlis perwakilan mahasiswa yang baru. Saya juga di sini menyeru semua mahasiswa memilih calon yang betul-betul layak bagi memimpin anda semua. Masih belum terlewat untuk anda semua keluar mengundi kerana masih terdapat beberapa jam sebelum pengundian ditutup. Adalah menjadi kewajipan anda semua untuk turun mengundi kerana sekiranya pemimpin yang menang nanti melakukan maksiat contoh mudah konsert dan sebagainya maka setiap pengundi yang mengundi beliau turut mendapat saham sama dan pada yang tidak mengundi pun sama kerana tindakan anda yang tidak turun mengundi calon yang betul menyebabkan calon yang tidak berakhlak naik memegang tampuk kepimpinan.wallahualam

No comments: